Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 22, 2016

Baru balik Guangzhou


Hellooooo.... Ni how

Khamis lepas bertolak gi Guangzhou dengan Filla, Radie dan En Win. Banyak nak kerja kena settle kan sebelum menjelang raya nanti. Ada projek sikit nak kena siapkan...hehehe. Ajak Peej joint sekali trip ni tapi dia awal2 dah cakap tak nak ikut sebab tak larat nak berjalan dari 9 pagi sampai 12 malam. Dia sanggup jaga office dari jalan tak berhenti kat Guangzhou nanti. 5 hari 4 malam keluar berjalan tak henti2. Keluar pagi tengah malam baru balik. Berhenti pun untuk makan jer. Hari pertama Kak Elly ngan Filla jalan lutut bengkok sebab terlalu penat. Bila En Win dan Radie pandang kitaorang buat2 jalan biasa. Bila diaorang pusing balik aku ngan Filla bengkok kan lutut balik...ngeri sangat.



Hampir 3 tahun Kak Elly tak pergi Guangzhou. Tahun terakhir pergi waktu Kak Elly bawak group datang sini. Kak Elly ngan En Win stop sekejap sebab tak boleh nak handle terlalu banyak benda dalam satu masa.

Tahun ni kena start balik sebab banyak projek memerlukan kitaorang pergi ke Guangzhou. Aku ngan Filla kena survey apa2 yang patut dulu. Kerja office serahkan kat Peej sekejap sampai  selesai urusan di Guangzhou. 



Last month En Win dan Radie dah pergi untuk survey tempat. This month aku ngan Filla datang untuk tengok dan makesure semua berjalan dengan lancar. Ikut Radie dengan En Win ni boleh jadi giler. Berjalan non stop. Dah lah sekarang ni musim hujan. Tetap jugak berjalan dalam hujan2 tu.

Orang cina kat Guangzhou communication mmg susah sikit. Macam nak pengsan kena explain. I want like this....mula2 angguk lepas tu geleng. Huaaa nak pengsan kena ulang 80 kali. Aku ngan Filla sampai terjerit2 kat situ sambil buat aksi tapi still x faham jugak...hahaha. 

Kerja banyak tak settle lagi En Win dan Radie still kat sana sampai semua benda selesai. Tak tahu lah berapa lama lagi. Sian anak2 asyik tanya jer. Aku ngan Filla sempat lah shopping barang rumah sikit2. Bukan sikit banyak sikit sebenarnya...hehe. Murah giler sampai nak angkut semua benda. Furniture...OMG ala2 rumah Rizalman murah sangat ni. Tahun depan cancel Maldives, ingat nak kumpul duit bila furniture. Radie pulak ada waktu tu, macam2 idea keluar...terus teruja nak kumpul duit cantik kan rumah.

Hari ni balik office melambak kerja menanti. Lipstick hampir licin banyak colour nak kena restock sebelum stokis dan agent terputus bekalan. Ok nak sambung buat kerja...kalau sempat nanti Kak Elly share pengalaman di Guangzhou yek.

Korang....Kak Elly nak share you tube kat bawah ni dari Nisa Kay, good review tentang Fame Cosmetics...click tau supaya korang boleh lihat dan menilai nya.





No comments: