Nuffnang Advertisement

Thursday, March 31, 2016

Pitam


Bila jadi blogger kena lah tahan kalau org hentam sana sini. Tapi kadang2 blh mendatangkan stress jugak. Pagi2 elok jer hati gembira tetiba dapat komen marah2, tuduh dan emo tak tentu pasal. Eh! dah kenapa pulak ni...haha

Korang ni dah kenapa suka2 hati tuduh melulu dan marah2....suka2 melenting. Padahal blog ni cerita pasal kehidupan harian jer tetiba nak emo2 dah kenapa? 

Kadang2 tu tak tahu hujung pangkal terus kena tuduh itu ini. Masalah nya kau tahu tak org yang kau marah tu betul ker dia buat salah. Pelik manusia ni suka2 hati lepaskan kemarahan dekat org yg korang x kenali...sian blogger tau.

Kang cakap bodoh marah...tapi apa perkataan yang lebih cerdik korang rasa nak bg kat org yg suka2 melenting dan bg komen mcm ni. Nasihat tu blh lah terima lagi ini tetiba melenting dan ngamuk2. Aku yg baca pun blh jadi terkedu. Melenting yang kau sendiri tak tahu hujung pangkal. Pelik sangat tu...suka marah2. 

Tak tulis blog kena hentam, tulis kena hentam, buat kelakar pun kena hentam. Sian I tau...haha. Suka sangat melaga2 org...tak baik. Tak puas hati tanya direct "kak elly betul ker apa yg saya dengar ni" Ini tak terus hentam kaw2...kata reader knp pulak malu nak bertanya. Marah2, tuduh2 lepas tu bg komen kaw2 x pulak rasa malu.

Akak ni pun manusia dik ooi...kita dah dewasa tak perlu maki dan tuduh2 org. Fitnah tu berdosa besar. Dengar dua2 belah pihak...ini dengan sebelah pihak menjongkit mulut tu marah2. Terus amukan kat comment.

Kak Elly blh jer nak hentam kaw2 tapi kita dah dewasa. Sebelum tulis fikir, sebelum luahkan fikir. Kalau blh Kak Elly dah tak nak tgk atau tak nak dekat dgn org2 yg negative ni. Kalau tak suka unfollow jer. Tak dapat apa pun marah2 org yang kita tak rapat ni. Kenal pun sebagai blogger jer.

Buang lah perangai budak2 tu. Doakan sesama kita berjaya dunia akhirat. Kak Elly ni jenis suka atau tak suka pendam kan jer. Tak pernah org yang Kak Elly x suka Kak Elly akan comment dan hentam kaw2. Tak pernah juga guna anonymous sebagai nama ganti diri. Kalau ada rasa benci jauh kan diri dari kita mendekati org yg kita tak berapa suka. Senang kan tak perlu ada comment marah2. 

Dah lama Kak Elly tak tegur atau mengamuk2 kat FB sbb Kak Elly rasa benda tu semua buang masa dan tak mendatangkan faedah. Kita hidup nak kedepan. Bukan hidup jln kebelakang mencari kesalahan org lain. Akak banyak benda nak fikir dik...akak menulis dan berniaga sebab akak minat.  Bagi peluang kat orang sama2 cari rezeki. Kerja akak bukan menulis atau berniaga yang boleh buat orang benci. Tak suka sila buang akak jauh2 dari diri adik ya. Jgn marah2 tau....

Itu jer nak share hari ni sbb akak tak suka kawan dgn org pemarah dan jgn buat akak tetiba marah...

Akhir kata...akak chow dulu ya




4 comments:

Irfa said...

Apa kes ni? Aku termiss Erl ke? Huhu

ibu mok said...

Salam jumaat...

tak payah la layan tu semua...baik elly post ttg motivasi untuk buat bisnessss...ada gak faedah dan pahala....org camtu tu saiko...ABAIKAN jer...biar pedih mendidih cemana pon...sabar ye..keep young & cool..

Yana said...

Tak pe Elly.. Ignore jer orang2 camtu.. Manusia ni mmg suka dengki.. Kalau kita susah dihina dan dicaci.. bila kita senang sikit, didengki pulak.. Saya dah pernah lalui benda nie dan saya faham perasaan awak.. Semuanya serba tak kena.. Kalau kita nak pikir perangai dorang nie buat kita sakit hati jer.. So lebih baik buat bodoh jer n kita just teruskan hidup kita ngan family dan jaga family kita.. Lagipun kita takkan mati kalau tak layan orang2 busuk hati ni kan.. I sokong u Elly..!! Teruskan usaha anda untuk membantu orang lain berniaga..!!

mamaliza said...

betul betul