Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 5, 2016

Artis


Kak Elly susah sikit nak minat artis2 ni. Kalau suka pun gitu2 jer. Kat instagram pun tak banyak artis yang Kak Elly follow. Selalunya artis yang Kak Elly follow sebab suka tgk diorang berfesyen. Dari segi lakonan Kak Elly prefer artis2 lama. Macam Fauziah Nawi, Azean Irdawaty, Wan Maimunah, Norlia Ghani jenis yang kalau berlakon sedih boleh buat hidung Kak Elly sampai tersumbat menahan tangisan.

Tapi ada seorang artis ni jer yang Kak Elly terlalu suka. Semua benda yang dia buat atau dia pakai Kak Elly suka tgk dan tiru. Waktu dia punya wedding Kak Elly mmg teruja tgk baju2 yang dia pakai. Suka tengok cara dia yang ala2 tomboy. Tak ada control2 sangat. Nak tahu siapa.... tentulah Scha.



Kak Elly suka perhatikan gaya Scha berfesyen. Huaaaa...cantik sangat. Tapi tak semua boleh ikut sebab Scha ni kurus giler. Especially baju kurung yang Scha pakai semua meletup cantik. Haritu sikit lagi nak terjebak ikut dia beli baju kurung kat Innai Red.  Dah masuk butik tu. Tapi En Win ada tak berani nak ambik nanti mulut dia bising.

Gambar kat atas ni terjebak beli sunglasses Gentle Monster Big Bully yang Scha pakai waktu cerita Isteri vs Tunang. Google sana sini cari brand sunglasses ni. Akhirnya jumpa kat Mon't Kiara. Walaupun kurang sesuai dengan muka Kak Elly yang kecik ni tapi I suka jer...hahaha

Kalau Scha letak gambar kat Instagram nanti Kak Elly perhati jer baju dia pakai. Agak2 tersuka dan terminat nanti terbayang2 nak cari baju yang sama...haha. Kalau dia gi overseas tgk winter jacket yang Scha pakai semua cantik2. Nak ikut takut sebab dia artis, pakai bulu2 tak nampak pelik. Kang kalau Kak Elly pakai mesti Yaya gelak guling2.



Yang ni Kak Elly tiru kasut, seluar jeans dan beg yang Scha pakai. Walaupun tak secomel Scha pakai tapi rasa happy jer sebab dapat tiru. Perasan sangat ni. Mampus kena hentam lagi nanti...hahaha. 

Korang macam ni jugak ker? atau Kak Elly sorang jer perangai tak betul macam ni...hahaha.



Rambut pun hampir terikut. Tapi tak berani potong depan takut En Win pitam nanti. Itu jer lah kerja Kak Elly kalau tak ada apa nak buat. Suka jer ulang2 tgk gambar Scha kat Instagram. Lepas tu senyum sorang2. Ya...Kak Elly dah giler tapi tak dapat berbuat apa2...haha

Eh! ada sorang lagi yang Kak Elly minat giler...Bunga Cinta Lestari. Pompuan ni mmg giler cantik dan stylo. Tak dapat nak ikut cara dressing BCL sbb sexy sangat tapi suka jer tgk. BCL kalau gi holiday suka tgk tempat yang dia pergi. Baru2 ni dia ada bercuti kat Maldives. Gila wei...cantik sangat bilik yang dia ambik. Sumber inspirasi dapat tengok pun jadilah kan.

Kak Elly ni bukan pandai berfesyen sangat. Dapat tiru sana sikit pun dah puas hati. Macam Kak Elly cakapkan dari dulu. Tengok perempuan cantik ni menjadi satu kepuasan. 






5 comments:

AiniHalim said...

Aini pun follow Ig Scha sbb fashion dia jenis simple but nice.. apa salahnye kite tiru.. its part of our inspiration to be more confidence in ourselves right..? Hehe.. the hair suits you K.Elly.. (^_^)

Azura Aziz said...

ye betul... minat dgn scha jugakk..

Cik Puan Peah said...

betul kak elly...suke sgt scha...simple but classy...bukan cik ta...amponnn...

Sue said...

saya nak tiru k.elly. seriussss... tapi i mok mok hahahhahahha

yusnita ismail said...

sis.. gentle monster kt mont kiara tu katne sis??