Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 30, 2016

Penat berfikir


Dah tak tahu nak share apa kat blog ni. Nak cerita pasal bisnes pun rasa takut korang fade up. Tapi itu lah rutin yang Kak Elly kena hadap setia hari. Kalau pekerjaan dulu asyik fikir lunch nak makan mana? tapi now asyik fikir nak buat marketing macam mana? stress tapi kena hadap. Walaupun pun stress sebab tiap2 hari fikir benda yang sama tapi kepuasan tu tetap ada sebab kita promote produk kita sendiri.

Sorry2...tercerita pasal bisnes lagi...hahaha. Kak Elly akan bangun seawal 6.00 pagi, uruskan anak sekolah. Lepas tu balik rumah sambung tidur sekejap. Pukul 8 pagi bangun dan siap2 pergi kerja. Rutin harian pakai barangan Ellfie dan Fame dan snap photo sendiri untuk tujuan marketing. Huaaa...walaupun malu tepek muka sendiri kat instagram tapi kena buat bagi orang kenal dan tahu produk yang Kak Elly pakai. Harap korang tak bosan ya tgk muka syok sendiri.

Selalu nya masuk office Kak Elly akan check wassap dan email. Now dah ada staff yang uruskan postage dan jawab wassap. Kak Elly lebih kepada marketing. Selalunya Kak Elly akan arrange meeting dalam pukul 11am jumpa orang magazine, radio or tv stesen. Discuss apa yang perlu untuk tujuan marketing. Peej akan handle account dan FB Ads. Filla akan handle agent.

Dalam pukul 12.30 pm keluar ambik si kecik kat sekolah lepas tu sambung makan lunch. Masuk office check stock untuk Ellfie dan Fame. Kalau hari ni sales kurang kita try push apa yang perlu. Nampak macam mudah tapi tak semudah yang disangka kan sebab kitaorang kena sentiasa berfikir untuk kelainan. Especially part marketing untuk photoshoot, Videoshoot dan now copy writing untuk FB Ads.

Belum lagi kena fikir budget bulanan, bayaran untuk restock barang, produk baru dan macam2 lagi. Satu benda yang berat untuk kitaorang yang baru merangkak ni tapi satu pengalaman dan sangat berharga. Tak semua yang kitaorang lakukan berjaya kadang2 terduduk jugak.

Petang...ambik budak2 rumah MIL dan kelam kabut masak. Kena makan sebelum pukul 8 malam sebab adik ada home tuisyen. Settled kerja rumah selalu Kak Elly dan En Win akan berbincang pasal rutin hari ni. Setiap hari kitaorang akan berborak pasal perniagaan. En Win akan share apa yang berlaku hari ni, hal staff dan pemindahan yang sedang Mg Movers lakukan. Jadi kena dengar dan sokong. Lepas tu Kak Elly punya turn pulak tanya pendapat itu dan ini.

Korang faham tak...maknanya 24 jam fikir pasal bisnes. Kadang2 borak kat wassap group kitaorang sampai rasa nak muntah. Especially kalau ada produk baru nak keluar. Kena fikir nama, packaging, material dan sebagainya. Tak sangka kitaorang boleh pergi sejauh ni tapi bukan suatu yang mudah. Kena sentiasa ada rasa bimbang, especially kalau sales menurun atas stockis dan agent tak bergerak pantas. So kitaorang kena push.

Sorry terbebel pasal kerja sebab tadi janji malas tak cerita tapi tercerita jugak...hahaha. Just nak share rutin harian ngan korang. Walaupun bukan penting sangat untuk korang baca tapi Kak Elly suka jer share...hahaha. Bertabah lah ya. 




Hai korang...hahahaha


3 comments:

Seorang Naimah said...

Selamat maju jaya kak elly......Fame Best...Ellfie pon best....Semoga boleh keluarkan lagi produk yang best2

Ros Line said...

Agent Fame Wssap 0129448022 area Damansara,TTDI, Selayang, Gombak,Batu Cave,Keramat dan Setiawangsa & sentu

shalee geraldine said...

kak elly... sy suka akak cerita pasal kerenah 2 orang anak dara akak tu :D