Nuffnang Advertisement

Friday, April 15, 2016

Rindu



Ada2 masa bila kita terlalu penat bekerja tiba2 datang sayup jer kat sudut hati. Mula lah rindu kat mak dan abah, kawan2 sekolah, kawan office lama, anak2 dan suami.

Terasa sangat pergaulan sekarang ni terbatas sangat. Nak lepak2 ngan kawan macam dulu dah tak ada. Dah lama tak gelak sampai terduduk. Rindu semua tu. Rindu dan dating dengan suami. Rindu nak jalan peluk2 pinggang. Masa banyak dihabiskan di office dan dirumah. Kalau borak2 pun mesti pasal perniagaan jer. Kawan2 semua dah 18 kali arrange nak jumpa tapi sampai kesudah tak jadi. Masing2 busy dengan keluarga. 



Semalam dalam pukul 11 malam En Win ajak keluar. Aku rasa dia pun dah tahap stress asyik fikir masalah business jer. Naik motor merempit tengah malam. Dulu2 rajin kitaorang lepak berdua. Tengok live band atau menari2 goyang inul sikit...hahaha. Now nak goyang bahu pun dah malas.

Semalam ronda2 tanpa tujuan nampak ada live band sebelah Sucasa Hotel. Kitaorang decide lepak kat situ sambil minum dan dengar music. Huaaaa rasa release sekejap. Santai2 borak pasal anak dan zaman dulu2. Seronok gelak2 sepanjang malam tu.



Terus rasa romantik pegang2 tangan walaupun tangan laki i semakin gelap gelita tapi I ok jer...haha. Not bad band kat situ main semua lagu zaman dahulu kala. Terus terkenang zaman remaja. 

Alhamdullilah dah 13 tahun usia perkawinan kami. Adat lah gaduh2 ni. kalau tak gaduh tak seronok pulak. Biar ada pengalaman sikit menyelesaikan masalah. Sepanjang kitaorang kawin tak pernah sekali pun aku mengadu dengan mak dan abah tentang kesusahan kami. Kami nak orang luar tahu kami sentiasa bahagia. Kak Elly dan En Win jenis yang tak suka bergaduh depan anak2. Jarang terjerit2. Paling2 pun masuk bilik menangis. En Win jenis yang tak suka gaduh lama2. Paling lama kitaorang bergaduh pun 3 jam jer. Lepas tu akan back to normal.

Huaaaa...rindu kat semua orang. Rindu nak bercuti dengan mak dan abah. Rindu nak peluk2 mak. Rindu nak usik2 abah. Rindu nak gelak2 dengan kawan2. Rindu nak berkaraoke dengan anak2. Rindu nak jumpa adik beradik. Rindu nak berlumba2 cakap dengan Kak Ngah. Rindu nak makan2 dengan kawan office lama. Rindu nak swimming dan jalan2 tepi pantai dengan anak2...huaaaaaa


2 comments:

MOHD HAZIMI MAK TAPIN said...

u did this for your famly sista... huhuhu... moga diberi kesihatan n kelapangan masa dating ngan your famly.. :)

Irfa said...

sedih lak baca entri ni
ko sama ngan aku, mmg x citer masalah susah kami pada mak ayah
cuba setelkan sendiri
kalau boleh nak mak ayah tgk sisi happy kami je
xnak susahkan ati diorang

perangai en win pun lebih kurang ngan asben aku
x suka sentap lama@ yg sentap tu aku je
haha

moga dirahmati hidup kita semua ye
jgn lupa blog wpun ko dah jutawan ye