Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 15, 2016

Perihal anak2


2 anak 2 karakter yang berbeza. Tapi degil tetap sama..haha. Dah senang sangat jaga budak2 ni sebab masing2 dah besar. Cuma Kak Elly jer anggap diorang budak kecik lagi. Kalau boleh Kak Elly still nak mandikan dan pakai kan diorang baju lagi. Seronok jer syampu kepala budak2 ni. Baju still Kak Elly yang decide kena pakai apa. Teruk sangat perangai ni kan tapi Kak Elly tak leh sebab dah terbiasa. Tak elok perangai macam ni...slowly Kak Elly kena ajar diorang berdikari. Makanan pun macam tu. Sekali masak kena ada 3 lauk. Lauk Yaya, lauk adik dan lauk aku. En Win semua lauk dia boleh makan. Tak sampai hati bila tgk anak2 bukak tudung saji tak ada makanan kegemaran diorang. Kak Elly nampak jer garang tapi hakikatnya akak ni lembut hati sangat2. Eh! ya ker? hahaha



Selalunya setiap pagi Kak Elly akan uruskan adik dan En Win akan uruskan Yaya kesekolah. Pukul 6.20 pagi dah keluar rumah sebab takut jem. Walaupun dari rumah ke sekolah 15 minit jer. Sampai sekolah Kak Elly akan biarkan dia tidur dalam kereta dulu sampai pukul 7 pagi. Tengok dah ramai datang baru gerak kan adik. 

Adik ni aktif dalam sukan tapi dalam pelajaran dia agak slow sikit. Cikgu tuisyen selalu complain "Puan..ameera kalau saya ajar bab ni dia mmg tahu buat, tapi bila saya ajar bab lain dia akan lupa bab yang sebelumnya" huuuuaaaaa ini macam pun boleh ker

Hari tu habis exam masuk jer kereta dengan happy adik cakap "mama maths adik 14 jer salah" 14??? tak tahu nak bagi reaksi macam mana "ok..good next exam mama nak 10 jer salah"..."10?? banyak tu 12 boleh" terus urut dada

Satu malam tu dia datang kat aku tetiba dia bersuara "mama...adik tak pandai macam Yaya tau. Adik rasa UPSR nanti adik dapat 3A 2B 1C. Mama jangan lah marah adik".... "kenapa C apa yang C"....."Matematik lah" 

Walaupun ada slow sikit dalam pelajaran tapi adik ni sangat2 aktif dalam Gymnastic. Mmg minat dia dari dulu lagi. Berlatih tiap2 hari non stop. Kalau weekend tu semua orang dah tidur kadang2 boleh dengar dia practice kat bawah sorang2 sampai pukul 1 pagi.

Sebagai seorang ibu Kak Elly tak akan bezakan anak2. Kak Elly akan support semua yang anak minat. Kalau Yaya dulu ada home tuisyen, adik pun Kak Elly sediakan benda yang sama. Tiada perbezaan siapa yang pandai siapa yang tidak.

Cuti seminggu ni tiap2 hari dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 ptg ada latihan Gym. Dengar pun dah penat tapi dia macam tak hal jer...hahaha. Semangat kuat budak kecik ni. Kak Elly mmg sentiasa support minat anak2 dari dulu lagi. Tak reti nak garang2 ni suh anak belajar sebab Kak Elly tahu kemampuan anak2 Kak Elly.




Yaya ni bukan lah genius sangat tapi dia suka persaingan. Dia tak boleh kawan2 lebih pandai dari dia. Kalau boleh dia nak lebih tinggi atau sama level dengan kawan2 dia. Bagi aku itu satu benda yang sangat baik.

Sekarang ni dah tak payah suruh, dia sendiri akan beli buku latihan dan buat. Pemalas bersukan tapi lebih suka membaca novel dan mendengar muzik. Kadang2 nak keluar makan pun bawak novel tebal2 untuk baca. "Yaya tak yah nak poyo sangat yer baca novel" hahaha i cannot ya sebab dulu aku selalu kutuk budak2 skema macam ni...tengok anak aku pun sama...hahaha

Yaya degil tapi senang dipujuk. Adik degil tapi tak makan pujuk. Masing2 mempunyai hobi yang berlainan. Tapi diorang ni boleh bersatu bila dengar muzik. Kak Elly still ingat diorang buat banyak video kat you tube "Ameera and Danea Show". Kak Elly tak ingat lah nama apa diorang letak kat you tube. Nanti Kak Elly tanya diorang balik dan share kat sini.

Eh! tetiba rindu zaman diorang kecik2...jap nak call tanya pasal you tube tu. 



5 comments:

strawberi said...

hehe...sama ngn anak bujang sy...skema sket..asal kuar gi mana2.g mkn ke.bawak ensiklopedia la..buku2 psl binatang..space bagai..aduhai...saba je lah..cm poyo pn ade..muahahah..tp layan kan aje

Mila Hilas said...

danea danii la kak hehe

haslina rusli said...

kak elly nnt tanye. nk tengok vdeo diorg tu. dlu saye penah tgk vdeo diorg.. dulu k elly penah bagitau

erny firdaus said...

comeeeyyy la kak elly ni... hehhee....betul tiap anak berbeza2 tapi Insya-Allah...semoga berjaya keduanya... ;-)

fathiyah jamaludin said...

kak elly, belum 40 lg, baby sorg lagi heheheh