Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 23, 2016

Demi sesuap nasi


Orang cina di Guangzhou mmg kuat bekerja. Dari budak muda sampai orang tua diorang akan kerja non stop. Angkat barang berat2 selamba jer naik basikal. Jahit guni, tolak barang dengan trolley, angkut barang2 berat letak kat bahu macam tak ada hal jer. Kerja setiap hari, tak ada cuti langsung. Cuti pun waktu Tahun Baru Cina jer. Kedai sentiasa buka dari 10 pagi sampai 6 petang. 7 hari tak tutup langsung.

Mereka bekerja untuk menampung kehidupan harian keluarga. Mereka bekerja bukan untuk menjadi kaya. Kerja non stop untuk sara hidup. Tak nampak langsung budak2 muda lepak minum kat kedai kopi. Semua akan bungkus dan makan kat kedai. Kalau bandingkan budak KL dengan budak Guangzhou ni mmg sangat2 berbeza. Kehidupan kita sangat mewah berbanding mereka.

Tengok orang tua yang sama usia dengan Abah, angkat berpuluh kotak letak dibasikal kayuh dengan penuh tenaga buat Kak Elly betul2 insaf. Bukan senang nak cari sesuap nasi. Susah nak jumpa rumah mewah dan cantik kat sana, Semuanya rumah flat yang semakin usang. 

Kalau dibandingkan budak2 kat sini, kerja pun memilih. Kerja lebih masa merungut. Datang lambat tanpa rasa bersalah dekat boss. Suka2 jer buat peraturan sendiri. Displin dalam diri tak ada. Tapi kehidupan nak mewah. Bukan senang nak cari duit ni, kena berusaha baru rezeki tu datang. Rezeki tak datang bergolek tanpa usaha. Banyak duit macam bukit sekali pun kalau tiap2 hari ambik pun boleh surut. 

Hari tu lepak2 dengan geng bisnes di Guangzhou, masing2 berkongsi pengalaman. Ada tu dah jadi jutawan. Beli kereta dan rumah mewah. Tapi disebabkan terlalu mewah tak jaga perniagaan, harap kan staff uruskan. Now rumah dan kereta kena tarik dan back to normal berniaga ni Down Town. 

Senang pun ujian, susah pun ujian buat diri kita. Kak Elly dan En Win berniaga untuk tampung keluarga, untuk anak2. Cukup lah dapat memberi keselesaan untuk diri sendiri. Bekerja untuk menjadi jutawan belum lagi kearah itu. Kalau sampai ketahap tu, mintak2 diberi kesedaran.

Kadang2 kita perlu lihat semua ni untuk memberi kesedaran. Betapa susahnya untuk mencari sesuap nasi. Jangan lah terlalu memilih kerja. Ada kerja buatlah bersungguh2. Rezeki tu akan sentiasa ada untuk orang yang kuat berusaha.

Jangan ada hasad dengki melihat kejayaan orang lain. Mereka berjaya sebab mereka berusaha. Jangan sesekali pertikaian kesenangan orang yang berjaya. Itu adalah titik peluh mereka bekerja. Jadikan orang yang berjaya ni sebagai Idola supaya kita boleh maju kedepan.

Tipu lah kalau Kak Elly cakap tak ada perasaan takut langsung dalam bisnes. Dalam kepala ni sentiasa berjalan untuk kukuh kan perniagaan. Dalam perniagaan tiba2 boleh naik tinggi dan dalam masa sebulan boleh turun menjunam. Dengan kata lain kena sentiasa berusaha. Tiada istilah berehat dan goyang kaki. 

Tengok gambar2 orang di Guangzhou bekerja terus rasa hati berdetik. Sebenarnya kehidupan kita semua sama. Bekerja demi sesuap nasi :(


4 comments:

erny firdaus said...

betul tu kak elly...susah pun ujian..senang pun ujian...dalam situasi hidup dan ekonomi yang makin mencengkam ni...kena selalu bersedia dan beringat...semoga sentiasa diberikan keberkatan hidup...aaammiinn.. ;-)

Suriaamanda said...

compare kan dengan anak- anak muda di negara kita...jauh bezanya kan..SA dah pergi Guangzhou dan dah nampak semuanya...memang diorang kuat bekerja

Haffizul Iskandar said...

betul tu..jangan sesekali ada hasad dengki dengan orang lain. rezeki mereka sudah ditetapkan. rezeki kita tak siapa yang tahu. yang penting, jangan pernah putus asa dan sentiasa berusaha. terima kasih kak elly..:)

cacah said...

sebab tu pepatah kata jauh berjalan luas pandangan. bukan setakat cara bekerja saja kita boleh tahu dan ambil iktibar, banyak lagi yang akan buat betapa untungnya kita duduk di Malaysia ni. terima kasih kak elly for sharing.