Nuffnang Advertisement

Monday, March 7, 2016

Saya pemalu org nyer



Kak Elly dari dulu memang tak pandai berniaga. Berniaga pandai tapi menyakinkan orang tak pandai...hahaha. Orang tanya soalan mendalam sikit dah panik walaupun tahu macam mana nak jawab tapi konpiden level adalah tidak tinggi.

Untuk kedepan dan bercakap dengan customer mmg takut giler. Nanti bibir gerak2 takut suara jadi ketar2. Berani jawab dan explain melalui wassap dan phone sahaja. Ingat lagi first exhibition kat Matrade. Waktu tu aku ngan Filla mmg tak ada pengalaman langsung nak approach orang suruh singgah ker booth. Peej mmg pemalu dia akan duduk kat meja cashier jaga duit. Ajak bergambar pun dia akan tersipu malu. Jadi aku ngan Filla kena kedepan. 

Pagi2 kitaorang berdiri depan booth untuk bagi flyers, sambil bagi kitaorang akan cakap 'skincare kak'...'cuba skincare kak'....'skincare dapat merawat kulit kak'. Lepas tu Filla pandang aku...aku pandang Filla kitaorang bantai gelak. Orang lalu jer tak singgah pun. Malu wei....hahahah. Ada tu bila kitaorang bagi flyer tak nak ambik pun...i kenot u know terus rasa nak lari laju2 masuk toilet.

Filla: Ly...kakak tu suh aku explain pasal produk. Bila aku explain dah separuh jalan dia suruh aku stop lepas tu terus di blah. Aku malu Ly

hahahaha...aku pun malu mendengar cerita kau Filla. Lepas tu kalau tak ada orang kitaorang duduk jer. Tak berani nak bagi flyers takut kena reject.

2nd exhibition Mood Republik di PWTC. Kali ni kitaorang ambik 3 orang part time staff yang dah biasa buat sales. Giler terror dia stop orang lepas tu terus cakap "akak sekarang pakai skincare apa?" dia tanya2 sampai orang tu beli....wah hebat sangat skill budak2 ni. Terus semangat aku ngan Filla naik. Slow kitaorang belajar dari budak2 part time tu. Sekarang giler hebat dah siap boleh jerit2..."Mai singgah...mai singgah" hahahaha



See dah terror kan. kalau dapat tarik customer Kak Elly akan makesure orang tu sampai beli. Bila orang beli nanti angkat2 kening ngan Filla. Filla sekarang skill pun boleh tahan ya. Sekali cakap 2 orang terus beli...clap..clap..clap. Hulur jer microphone i dah boleh jerit2 sekarang. Dah tahu macam mana nak menyakin customer.



Kalau Eira ada kat booth lagi best. Orang tengah beratur nak bergambar mmg kena tarik lah dengan budak2 sales. Mana boleh bergambar jer. Kena cuba Kak produk kitaorang. Tu yang licin barang kat Sungai Petani...hahaha

Jual skincare bukan mudah ya. Nak menyakin kan customer tentang produk baru, produk yang diorang tak tahu kewujudan mmg agak sukar sikit. Tapi bila korang dah ada skill menjual, insyaallah customer akan dengar dan ingin mencuba.



Ini pun pengalaman baru gaks. Kalau dulu ada photoshoot nak arah2 model ni mmg tak pandai lah. Buat lah gaya apa yang korang suka. Janji gambar cantik. Bila dah siap hati tak puas. Banyak yang tak kena. Gambar tak cantik. senyum tak lawa. Bila masuk photoshoot yang ketiga kitaorang semakin Pro. Jgn main2 cameraman pun akak dah berani arah kan.

"Bang saya tak nak gambar ada bayang2..."Bang gambar produk tak clear bagi nampak clear warna dia"...cewah hebat dah sekarang.

Sebelum penutup entry ni Kak Elly nak share testimoni jerawat dari customer.


Adik ni mmg ada masalah jerawat yang agak teruk. Jenis yang menanah hampir seluruh muka.


Minggu pertama pakai, adik ni tak puas hati sebab tiada perubahan langsung kat kulit wajah. Bertalu2 dia wassap. Kita faham masalah customer ni. Especially yang penuh jerawat satu muka. Nak berdepan dengan orang pun malu. Kita mintak adik ni bersabar dan teruskan pakai atleast 3 minggu.



Lepas 3 minggu adik ni hantar gambar lagi. Alhamdullilah kulit wajah adik ni semakin pulih. Jerawat menanah semakin mengecut. Nak hilang terus memang ambil masa sikit. Kena continue pakai altleast 2-3 bulan.





Ellfie Essence terbukti berkesan. Sesiapa ada adik, saudara mara atau korang sendiri yang mempunyai masalah kulit, cubalah Ellfie. Insyaallah Ellfie Essence dapat membantu merawat kulit wajah korang.

More info atau nak order, boleh whatsApp 013-2755197.


1 comment:

nurul huda said...

salam kak elly.. gelak smpi mleleh air mata..giler lawak part promote..tp org wat x tau je kan.. penah alami gak dulu..jual baju raya.. huhuhu...