Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 26, 2016

Shopping Time


Rasanya dah lama giler kitaorang tak keluar bersuka ria. Kalau jumpa pun mesti pasal kerja. Rasanya last kitaorang shopping bulan 8, tahun lepas. Itu pun cari satu baju jer untuk photoshoot. Lepas tu kelam kabut balik. Lepas tu keluar new year gi spa dan makan2. Maknanya hampir 4 bulan kitaorang tak pernah gi mana2 untuk bergembira tanpa memikirkan pasal kerja. Kesian sangat kehidupan kitaorang ni...hahaha. Baju masing2 dah tak ada. Kebanyakan dah tak muat..muahahaha. Giler makan 24 jam. Asal stress jer ajak Peej makan satay kat bawah ni. 

Last week kitaorang decide ambik cuti dan luangkan masa untuk lepak dan shopping. Gembira sangat hati masing2 bila dengar perkataan shopping. Malam siap wassap2 list kan barang yang nak beli. Kelakar sangat ni macam budak2 dapat kebebasan keluar.  Nak cari baju, make up, selipar, bra macam2 lah nak beli. 




Awal pagi dah keluar. 9.30 pagi dah berkumpul kat office. Naik satu kereta gi Pavillion. Breakfast kat Labodega. Masing2 dah janji, hari ni kena focus pasal shopping. Tak nak dengar pasal kerja.



Dari kawan menjadi sahabat, now kitaorang dah macam adik beradik. Semua masalah kitaorang kongsi bersama. Tiada rahsia pun antara kita. Aku ada dua adik yang manja dan sempoi.

Filla garang tapi sebenarnya manja. Aku jarang layan kalau suara manja dia keluar...haha. Merengek lah kau situ sorang2. I buat dek jer. Aku jenis tak pandai nak layan adik yang manja ni2. Filla ni penghibur kitaorang. Dia blur tapi lawak nak mampus. kalau kitaorang tgh sibuk kat office nanti dapat jer wassap "Nape senyap, tak nak layan Kak Pilla ker" nanti aku ngan Peej jawab "Noooo jgn kacau Pilla kitaorang busy"

Peej seorang yang cool tapi sebenarnya very2 sensitive. Nanti tetiba dia sedih jer kat belakang aku. Seorang yang senang dibawa berbincang. Dalam kitaorang bertiga ni, Peej agak pandai sikit dari segi pembelajaran. Dia cepat tangkap apa yang diajar. Aku ngan Filla bukan tak pandai tapi ambik masa sikit nak faham...haha

Masing2 dah faham perangai memasing. Bertekak mmg selalu tapi tak lama. Kitaorang tak ego, kalau salah kitaorang terima dengan hati yang terbuka. Jarang simpan dalam hati.




Tak sangat inilah kehidupan aku sekarang. Macam2 pengalaman aku kutip sepanjang berniaga ni. Seronok walaupun stress. Aku dikelilingi adik2 yang kuat semangat. Office ni dah jadi rumah kedua kitaorang. Rumah yang terlalu seronok untuk aku datang setiap hari



Lepas breakfast tempat pertama yang kitaorang pergi tempat Make up. Banyak barang nak kena top up. Seronok sikit dapat shopping ngan kawan2 ni. Kalau gi ngan En Win nanti dia buat muka kalau aku lama sangat memilih. Nak lepak lama2 pun tak senang hati. 



Amboi Kak Pilla pengaruh kuat. Disebabkan dia suka mascara ni habis kitaorang semua terpaksa beli. Mascara ni mmg best gile. Beli pakai bulu mata pendek boleh jadi panjang. Terus rasa macam pakai bulu mata pelesu.



Next misi mencari baju. 



Mmg nak borong banyak sikit. Nak cari baju untuk pergi kerja dengan cari baju untuk jalan2 weekend. Sekarang ni baju kerja dengan baju jalan tak ada beza. Semua aku belasah pakai jer. 



Oling mmg kena paksa dengan kitaorang beli banyak sikit. Dia mmg paling malas nak keluar dan cari baju. Aku paksa dia beli seluar banyak sikit. Nasib mendengar kata...itu i like



Pilih Oling...pilih banyak sikit


Sementara tunggu Peej pilih baju, Kak Pilla tengah layan stokis nak restock barang. Terus hati tak tenang sebab kena siapkan order. Alhamdullilah rezeki tu


Hasil hasutan kitaorang. 4 pasang baju, 2 helai seluar. Hahaha


Misi cari selipar. Tapi saiz tak ada. Kak Pilla marah aku nak beli selipar mahal2. Dia kata aku membazir. Tengok tu tengah bebel2 mulut nasihatkan akak dia ni. Ok...i tak beli. Tapi I akan beli waktu u tak ada....muahahahah



Peej dah tak larat nak berdiri. Aku ngan Filla masih meneruskan misi mencari baju. Kata nak shopping kena lah bertahan kan....hahah



Actually masih banyak barang tak dapat beli. Kena balik sebab nak siapakan order stokis. Nak shopping lagi macam ni tak tahu lah bila. Tapi kebanyakan barang dah dapat rasanya. Cuma tak dapat nak singgah macam2 butik baju. Kitaorang tuju apa yang nak dibeli jer waktu ni. 

Amboi banyak paper beg...haha


Singgah makan lunch kat Labodega lagi. malas nak fikir tempat lain. Nak cepat2 makan lepas tu balik office.



Tadi bukan main eksyen makan Labodega. masuk office kena kira lipstick...hahaha. 

Memang macam ni lah kehidupan kitaorang. walaupun janji tak nak fikir pasal kerja tapi dalam kepala tu mmg tak boleh nak elak. Berniaga online ni kena sentiasa handphone kat tangan. Customer tetap no 1. Tapi kitaorang happy jer dengan apa yang kitaorang buat sekarang. Ok nak kena chow, ada photoshoot nak kena buat. nanti sambung lagi.



No comments: