Nuffnang Advertisement

Thursday, April 21, 2016

Kehidupan seorang peniaga


Kalau dibandingkan dulu dan sekarang, Kak Elly rasa sekarang lebih kuat bekerja. Kalau dulu bekerja cari duit untuk cukup2 makan tapi sekarang bekerja untuk mencari kesenangan dan keselesaan. Kehendak tu makin lama semakin tinggi...hehehe. Anak2 semakin membesar dan banyak keperluan kena disediakan.

Kalau seorang sahaja bekerja rasanya tak mencukupi. Bila start berniaga rutin 9 pagi - 5 petang memang dah tak ada dalam kamus seorang peniaga. Tiada istilah penat. Berniaga ni korang kena sentiasa berfikir dan banyak tenaga digunakan.



Hari2 dalam kepala ni asyik berfikir cara terbaik untuk meningkatkan jualan. Macam mana nak bagi produk kita orang kenali. Kejap kena fikir pasal Ellfie Beauty - nanti tak sampai 1/2 jam fikir pasal Fame Cosmetics pulak. Bukan setakat fikir, kadang2 kena sama2 turun padang siapkan tempahan untuk customer. Dari A - Z Kak Elly kena ambik tahu. 

Barang tak cukup, kena order. Barang yang slow jualan, kena fikir promosi. Budget tahunan, kena jaga. Lagi ada audit, income tax, KWSP dan perkara staff yang Kak Elly kena ambik tahu.

Habis waktu bekerja, balik rumah lagi kena selesaikan tugas seorang ibu. Memasak, mengemas, mencuci dan bermacam2 lagi. Itu belum lagi terkejar2 hantar anak pergi tuisyen. Dalam pukul 10 malam baru selesai segala tugas seorang ibu. Sambung discuss dengan share partner tentang kerja2 office yg belum selesai. Kadang-kadang belarutan sampai 12 malam.



Kalau masuk bidang perniagaan ni mmg tiada istilah goyang kaki. 24 jam bekerja. Hujung minggu sibuk pulak dengan exhibition. Dari 10 pagi hingga 10 malam promosi kan Ellfie Beauty. kadang tertidur kat tepi meja sebab kepenatan melampau. 



Of course sebagai ibu, Kak Elly rasa sangat bersalah sebab masa dengan anak2 semakin berkurangan. Masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin. Kalau ada masa, kena pergi ke Majlis sedara mara tapi selalunya tak sempat...hahaha. Balik rumah mak dan abah pun dah tak sekerap dulu. So sad...insyaallah kesibukan ni untuk sementara waktu. Bila Ellfie Beauty dan Fame Cosmetics mula dikenali, boleh lah ambik banyak staff untuk ringan kan beban.




Bila dapat bersama dengan anak2 dan suami, Kak Elly akan luangkan masa secukup2 nya. Walaupun tak selalu tapi Kak Elly akan pastikan masa bersama mereka sentiasa ada. 

Tugas seorang ibu dan peniaga adalah dua tugas yang berbeza. Jadi Kak Elly kena pandai membahagi kan masa untuk anak2 dan perniagaan.



Kerja Kak Elly bukan duduk kat office mengadap computer sahaja. Bila ada photoshoot untuk produk baru, kena sama2 turun padang urus kan segala keperluan. Untuk menjadi seorang peniaga ni kita kena tahu setiap benda mengenai produk yang kita jual.

Kak Elly masih menjawab wassap customer dan melayan customer  yang datang ke office jika mereka ingin mendapatkan keterangan tentang produk Ellfie mahupun Fame.



Kadang-kadang Kak Elly terpaksa travel ke China untuk mendapatkan idea dan belikan barang2 permintaan customer.
Kalau korang baca cerita Kak Elly dari mula2 tadi, rasa-rasa nya ada tak Kak Elly cerita mengenai masa yang Kak Elly peruntukan untuk diri sendiri. Tak ada kan...haha

Kalau dulu rajin lah bersenam. Masak makanan yang berkhasiat. Now nak jaga diri sendiri pun dah tak ada masa. Apa yang Kak Elly boleh lakukan adalah mengambil supplement yang boleh membantu Kak Elly menguatkan tulang.

    

Blackmores Calcium + D3 ni memang Kak Elly makan sejak dulu lagi. Wajib makan setiap pagi selepas sarapan. Ia membantu menyihatkan dan menguatkan tulang. Kak Elly tak nak ada masalah dikemudian hari. Usia dah lanjut ni bahaya kalau tulang tak kuat. Blackmores, Calcium + D3 dapat bantu mengelakan Osteoporosis. 

Sekarang abah dan mak pun Kak Elly suruh makan Blackmores, Calcium + D3 ni. 


Blackmores Calcium + D3 mengandungi 600mg Calcium dan 500iu Vitamin D untuk membantu penyerapan calcium. Kak Elly memang yakin Blackmores Calcium + D3 dapat membantu menguatkan tulangkan walaupun usia Kak Elly semakin meningkat.



Makan sebiji sehari selepas makan. Tulang anda akan menjadi sihat dan kuat. Kalau korang nak dapatkan more information mengenai produk Blackmores + D3 ni boleh click http://www.blackmores.com.my/products/vitamin-D3-1000iu




7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Bila makan gaji dan belerja sendiri ni memang terasa perbezaannnya...

Asmaaini Mustapha said...

Kk elly.. Pls consider utk amik sy jd staff.. Hehehe

Tengku Sofia said...

Sokong 100%!

Fieda Zan said...

insyaallah ..akan tiba masanya nanti..kuatkan semangat..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

inspirasi sgt sis ni.. =) tp betul.. kerja sendiri n makan gaji ni lain. Mudah mudahan one day blh full time bis jugak mcm akk. amin

Leo Pluto said...

blogwalking. terbaik la kak. jom sama sama follow kak. :D
http://blogleopluto.blogspot.my/

Massyuhaida Mass said...

Tak fikir ke tentang hari tua. Jangan sembah duit sudahlah......