Nuffnang Advertisement

Thursday, April 14, 2016

Sareee


Semalam up gambar kain saree ni ramai tanya beli kat mana? eh...mana boleh tiru kita..haha. Tahun ni pakai colour terang2, kena pulak dengan bibir mungil pakai Fame tentu Kak Jah vogue di pagi raya...kahkahkah 

Kali ni kain saree Kak Elly beli kat India. Kirim Kak Ngah waktu gi sana. Giler murah. Batu permata kat baju tu cantik2. 6 meter baru RM300.00. Kat sini susah sikit nak dapat harga macam tu. Mungkin ada tapi design agak simple lah. Kak Elly mmg suka meriah di pagi raya. Nanti boleh pusing2 depan adik beradik...hahaha

Kalau korang nak cari kain saree boleh beli kat Jalan TAR atau Klang. Melambak Saree. Tapi kena pelan2 pilih sbb kain saree ni boleh buat rambang mata.



Electric Blue di pagi raya. Tapi Kak Elly cakap jer nak pakai biru tapi hati kuat kepada hijau. Warna hijau ni wajib ya...En Win dan anak2 hampir muntah tgk colour ni. 



Cantik kan...matilah puji baju sendiri, Kali ni tak nak buat kurung moden sebab lemak tepu kiri kanan pinggang jadi pakai kurung moden tak lawa. Jadi buat kedah yang loose tu jer.

Settled baju anak semua dah hantar tailor. Baju En Win jer tak tempah lagi. Pasal baju boleh bergaduh ngan laki aku sebab dia kata aku over. Eh! dia pun sama ya. Seminggu raya asyik tukar2 baju melayu..haha


Ni baju dari butik Kree. Dua2 Kak Elly dah pre order. Walaupun Kak Elly tak tahu nak pakai pergi mana dengan baju banyak2 ni..haha. Kak Elly mmg ada penyakit suka kumpul baju kurung yang cantik2. Senang kalau ada event tak payah kelam kabut nak cari.



Baju sulam tak beli lagi. Ini wajib collection setiap tahun. Ini kalau En Win baca mmg nahas aku. Ingat retis bertukar2 baju..haha. Anak2 pun wajib kena ada. Kain batik dah jahit. Tinggal cari baju jer. Eh! Che Ta 30 pasang, akak pun kena lah ada 30 pasang...hahahaha. 

Sabtu ni cepat2 gi cari baju kang tailor tak nak jahit tak vogue korang nanti.








4 comments:

Mommy Cici said...

hehe baca entry ni terus tengok calendar. ye lah dah April kan. nanti June dah puasa time tu beli online pun amek masa sebulan -__-

Chekgu Azrine said...

Kak elly pakai apa pun santik!!!

Cik Puan Eka said...

cantik yg baju kree kaler merah marron tu. fav kaler gak tu hhehe. Nasib baik tailor fav saye masih nak buat baju saye. dah booking siap2 walopon baju blom hanta lagi hahaha

Fatihah Fazlin said...

Hahaha.. cantik nau saree biru tu kak elley.. berkenan..