Nuffnang Advertisement

Thursday, March 10, 2016

Terubat rindu


Sebelum pergi Sungai Petani, mak ajak datang rumah makan birthday dia kata. "Mak tak tahu nak beli kau hadiah apa, mak tahu kau suka makan, mak masakan kau datang ya". Terus berkaca2 mata. Mmg tak sempat nak pergi sbb malam budak2 tuisyen. Janji dengan mak settled exhibition kat Sungai Petani aku datang.

Sabtu lepas saja usik mak, dah beli ayam ngan ketam ker belum, Elly nak makan banyak ni. "Abah kau dah beli, semua ada dalam peti ais tu...dia sibuk nak buat kan kau pecal, dia tau kau suka makan". Terus sedih balik.

Kalau dengar Ampang dengan Puchong tu macam tak jauh kan. Tapi hakikat nya masa aku tak ada. Anak2 penuh dengan aktiviti. Aku pun tak cukup masa untuk diri sendiri. Rambut dah macam dawai sebab lama dah treatment. Sempat called jer tanya khabar.

Semakin berusia ni, semakin tinggi kasih sayang aku kat mak dan abah. Semakin risau dengan kesihatan diorang. Alhamdullilah mak dan abah sihat buat masa ni. Aku cuba tunaikan apa juga kemahuan mereka. Aku cuba lengkap lah apa yang tak cukup untuk mereka. Aku akan pastikan mereka dalam keadaan baik. Itu dah buat aku cukup gembira. 




Sampai jer kat rumah mak tgk atas meja semua dah terhidang. Rindunya nak makan air tangan mak. Abah yang buat pecal tu. Siap potongkan buah betik dengan tembikai.

"Elly kau duduk sampai petang ya, nanti mak buat kan cucur ikan bilis".

Aku ni mmg suka melawak dari dulu, tapi hakikatnya hati aku ni sensitive. Makin dah tua ni cepat sangat tersentuh. Tengok abah sibuk potong buah pun aku sedih. 



Aku tambah 2 kali. Sampai terpaksa bukak butang seluar jeans. Sambil makan sambil abah nasihat 

"kau berniaga tu elok2...jangan cari musuh, kita tak tahu orang dengki atau tak suka dengan kita"

"Kau berniaga laku nanti belikan abah BMW cukup lah" Eh...lawan tokey ni....hahahaha

"Apa sangat BMW Abah, Lorry terus Elly belikan" hahahahaha


Dah kenyang tengok frame abah baru gantung kat rumah. Huaaaa gambar rumah kampung aku duduk dulu. 25 tahun duduk kat sini. Ini lah rumah En Win masuk meminang aku dulu. Rumah ni Kerajaan dah ambik sebab nak besarkan jalan. Aku duduk dengan Atuk sebab abah tak cukup duit nak sewa rumah lain. Abah kerja kilang cat jer dulu. Mak tak kerja. Berapa sangat gaji kerja kilang ni. Nak besarkan kami 6 beradik. Kalau raya tu kalau ada orang bagi baju suka sangat. Hidup kitaorang tak ada lah susah sangat tapi mewah tu tak ada lah. Sampai umur aku 22 tahun baru ada kereta, itu pun aku belikan duit kerja aku pertama. Kereta second hand Kancil Hijau. Ingat lagi, happy sangat Abah waktu tu. Bayang kan kalau nak berjalan 8 orang naik bus dulu. Tapi itu semua kenangan yang tak akan Kak Elly lupa sampai bila2.

Banyak giler kenangan rumah ni. Nanti kalau free Kak Elly share ya.






8 comments:

Jueliza Jamani said...

alaa rindu abah kita jugak..

f.i.e.z.a said...

kak elly sekarang saya dudok jaoh dari family. dorang kat kuching, saya dok cyberjaya sbb ikut husband kja cni.
bila blk kch kan my dad siap beli my fav ikan jenahak and my mom akan masak asam pedas. pastu siap simpankan kelapa dlm peti so bila saya sampai air kelapa dah sejok for me to minum.
sebak tau.

semoga our parents sihat sentiasa. amin

Azura Aziz said...

wahh, i fee u kak elly.. yup, kita smua dulu2 bukan senang kan.. skrg ni br dpt merasa berduit sikit org kata.. tulah, sentiasa ingt kt parents kita...

Zie Azi said...

tiba2 tingat jugak rumah lama ms kecik2..
wa wa tiba2 jugak nak nanges.

nikii said...

sedeynye kak ely... huhu...xbole la dgr pasal org tua ni... hiba

miss eimanhikmah said...

best la kg dekat...kita kg jauh..nk balik selalu mmg susah..

Siti Hajar Mohamad said...

Tiba-tiba masuk habuk dalam mata baca entry Elly kali nie..biasanya bila baca tergelak sensorang...

kesh said...

U tisu la kak elly benci taw.. Cries