Nuffnang Advertisement

Wednesday, February 17, 2016

Resign

 
Actually dari tahun lepas ramai mintak Kak Elly share macam mana Kak Elly boleh tekad nak resign setelah hampir 20 tahun bekerja makan gaji. Hampir 20 tahun selesa dengan gaji bulanan. Kerja sikit atau banyak still cucuk duit tiap bulan ada duit masuk. Kalau fikir balik dengan soalan korang jantung boleh jatuh balik. Umur macam Kak Elly tak sepatutnya buat keputusan yang drastic macam ni sebab dah ada commitment bulanan. Duit kereta, duit rumah, duit saving dan macam2 lagi. Kalau berhenti pun kena makesure pendapatan sekarang dengan pendapatan baru kena beza 40%. Kenapa Kak Elly tekad???
 
Kak Elly nak ubah kehidupan Kak Elly dan keluarga. Kak Elly nak jadi orang yang berjaya. Boleh pergi kena masa sahaja dan membeli apa sahaja dengan duit hasil titik peluh sendiri. Kalau makan gaji rasanya Kak Elly tak dapat nak pergi jauh. Untuk merubah gaya hidup Kak Elly kena ambik risiko yang sangat tinggi. "untung sabut timbul, untung batu tenggelam" gitu.....  
 
Pertama sekali sebelum buat keputusan untuk berhenti kerja Kak Elly kena makesure saving untuk bulanan boleh cover utk setahun. Maksudnya kalau sebulan Kak Elly memerlukan RM5000 utk bayar bil2 dan expenses. Jadi Kak Elly kena makesure simpanan kena cukup cover expenses selama setahun.
 
Kedua...Of course Kak Elly kena berbincang dengan suami, anything happen apa plan B yang Kak Elly kena buat.
 
Ketiga...Kak Elly kena yakin dan suka dengan kerja baru yang Kak Elly buat. Kena makesure duit dalam Syarikat dah boleh rolling dalam jangka masa 6 bulan.
 
Keempat.....kena redha dengan apa yang berlaku
 
Gaji kerja dulu dan sekarang mmg sangat2 berbeza. Beza bukan lebih tinggi ya tapi beza yang sangat2 rendah. Tapi Kak Elly tekad kerana Kak Elly yakin kitaorang boleh naik kan nama Ellfie.
 
Keputusan untuk berhenti kerja pada mulanya buat Kak Elly rasa takut untuk berbelanja. Perbelanjaan berpusing hampir 180 darjah. Kalau dulu boleh beli sesuka hati sebab fikir ada bonus dan gaji bulanan. Tapi setelah berhenti kerja banyak benda dan aktiviti terpaksa Kak Elly dan En Win kurangkan. Kalau dulu bukak aircond sesuka hati now lebih berjimat. Mula2 mmg x boleh terima hakikat sebab dah terbiasa hidup dengan 'gaya mewah' tapi lama kelamaan kami sekeluarga dapat melatih diri.
 
Syukur alhamdullilah keputusan yang Kak Elly ambik adalah tepat. Now back to normal walaupun 5 bulan pertama a bit stress. Slowly Ellfie dan Fame mula dikenali. TAPI bukan perkara yang mudah kitaorang kerja non stop utk maintain kan nama Ellfie. Berfikir dan terus berfikir untuk perkenalkan Ellfie. 
 
Kalau dulu berkerja untuk orang tapi sekarang bekerja untuk company sendiri. Tak boleh leka, tak boleh goyang kaki, kena sentiasa belajar dari pengalaman dan sifu2.  Walaupun stress tapi happy dengan apa yang Kak Elly buat. Ini lah benda yang Kak Elly nak buat selama ni. 
 
Hakikatnya hidup sekarang lebih tenang. Tenang dari segi pengurusan masa. Tak perlu takut2 lagi kalau boss marah. Boss Kak Elly dulu garang, kalau nak apply cuti kena tunggu dia cuti jugak baru blh approved. Kalau gi holiday kalau benda tak settle dia akan call dan tanya. Nak cuti pun rasa tak tenang jer. Now...rasa free jer....hahaha
 
Company sendiri ni kena kerja kuat, kena kerja lebih masa. Bila rajin promote rajin buat marketing korang boleh nampak duit masuk pun cantik jer dalam acct. Kalau malas....malap jer nanti...hahaha
 
Jadi korang kena suka dengan kerja atau business yang korang buat. Paling penting sebelum buat keputusan untuk resign saving korang mencukupi atleast utk setahun dan korang kena tahu berniaga ni bukan perkara yang mudah. Korang kena kerja kuat dan semangat pun kena kuat. Bagi masa kat diri korang untuk 3 tahun pertama. Kena ikut rentak...kalau rasa boleh pergi jauh teruskan. Kalau rasa cukup2 makan better fikir plan B.
 
 
Masa dengan keluarga dan anak2 mmg akan kurang. Ini hakikat yang korang kena terima diawal perniagaan. Bukan awal jer sehingga kini kerja non stop mendatang. Urusan kewangan kena bijak. Kitaorang still makan gaji, keuntungan tak berani pun nak usik lagi. Biar duk diam2 dalam acct dulu. Kumpul asset seberapa banyak yang boleh. Paling penting kembangkan perniagaan.
 
Kak Elly pun baru setahun. Nak nasihat lebih2 pun tak boleh...business ni bukan boleh dijangka. Kena selalu tuntut ilmu dan belajar dari pengalaman. Kena ada target jangan main belasah jer. Aku, Peej dan Filla mmg tak bijak tapi semangat kitaorang mencuba tu kuat. Redah jer apa yang perlu. Satu kepuasan buat kitaorang. Takut tu kena sentiasa ada dalam diri...jgn cepat selesa. Tiap2 hari kena fikir benda yang baru.  
 
Kak Elly nak pesan kalau korang was2 depan keputusan nak berniaga ni cuba buat part time dulu. Kalau betul2 yakin dan rasa kukuh baru korang fikir langkah seterusnya. Jangan ikut orang, makesure kita tahu tahap kemampuan kita.
 
   Nak capai kejayaan bukan mudah...now still merangkak walaupun umur nak masuk 40 an. Nak buat macam mana, ini jalan yang aku pilih. Berjaya atau tak itu lain cerita. Paling penting kerja keras. Suami kena sentiasa menyokong, keluarga kena faham situasi yang kita lalui sekarang. Kak Elly kena atasi masalah ni dulu baru boleh melangkah seterusnya.
 
Bukan senang ya...sila fikir masak2 sebelum korang buat keputusan. Kak Elly pun tak tahu nasib Kak Elly macam mana nanti. Doa banyak2 semoga semangat ni sentiasa membara...
 
 

7 comments:

Melissa Jalil said...

Indeed! Thanks kak Elly :)

ummi_khalish said...

nak berjaya nak senang bukan mudah..semoga Allah mudahkan segala urusan kita...stay strong kak elly

Yatie Owner said...

respect keputusan kak elly. semoga kak elly terus maju ke hadapan. berjaya dalam perniagaan dan keluarga. PG yakin, usaha murni kak elly, pasti akan membuahkan kejayaan. inshaAllah.

cik hani said...

semoga kak elly sentiasa berjaya..
Dipermudahkan segala urusan dan sentiasa bersemangat.

ibz said...

Thanks kak Elly for ur inspiring words. Rasa positive giler!!!

Unknown said...

very inspiring!

nurul harnani kasmari said...

Tabik spring. Keputusan sukar tp result berbaloi2.