Nuffnang Advertisement

Wednesday, February 10, 2016

Penyakit org2 sekarang


Aku tgk jer perangai budak2 sekarang ni kat FB. Kadang2 baca dan tgk sambil tersenyum. Paling latest aku tgk gambar makanan. Sah2 nampak jelas gambar tu google tapi dengan konpiden tulis lauk tu kau masak. Motif??? Perlu ker nak tunjuk rajin sampai tahap menipu.

 
 
Caption : Ini jer yang sempat saya masak hari ni.
 
Tapi empat jenis lauk sekali tepek...haha
 
Caption: Suami teringin nak makan rendang ayam tapi badan letih. Tapi dah tanggungjawab isteri terpaksa masak jugak.
 
Aku mengaku dulu dan sampai lah sekarang tak ada lah terror masak. Lauk aku pun balik2 itu jer. Tapi tak sampai lah menipu lauk org kata lauk aku masak...hehe. Tak perlu rasanya nak tunjuk terror sampai google gambar lauk kata lauk masakan sendiri.

Aku tak kisah sebenarnya. Tapi mcm tak blh terima org yg buat benda2 mcm ni. Aku masih tak blh nak terima dlm kepala ni perlu ker buat mcm ni. Kenapa? buat apa? nak kasi org tengok. Tapi dapat apa? kepuasan. Kepuasan apa??

Biarlah masak telur goreng jer, bila up kat ig or fb org komen rasa seronok kan sbb kita tahu telur mmg kita yg masak. Ni kalau gambar google bila org komen rasa bangga ker? tak malu ker kalau org tahu tu gambar tipu. 

Jgn lah buat perangai mcm dik ooi...zaman teknologi ni org blh kesan. Akak kesian jer kalau kau kena hentam nanti. Nasihat akak jgn lah menipu ya!! Bersikap jujur dengan apa yang kita buat. Orang tak kisah pun kalau kau mengadu tak masak seminggu pun. Orang tak peduli pun kalau kau rajin sampai terbaring.
 
Jangan buat lagi tau perangai macam tu...hahaha
 

10 comments:

Myne Khalid said...

Kak elly!

Sy trus google rendang ayam! Kuar gmbr tu! Siap daun kunyit bgai! Hahaha...x leh terima!!!!

InaYusoff said...

ini baru satu je kak engkuuu....

ada sejuta lagi penyakit orang-orang zaman sekarang...

hahahhaha

skuterlady said...

hehe... macam macam hal kat fb ni kan...

CikPuan FiDa said...

ade gak org cenggitu ek..
dia nak bgtau yang dia konon rajin nau masak letew..
padahal google jer.. kihkih..

ain.ya.nun. said...

Kalau pos gitu kat FB tu memang mengharap like banyak la tu hahaha

Sidratul Muntaha said...

salam alaik
first time baru thu ade jugak org yg mcm tu
ahahhaa
buh gambo google pastu kate gambo masakan sendiri masak arini
adei..

Noriza Rahman Momma Vogue said...

Sangat tak beretika kan?orang dah penat memasak dia dengan mudah upload dan buh caption sendiri

khay ke'ai said...

owh kak elly...ini baru gmbr lauk, ada lg best..gmbr kita cuti2 kat vietnam dgn kawan2 chinese kita pun ada org save n upload dalam album vietnam dia...siap caption 'wanita vietnam'..hello itu kawan2 kita chinese malaysia...macam2 ragam...maafkan je la mereka, semoga diberi hidayah oleh Allah

miss eimanhikmah said...

ERKKK..ada eh org mcm tu..kikikiki

Cik Puan Rann said...

Dia ingat org x tahu tu, itu ngaku masakan sdiri