Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 29, 2016

Anak remaja


Susah betul bila anak dah meningkat remaja ni...semua benda dia tengok lepas tu complain. Especially kalau nak keluar jalan. Nanti Yaya akan masuk bilik tgk baju apa Kak Elly pakai "Mama pakai apa ni? tak lawa langsung" terus akak kemurungan. Kurang ajar sangat ni tegur mama dia punya fashion.

Kalau malam2 En Win ajak lepak kedai mamak, Kak Elly dengan pantas sarung jer seluar longgar2 dengan t-shirt. Nanti mulut Yaya bising suh Kak Elly tukar seluar jeans. Huaaaa teruk sangat ker  mama pakai nak ooi.

Habis semua benda dia kritik. Rambut tak lawa lah, make up tak cantik, baju old fashion, kasut tak sesuai. Eh...eh...eh dia punya baju lawa sangat. 24 jam pakai sport shoes lagi tak trend.



Fashion sangat lah ni. Baju beli kat online jer...ikut trend katanya. Kasut sport shoes trendy katanya. Berpasang2 kat rumah tu dia punya kasut jer. Keluar spray perfume satu badan. Rambut siap letak serum bagi lembut katanya. Rambut mama macam dawai tak cantik tak lembut. Rasa nak tampar jer....

Now pakai jeans koyak2, skinny jeans atau tight. Mama kalau pakai seluar skinny lepas sampai peha jer...haha

Iya zaman korang kan...zaman mama dah lama berlalu. Walaupun mama rasa dah hebat sangat fashion mama tapi tetap tak cantik di mata anak2 remaja...hahaha



Sabtu lepas kemas almari. Banyak baju dah tak muat. Walaupun zumba tapi zumba makan lagi banyak dilakukan. Nasib baik Yaya suka baju2 tradisional ni. Jadi turun kan baju2 semua ni kat Yaya. Mintak dia jaga elok2. Kak Elly still simpan kebaya nyonya yang budak2 ni. Mahal giler waktu beli walaupun baju budak2. Cantik sangat sulaman baju tu.

Sulaman baju uluwatu pun still Kak Elly simpan. Asal pergi Bali mesti beli sepasang dua buat kenangan. Sayang baju2 ni. Hope Yaya boleh jaga elok2.

Kemas handbag tapi jangan harapkan mama nak turun kan. Pinjam boleh ambik tak boleh...hahaha



Boleh rasa bila anak dah besar diri semakin tua. Kalau masuk kereta radio pun cari siaran melayu lama. Kalau ada lagu Ramlah Ram atau Fauziah Latif boleh lah terjerit2 menyanyi bersama...haha

Tapi bila budak2 berdua ni jer ada dalam kereta terus siaran bertukar. Siaran omputih...En Win blh tahan up to date jugak boleh nyanyi sama ngan anak2. I jer kesepian...terus kena gelakan sebab tak tahu lirik lagu. Nyampah...

Tapi tetap lah berusaha hafal lirik dekat you tube supaya tak ketinggalan...hahaha



Nengok ni...mama pun ada lah jeans koyak2 dan pakai sport shoes tau.  Aaauuuww remaja sangat ni!! hahaha





7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

ini memang betul-betul remaja ni kak elly... ha ha ha...

A.I said...

Ya amponnnnn!! sama la wei. haha..semua yg kat kita ni dikomplennye. pastu masuk kete bukak hits.fm duk melalak2 nyanyi reramai. yg aku ni trus terpongeh2. tp kalau dpt bukak radio baru yg cool.fm tu kan semua lagu2 lama. amik ko, nanges la ko situ dengar mama lak nyanyi. kahhhhhhhhh

marjina maideen said...

Mcm sama je

Intan Baizura said...

wow kak elly nmpak muda remaja gituuuuuuuuuuuu i likeeeeeeeeee (berlatarkan lagu salena gomez)

farhani said...

amboi. memang remaja betul ni. hehe. dulu zaman bujang macam tu jugak lah saya. seluar jeans koyak dgn sneakers jer. now dah kawen suami tak kasi dah pakai mcm tu. so terpaksalah follow. tapi dalam hati rindu jugak nak bergaya mcm remaja ni. huhuhu

Jan@Afzan said...

mak dan anak? eh kakak dan adik?

remaja sgt kak elly.. cantik je kak elly ni saya tgk...abaikan Yaya tu..kikiki.

tapi sentap gak kan sikit...sib dia tak kata, Mama dah gemuk..Itu lagi patah seribu hati kan...

take care kak elly

Yana said...

Betul tu Elly.. Anak2 saya pulak suka benor group kpop-kpop nih.. Hafal semua lirik lagu setiap kumpulan yang dorang minat tu.. Siap boleh tulis n baca tulisan Korea.. Terkejut saya.. Ingatkan cikgu ajar kat sekolah rupa-rupanya dorang belajar melalui internet.. Budak2 sekarang otak dorang lagi bijak n laju dari kita kan..?