Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 6, 2016

Adab bila bercakap dan menulis


Kak Elly bukan jenis yang suka up status marah2, perli orang tak tentu pasal. Kak Elly lebih suka up status yang kelakar dan santai2. Jadi tak ada lah menggangu emosi orang yang sedang membaca. Kang kalau up benda melenting...orang yang baca pun emosi melenting jugak

Kena ada adab waktu menulis ataupun bercakap. Jangan main belasah jer. Lepas tu menyesal dikemudian hari. Kak Elly ni lagi lah terseksa rasa batin kerana terpaksa melayan customer setiap hari. Rasa nak hantuk2 kepala kat dinding.

Customer : Kak Elly, saya dah pakai Ellfie tapi kenapa muka saya tak ada perubahan. Kenapa tak jadi cantik

Kak Elly: Sis dah pakai berapa lama ya

Customer: Dah pakai 5 hari tapi tiada langsung perubahan


Huaaa rasa nak meletup jantung. Adik baru 5 hari, proses pun baru nak bermula. Tapi terpaksa lah jawab dengan senyuman. Memang rasa nak mengamuk. Tapi selalunya Kak Elly akan biarkan dulu. Kalau boleh tak nak jawab dalam keadaan marah. Bagi reda dulu baru Kak Elly akan reply dengan senyuman. Tanya Peej kadang2 Kak Elly terjerit2 sorang kat office melepaskan perasaan marah. 

Customer: Kak Elly saya nak cari duit lebih. Tapi tak berani nak keluar kan modal

Kak Elly: Nak berniaga ni kena cuba...kalau tak cuba kita tak tahu takat mana kemampuan kita

Customer: Akak cakap senang lah sebab akak dah berjaya.

Dia yang tanya pendapat lepas tu nak marah2 pulak. Macam mana lah tak tertekan perasaan akak ni dik. Sehari bukan 1-2 customer jer akak layan kadang2 beratus yang tanya kan pasal Fame dan Ellfie.

Itu belum lagi dapat komen kat blog

Reader: Blog Kak Elly dah tak best...dulu saya suka sangat bukak blog akak. Sehari sampai 2-3 kali saya bukak. Kak Elly dah tak kelakar macam dulu. Good bye..saya tak akan baca lagi blog akak.

Korang ni kalau menulis mmg sedap mulut jer kan. Blogger ni ada perasan dik. Bukan sentiasa jer buat lawak. Faktor usia. Kalau rasa tak nak baca tak perlu bukak. Ini sesuka hati korang tulis hentam2 blogger. Akak menulis ni ikut kelapangan. Ada masa boleh lah tulis, kalau busy mmg bersarang jer lah blog tu. Dulu dan sekarang dah tak sama. Hidup setiap orang akan berubah. Anak semakin membesar. Banyak benda tak boleh nak share sekarang ni atas faktor keselamatan. Tak tulis kena marah, bila dah tulis kena hentam pulak...hahaha

Macam Kak Elly cakap tadi...Kak Elly tak suka melenting tak tentu pasal melainkan kalau orang kacau Kak Elly dan keluarga. Semalam borak2 ngan anak Kak Elly. Tetiba anak Kak Elly bersuara

Anak: Mama...ustazah pesan "Cakap kat mak awak yang free hair tu, jangan cukur kening berdosa, tutup aurat tu..bla...bla...bla"

Tak salah Ustazah tu menegur tapi jangan aib kan anak saya di depan semua orang. Nak tegur mak tapi kenapa anak pulak menjadi mangsa. Ustazah boleh jer hubungi saya terus dan tegur dengan penuh adab. Isu agama ni, isu yang sangat2 sensitive untuk dibincangkan. Kena ada adab bila nak menegur seseorang tu. Saya marah bukan sebab saya tak boleh ditegur. Tapi saya marah sebab Ustazah mengaibkan kami sekeluarga. 

Bercakap dan menulis ni kena ada adab. Bercakap jangan sampai org terasa hati. Menulis jangan sampai menyesal di kemudian hari. Menulis dengan senyuman bukan dengan kemarahan. Bercakap menggunakan akal fikiran bukan perasan.

Itu jer akak nak mengadu...chow dulu







26 comments:

sakura 8554 said...

nice blog kak..saya silent reader..peace yo

norasiahnasir said...

sabolah elly...

hidup mmg mcm2 dugaan...

elly ko maafkan je lah depa2 ni..

soal dosa pahala itu urusan Allah..kitalah kena rebut kan..

syorga tu bukan ostajah tu yg punya..

takpelah..insha Allah..suatu hari nanti ko akan ke arah kebaikan..inshaAllah..ko doakan utk aku sekali ye really..aku ni pun sama la elly... bukan baik sgt pun...hhaahaa..kita ni manusia sama je...

Ira Marof said...

Mashaallah.Mentang2 ustazah nak jugak komen pasal kening and aurat,macam itu je dosa yang ada...kak elly bole je tegur balik ustazah tu "cakap kat ustazah yaya yang bertudung litup tu jaga mulut dan aib orang,nnti bekas amalan bocor"...

mamaliza said...

pembaca setia ;)
soba yo la ngan mulut org keliling ni yo

Nurzakiah Hanum said...

sangat bagus

MamaAliya said...

sabar je la kak elly.sabar melayan reader dan juga customer yang kadang-kadang soalannya mmg tak diterima oleh akal.hihi...ustazah tu pulak tak tahu la nak cakap apa.mmg tak patut la dia cakap macam tu.ce cuba kak elly buat surprise datang mengejut je jumpa dia kat school office.one to one. tak perlu perantaraan.ngeee..=)

Leya Peja said...

Peminat setia... biarkan mereka berkata2.. sbb lidah mmg xbertulang... bercakap xkeluar duit pun...

Cik Puan Fairul said...

islam xmengajar untuk menegur sambil mengaibkan org ustazah...haihhh....teruskan blogging kak...fes time komen ni...selama ni silent reader je...

kak yah said...

Salam elly..being your silent reader for years. .i am a 50 year old woman with 3 grown up kids love your writings very much..your stories on your parents bring me to tears at time..your notes on business ventures inspired me..go on writing..we love it..looking forward for your next entries. .always

suehana ahmad said...

OMG mmg menyampah bila ustazah kat skolah ni menyibuk hal2 personal org,it has nothing to do with her. Pegi jer complain kat Pengetua, saya rasa ustazah xperlu kot nak sibuk pasal hal rumah tangga/personal org. As a teacher, Ustazah pulak tu mmg xda etika la. Dia yg sibuk stalk org, pastu sibuk nk condemn org plak hishhh

Ubj Jahan said...

Ambil yg baik.. buang yg keroh n just enjoy sis.. kalo duk fikir hal remehtemeh camni.. xkan abis smpai bila2 pun. Yg pnting as sabruminal iiiman.

Syariena Blueberrina said...

kak ellyyyyy...bkn k elly sorg yg kena cmni tau. harini sy jmput ustzh skolah anak sy dtg ke rumah nk bncg hal skolah anak. kebetulan sy baru blk dr masjid so kiranya mmg full dress la. pakai tudung labuh tutup dada, jubah hitam n siap bstokin lg masa ustzh tu smpai d rumah. smuanya msih lgkp. blh ustzh tu tanya sy "mntk maaflah kak,sy nk tanya ni keluarga akak solat tak?" nangissss nk jwb soalan usth ni. dia tanya cmtu sbb nk 'link' kan knp nak sy ni x blh kena tegur. (anak sy blom smpai 9 thn) td masa blk kls ustzh ni, anak sy ckp ustzh ckp tak pyh dtg kls mggu dpn. menangis dia dlm keta bila crita kt sy sbb ustzh kata cmtu. sdgkn ku bertutup pun kena soalan hazabedah cmtu.. eh terluah perasaan pulak hehe

aziekz said...

Septutnye ustzh tu ckp umum..bla2..kita perlu mengikut syariat..bkn direct tuju hu3..kna berhikmah la..

Ezza Safina said...

Pergi mampus diaorang yg judgemental tu kak Elly, bercakap mcm syurga neraka diaorang yang punya

shaza239 said...

Saya suka baca blog elly, fillanie and peej. Dah nak masuk 6 tahun kot follow u all nyer blog. Dari elly keje sampai resign and now buat bisness. Sampai dah terjebak sekali pakai elfie :-).
Apa yang saya perasan elly and En win begitu hormati orang tua. Parents elly and also parents en Win. Bertuah diaorg dapat anak macam ni dengan keadaan zaman sekarang. Same goes to Fillanie and Peej. Everyday saya baca blog uolss tanpa miss. Kalau korang tak update agar frust gak...Heheheheh
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi sbb elly begitu jaga kebajikan parents.
Lastly for me, In Sha Allah semoga permudahkan segala urusan Elly dengan keluarga.

Joanana said...

ada stengah ustazah mmg mcm tu. tak semualah. whatever it is kak elly still funny. silent reader and peminat setia blog kak elly, kak filla dan kak peej.

Farah Aida said...

sy suka baca blog akak!just ignore what others say okayyy lets rockin!

AiniHalim said...

I realize org zaman skrg ni xde adab and xde sikap respect pada org.. Main lepas je mulut org tu.. Sabar jelah Kak Elly ye.

A.I said...

bertabahlah kawan... :)

Mommy Cici said...

setuju tu kak. and one more thing, I selalu jumpa ustazah pesen macam ni. ye dorang baik, pandai semua tapi communication skill failed! pernah satu masa dlm kelas masa sek rendah kot, sorang ustazah ni tanya depan kelas

"parents sapa yang tak sembahyang?"

pastu budak kan, ada yang bendul. dia angkat tangan. oh not bendul lah, naif. then start lah kawan kawan soksek eii mak dia tak semayang la dosa lah nanti masuk neraka

stazah kat depan tu pun cakap

"ya Allah apa nak jadi dengan mak awak ni blablabla takkan taktahu dosa bapak awak tu ketua keluarga, mcm mana awak nak semayang kalau dia pun sama blablabla"

I pulak rasa nak nangis time tu -__- rasa macam kesian kat kawan, rasa macam nak pang stazah tu. hadoiyaii.

maryjane lisa said...

saya suka baca blog akak. saya rasa benda macam ni ada pro n con. dulu muda2 boleh la nak kongsi semua cerita... but bila zaman dah berubah, usia kita pon semakin meningkat, plus zaman internet dihujung jari... anak2 pon dh besar, akak pon dh ada bisness sendiri, semua nak kena tapis2. i feel u sis :) faktor keselamatan pon ye gak. sabar ye sis.

farhani said...

Apela ustazah tu tegur tak kena cara. Dulu saya free hair. Masa kenal dgn suami mmg sy x pakai pun. Dah lah suami sy tu budak agama. Belajar kat mesir pulak. Tapi dia tak terus tegur sy. Perlahan2 dia ubah sy. Barulah terbukak hati nk berubah. Ustazah tu kalau dia nk agak kak elly berubah patutnya dia kawan dulu dgn kak elly. Ajak lepak minum ke. Barulah boleh nk ajak org berubah ke arah kebaikan.

Fairuz Jaafar said...

Yela Kak Elly, Kadang rasa nak mengamuk juga bila kena berhadapan dengan customer yang agak kurang sopan. Hati tu rasa nak marah tapi tahan kan aje. Hehe. Tapi bila ada customer yang sangat sopan, budi bicara lembut, tak banyak kerenah, lega rasanya. Terubat sikit hati ni ya. Gembira rasa. Sampai rasa nak bagi diskaun la :) sebab seronok sangat. Inilah customer yang kita nak jaga. hehe :)

Kadang nak mengadu pun, kena mengadu dengan kawan-kawan yang sama, bekerja sendiri. Sama-sama faham. Selalunya ignore sahaja, anggap dia belum pergi kelas DAO, belum tahu apa itu kolam jiwa. kiki.

nor said...

Salam sejahtera,
Kenapa ustazah ustazah ni tak reti hati baik budi bicara? Sejak sekolah rendah mulut ustazah di era awal 80 an sampai sekarang mcm mulut jamban...
Yg pakai macam ustazah pun mulut jambon.
Ada ustaz pun sama..esp yg berhaluan parti ni..
Tidak sedarkah mereka yg mereka juga di hukun dan beratur di padang mashar.
Syurga pun blm tentu ditempatkan.
Lupakah mereka yang mereka yg dianggap sumber ilmiah dan ugama lah lagi berat timbangan. Bukan kerana berdaaawah tapi membusukkan ugama dan nama islam.
Cara mereka menyampaikan syariat adalah sungguh membuatkan islam nampak menindas dan menggalakkan pengaiban maruah org. Dan dosa mereka lebih berat dari dosa org yg dianggapnya hina..spt pelacur krn meraks ahli ilmu..

Anyway..sepanjang disekolah rendah dan menengah org bertitle ustazah ni such a sarcastic n negative persons.. n i hate sbb suka menuduh mengesyak merendah fan memalukan...
Kalau tau diri tu takde patience..jgn lah jadi ostadah...atau usetad.
Kalau tak boleh bersabar org tak berubah ...then that is not yr call.
Kalau tgk org uģama tu
.raheb ni ckp fan sabar mereka...sgt tinggi..berhemsh ..malu aku ďgn org mengaku islam but ..perangai mencerminkan islam ugama yg tidak bertolsk ansur dan pengasih dan penyayang serta surga neraka ditgn org ugama..

mas izzati mashod said...

kak elly, segelintir ustajah memang camtu, pengalaman sy sendiri ustajah masa sekolah rendah dulu.. tudung je labuh tapi siap mengurat suami orang. sebab tu la ada pepatah dont judge the book by its cover.hehe. kak elly ignore je mulut2 longkang tu. i am yr silent reader, best baca blog kak elly, kak filla & kak peej :)

umikelly said...

sy ttp suka bc blog elly. n sekarang da jatuh cinta dgn lipstick elly. Keep it up elly:)

superwomen awak ni :)