Nuffnang Advertisement

Thursday, March 3, 2016

Hari2 saya


Dah lama tak update blog. Last week 5 hari berkampung di Sungai Petani sebab ada exhibition. Memang this year banyak sikit merayau dan turun padang nak jumpa pengguna Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum.


Semua malas nak drive so decide naik ETS. Perjalanan ambik masa dalam 4 jam dan sangat2 selesa. Tak sampai 1/2 jam train bergerak aku dah terbongkang tidur. Kali ni En Win tak ikut. Dia kena handle budak2 sekolah. Ben pun tak ikut sebab susah nak dapat cuti. Insyallah bulan 4 turun lagi Kedah sebab ada talk show Ellfie. Wow...talk show..hahaha. Matilah nak jawab soalan. Filla dengan Peej mmg suka paksa aku kedepan. Peej mmg pemalu, Filla keberanian agak kurang. Habis korang ingat aku berani sangat. Suka2 jer tolak aku kedepan. I tertekan u know. Siap kali kena naik pentas laju jer "Elly kau pergi". Aku kalau takut tetiba suara boleh jadi kecik tau. Tapi kelakar lagi Kak Filla kalau takut terus suara jadi lemah lembut. 



Disebabkan tak drive jadi kitaorang susah nak bergerak sikit. Susah sikit nak cari makanan sana sini. Dapat makan laksa jer itupun paksa pakcik teksi tu tunggu.



Cerita exhibition nanti biar Kak Filla yang share sebab gambar semua kat phone dia. Aku cuma ada gambar ni jer...haha. Tak sangka semakin jauh kami berjalan. Bukan nak puji diri sendiri dan kawan2...ahaks! kitaorang mmg kuat bekerja, kuat makan dan paling win kuat kentut. Peej tertekan sebab dia tak boleh terima dapat kawan2 yang kuat kentut. Aku ngan Filla macam main tembak2. Tapi Peej sampai kesudah aku ngan Filla tak dapat dengar kentut dia...hahaha. tak payah malu Oling. Kitaorang sporting jer...hahaha.

Waktu gi JB lagi kelakar. Dalam satu kereta aku, Filla dan Radie bertalu2 kentut. Lawan siapa paling kuat..hahahaha. Tak puas hati sampai kat Homestay lawan lagi. Laki aku geleng kepala dapat bini macam ni...hahaha. Eh! cite kentut pulak

Kuat makan mmg no satu. Orang dapat duit fikir percutian. Kitaorang terus fikir makanan. Baru makan dah fikir esok nak makan mana lagi. Lepas tu senyum2 sambil telan ailio. Sambil makan sambil jerit Zumba...zumba..hahaha



Orang Sungai Petani mmg terbaik. Tak sangka stock Ellfie licin. Ramai pembeli baru. Siap beratur nak beli Ellfie Essence. Tak sangka sambutan dari orang2 Sungai Petani mmg hebat. Sambil beratur aku boleh dengar diorang sebut "Ini lah produk Ellfie..Ellfie barulah Selfie yang Eira dan Azad selalu sebut tu" terus idung I kembang2...hahaha 



Hari Selasa masuk office aku rasa nak muntah. Stock Fame batch ketiga dah sampai. Separuh office penuh lipsticks. This time kitaorang order puluh ribu batang. 3 hari lipstick dah susut. Bagus betul Stokis dan Agent Fame ni. Kitaorang dah start panik balik nak kena restock lagi. Alhamdullilah...rezeki kita kongsi bersama2.

Kita masih buka peluang untuk sesiapa yang minat berniaga. Nak jadi agent sila email famecosmetics.my@gmail.com 

Sesiapa yang tiada modal dan ingin menjadi dropship korang boleh visit Instagram @agentfame dan tanya kepada stokis2 yang buka peluang untuk dropship. Cuba korang wassap nama stokis2 kat instagram tu.


Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum masih bergerak macam biasa. Nasib minggu ni kitaorang ambik part time staff untuk bantu buat packaging Ellfie dan Fame. Ringan sikit beban kitaorang. 

Nanti sambung lagi yek...tengah prepare barang2 untuk photoshoot esok.









3 comments:

BeLLa de ViE said...

Kak elly, bagi tau la schedule exhibition mana lagi yg ellfie akan join lepas ni. Nanti boleh plan pegi.. sbb selalu terlepas nk pegi exhibition yg ellfie join.. :(

Mrs pink said...

kak elly u're my idol your passion and determination drive me to persuade my dream to do what i like. i want to be like u one day

edda(",) said...

bestnya bergelumang dengan ribuan lipstik. nak satuuuu..=)