Nuffnang Advertisement

Friday, February 5, 2016

Salam Jumaat....Assalamualaikum


Dah menjadi rutin setiap hari seawal pukul 6 pagi aku dah bangun uruskan anak2. Kak Elly ada kelemahan suka manja kan anak2 walaupun Yaya tu dah besar giler. Baju Sekolah Kak Elly akan siap letak kan kat atas katil masing2. Baju sekolah, bra, panties, stokin, singlet semua Kak Elly susun siap2. Filla selalu bising cakap aku terlalu manjakan anak2. I cannot u know...haha dah terbiasa. Kadang2 baju tidur dan baju nak berjalan pun Kak Elly akan tentukan. Tak bagus sebenarnya tapi i suka jer...hahaha. Nanti kalau budak2 keluar dari bilik air diaorg akan tanya "Ma nak pakai baju cantik ker atau baju duk rumah". pitam kan dengar. Tapi hakikatnya Kak Elly suka...hahaha.

Kadang2 bila budak2 lepas mandi nanti Kak Elly akan cium ubun2 rambut nak bau syampoo betul ker tak. Kalau busuk gi mandi balik. Nanti check leher dan ketiak berdaki ker tak. Kalau nampak berdaki Kak Elly akan sental dengan scrub. Sampai stress budak2 tu. Pasal tu Yaya dan adik suka kalau Kak Elly tak ada kat rumah....hahahah. 



En Win akan hantar Yaya ke Sekolah dengan Motor. Yaya Sekolah kat KL takut jem nanti lambat. Kak Elly akan hantar adik tapi tetap kena keluar pagi. Pukul 6.20 pagi kitaorang dah gerak. Walaupun perjalanan dari rumah ke sekolah hanya 15 minit jer. Tapi kawasan rumah yang Kak Elly tinggal ni kalau lambat sikit jer dia punya jem mcm giler.

Sampai sekolah dalam 6.35 atau 6.40 pagi macam tu. Kak Elly akan biarkan dia tidur sampai pukul 7 pagi. Tak sampai hati nak kejutkan awal2. Sian kena duduk kat sekolah gelap2.

Sekolah ni wajib kena pakai tudung. Muka adik dah lah kecik. Kadang2 kalau tunggu dia balik sekolah tak perasan dia dah ada depan Kak Elly...hahaha. Teruk sangat perangai sampai tak kena muka anak sendiri. Cute sangat balik sekolah garisan tudung tengah tu dah ke pipi. Jambul dah terkeluar....hahahaha

Setiap hari adik ada home tuisyen. Balik jer dari office mmg kena masak. Tuisyen start pukul 8 sampai 10 malam. Jadi Kak Elly kena makesure lauk siap sebelum pukul 7pm. Ini paling mencabar sebab mak dan anak mempunyai citarasa berlainan. Perut dua2 nak kena isi terutama mak budak kena diutamakan...hahahaha



Ayam masak Bali. Resepi Kak Elly ada share kat FB. Jgn malas cari.


Sambal tumis udang


Kari Ayam tapi kentang x ada. Malas beli jadi guna apa yang ada



Kurma Ayam


Sup Ikan Merah


Sambal Daging

Sila telan ailio...hahahaha


7 comments:

Miss Moon said...

ok fineeeeeeeeeee

aku dah telan air liur 6 kali


( aku pun sama hokey baju sekolah letak siap siap atas katil)

Yaya aku tuh kadang letak elok2 pun boleh tanya ...pakai baju mana ya....urut dada mak nkooo

Cik Puan Eka said...

hehehe mmg terus lapar balik la tgok lagi2 ayam masak bali tu

Zie Azi said...

ahhhh..ari tu tgok kt fb dah lapar,ni lapar balik wlpun dah bantai 2 pinggan nasi hahha

Sue said...

kak elly bangun kul 6 pagi.. kuar gi hantar anak kul 6.20 pagi. time tu kak elly dah siap pi opis ke? ehhhh kak elly keje sendiri..huwaaaa.... kalau la sy bole benti keje jugak.... pastu nk tanya, senang tak kejutkan budak2 esp si adik tu

miss eimanhikmah said...

untung la anak2...nasib baik ada 2 org je...hehehehe

soulsearcher said...

Omg kita sama.hubby ckp aku mak yg saiko.tp semenjak peknen n branak ketiga xmampu dh nk monitor semua...anak2 pon ikut suka je pakai baju ape2..huhu

ummi_khalish said...

hati mak2 mmg cmtu...kalau blh sampai ke besr nk dibuat gtu..hehe..adui..sdpnya plak ayam tu..nk kena cri resepi ni..