Nuffnang Advertisement

Monday, February 15, 2016

ELLFIE ONE YEAR


Alhamdulillah....4hb Februari genap usia Elffie Setahun. Maknanya 4hb Februari kita mula berniaga, mula promote Ellfie di blog. Still boleh ingat lagi debaran kitaorang waktu nak publish entry tu. Filla, Peej aku sepakat up entry tepat kul 10 pagi...huaaaa kenangan  sangat tu. Cuba2 nasib, waktu tu berani jual 500 set jer. Sambutan dari reader sangat hebat 3 hari licin. Hari pertama Peej sampai nangis tulis borang. Aku jawab wassap sampai terketar tangan. Filla war2 di Instagram dan blog sebab masa tu kita tak ambik agent lagi. Pukul 5 ptg hari pertama aku kerumah Peej bantu buat postage. Berbekalkan modal pusingan kitaorang cuba nasib lagi order untuk 1000 set skincare. Licin dalam masa 2 minggu...alhamdulillah. Gaji pertama kitaorang RM1,000.00 seorang. Itupun dan melompat gembira balance dalam acct untuk modal pusingan.

Macam mana wujud nya Ellfie?? 
Waktu tu kitaorang bertiga tengah fikir nak cari duit tambahan. Macam2 kitaorang fikir. Since Peej ada pengalaman dalam bidang jualan skincare, kitaorang ambik keputusan untuk mencuba. Hampir setahun jugak kitaorang cuba dapatkan skincare yang terbaik. Test kat muka sendiri. Percubaan pertama gagal. Satu muka Filla dan Peej naik jerawat. Ngeri ok. Sedih jer bila tunjuk muka memasing kat wassap waktu tu. Tukar formula untuk kali kedua masih gagal dan percubaan ketiga baru berjaya. Lepas tu baru bagi kawan2 rapat mencuba dan Ellfie memberi kesan yang sangat positif kepada pengguna.

Kenapa nama Ellfie? 
Nama gabungan kami bertiga 
Ell - Elly 
Fie - Filanie (Filla), Fiezah (peej)

Modal
Kami menggunakan simpanan yang ada di bank. Tak nak buat mana2 pinjaman pun. Risau tak boleh bayar nanti kalau tak maju. Tekad untung atau rugi kita tanggung sama2.

Hari pertama produk diserahkan, ingat lagi aku ngan Peej ambik kat kilang. Debar2...bukak packaging dalam kereta. Terus rasa nak nangis. Still keep lagi gambar pertama produk kami di dalam kereta. Terus share dekat wassap group...bagi semua suami2 tengok. Huaaaaa sedihnya bila ingat balik.

Bulan 3, pengguna mula share testimoni setelah menggunakan Ellfie selama sebulan. Kebanyakan testimoni semua positif. Ingat lagi testimoni dari Fatimah. Muka dia penuh jerawat yang menanah. Tapi bila dia hantar gambar selepas aku, Peej dan Filla hampir pitam...hahaha. Muka Adik Fatimah tu licin tinggal parut sikit2 jer. Terus rasa bangga sebab kita dah bantu orang menyelesaikan masalah kulit.

Bulan 4, kitaorang dah mula ambik agent. Dari 5 Agent yang mendaftar dan sekarang Ellfie ada hampir 70 agent lebih. Semakin hari Ellfie semakin maju dan kitaorang mengambil keputusan untuk berniaga secara serious. No more part time job. Bukak company dan berniaga dengan lebih serious lagi. Aku tekad berhenti kerja untuk berniaga secara full time.

Bukan keputusan yang mudah...sebulan aku fikir nak letak jawatan. Buatnya tak laku aku nak makan apa nanti. Setelah discuss dengan En Win dan aku yakin Ellfie boleh maju dan support dari keluarga buat aku bulat hati untuk berhenti kerja. Alhamdullilah...keputusan yang aku ambik sangat2 tepat. 

Bulan 12, kitaorang decide ambik Duta untuk perkenalkan Ellfie dengan lebih meluas lagi. Kami memilih Eira Syazira sebagai Duta Ellfie yang pertama. 

Dari seorang pekerja now kita dah ada 3 orang pekerja. Soon kita akan ambik lagi 2 orang pekerja. Dari satu produk now kita dah ada 3 produk. Ellfie Essence, Ellfie Gold Serum dan Matte Lip Cream dibawah nama Fame.



Alhamdullilah Ellfie dah setahun. Kitaorang decide nak sambut kegembiran ni dengan keluarga dan agent yang banyak membantu menaikan nama Ellfie




Aku pun tak tahu macam mana kitaorang berani nak masuk dalam dunia perniagaan ni. Pengalaman pun tak banyak tapi kitaorang tekad nak cuba. 




Dari tak tahu apa2 now dah terror sikit buat marketing, dah berani kedepan, dah pandai uruskan company. Dalam masa setahun kami kutip macam2 pengalaman.




Hari2 kami cuba perbaiki kelemahan kami. Cuba improve dan perbaiki kelemahan Ellfie. Sampai sekarang macam tak percaya kami lah Pengasas Ellfie. Pengasas yang siang malam masih bekerja untuk company. Walaupun penat kami sangat2 puas hati dengan hasil kerja kami selama ni.



Me and Filla


Cake Cutting ni aku yang nak buat. Peej dah termalu2 nak potong cake. Eh! kena lah buat, sejarah tau Ellfie setahun. Ingat senang ker i ambik keputusan berhenti kerja. Satu kejayaan tu, walaupun baru setahun tau...



Cookies Ellfie


Decide buat kat Floral Cafe. Salah satunya sebab senang. Flora Cafe dah tak perlu decoration. Cuma tambah sikit2 jer



Us with Agent. Baju merah tu actually my lecturer waktu di College. Tak sangka dia still support student dia hingga kini. Lap u Puan Halina



Tak semua agent dapat datang haritu. Ramai yang bercuti dan ada juga tinggal di Negeri lain. Insyaallah kalau ada rezeki mungkin kita boleh berjumpa ya







Eira dan Azad

Duta yang sangat sporting dan memberi kerjasama 100% untuk Ellfie. Sama2 turun padang bila ada exhition. Especially Azad yang sentiasa bantu memperkenalkan Ellfie di Instagram dan Facebook. Wow...tengok muka Kak Filla...senyum sangat tu.



Pengacara malu2 kucing. Puas pujuk mintak dia jadi MC hari tu. Sekali bila buka mulut 80 pantun keluar. Majlis dimulakan dengan Doa Selamat dari Ustaz (gambar tak ada)



Next

Ucapan dari Peej. Ini lah kali pertama kitaorang berdepan dengan Agent dan keluarga. Awal berucap Peej dan mula menangis...aku mmg tak boleh ya orang nangis2 ni. Sedih bercampur gembira. Menceritakan pengalaman setahun bersama Ellfie. Nampak mudah tapi sebernanya sangat2 sukar. Peej luahkan segalanya2 dari bekerja dirumah now dah jadi seorang pengasas yang punya produk sendiri.



Lepas Peej berucap next Kak Filla, tapi x ada pulak gambar.  Last baru Kak Elly berucap. Nampak tak mata merah tu...i mmg ratu air mata. Kami masih baru, baru setahun Ellfie berada di pasaran tapi kami bangga dengan apa yang kami kecapi. Susah senang kami bersama2. Tinggal anak dan suami bekerja weekend dari pagi hingga malam. Kami ingin berikan yang terbaik untuk Agent dan pengguna Ellfie.

Nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga yang sangat2 memahami, kepada agent yang bertungkus lumus menaikan nama Ellfie dan kepada pengguna Ellfie dan reader yang sentiasa support kami.

Untuk Moon thank you so much sebab banyak bantu kami dari dulu lagi. Moon seorang sahabat yang sangat baik. Selalu bantu dan support kami.


Ucapan dari Duta Ellfie



Semua keluarga berkumpul. Buat pertama kali Mak dan Abah jumpa keluarga Peej dan Filla. Mak dan Abah tak aktif FB jadi dia kurang kenal kawan2 yang berniaga dengan aku. Dia tahu nama2, muka dia tak tahu...hahaha. Hari tu lah baru berkesempatan kenalkan dengan abah dan mak



Cantik sangat cake ni


Selesai makan kitaorang bagi reward utk agent terbaik sepanjang tahun 2015. Letchumy pemenang tempat ketiga



Rosline tempat kedua


Usmi tempat pertama


Alhamdullilah dah setahun Ellfie. Semoga Ellfie terus maju dan semoga persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat. Takmo gaduh2 tau











Ini lah tulang belakang kami. Sentiasa beri semangat bila kami mula patah semangat. Sama2 menaikan nama Ellfie. Sama2 bekerja untuk Ellfie. Sama2 bantu dan ada disisi kami.



Selesai majlis,  kitaorang ada buat meeting utk agent meluahkan pendapat, memberi pandangan untuk meningkatkan jualan Ellfie. 
Agent terbaik sama2 share pengalaman mereka.  



Tips marketing kitaorang share bersama. 



Me


Kawan yang susah dan senang bersama. Selalu ingatkan sesama sendiri, kalau ada rasa tak puas hati jgn simpan dalam hati. Jangan ada sikit pun rasa hasad dengki. Kawan kena tulus. Apa yang terbuku luah kan. Jangan ada sampai rasa tak selesa dalam jiwa. Itu semua blh merosakan persahabatan. Hargai dan sayang sahabat yang susah dan senang bersama kita.



Suami


Ini pun orang penting di Ellfie. 


Me dan Abang Toyib

Pa..thank you so much. Alwiz support apa yang i buat. Sentiasa bagi I peluang untuk mencuba sesuatu yang baru. Tak pernah mengeluh sikit pun kalau I tak ada masa untuk U dan anak2. Sentiasa menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Love u...muahahahaha



Terima kasih yang tak terhingga dari kami. Doakan perniagaan kami ya. Thanks korang...moga ada Ellfie Two Year dan Year2 seterusnya...amin


13 comments:

Fiza Abdul Rahman said...

Assalam Kak elly,

Tahniah utk ellfie kerana telah pun bertapak selama 1 tahun... tahniah pada filla dan peej jugak. BTW saya nak Tanya kenapa Eira di ambil sebagai duta ellfie?

SITI NURFADHILAH MD RODZI said...

Im crying kak elly..soo touching.....huhuhu...one of my dream utk start meniaga....tp selalu x menjadi jer huhu

safurara said...

Tahniah kak Elly and team ellfie, semoga terus maju jaya, masih lg x berjaya dpt kan FAME, nk jadi agent boleh x? hehe

miss eimanhikmah said...

Tahniahhhh..

Norliana Abdul Rahman said...

Congrats ellfie. Semoga lebih maju!

sarah said...

tahniah kepada kak elly, fila dan peej..untuk berjaya, jangan berdengki, mesti sepakat..insya Allah berjaya..

pieja cute said...

Tahniah utk k.elly... filla n peej... nk nangis baca... saya pengguna ellfie.. suka baca blog korang... blog yg akan dibaca bila ada crita baru... best.. semoga terus berjaya n jd jutawan... testimoni ada tp segan nk share... tp mmg muka makin ok lepas pakai 1 set...

fathiyah jamaludin said...

tahniah buat akak bertiga.
an inspiration.
:)

A.I said...

Touching lak aku beb. TAHNIAH sesangat kat korang semua. sumpah aku kagum. aku doakan semoga korang semua dimurahkan lagi rezeki :)

Jibu Firdaus said...

congratss kak elly, kak pilla and kak peej.. seronok bace...

Ina mus said...

tahniah ellfie...nak sgt pakai tp belum mampu ....semoga korg semua lebih maju amin....

Cik Puan Eka said...

tahniah kak elly, kak peej n kak pilla. Suka tgok friendship kakak2 semua.

mashelas said...

:) so touching. saya doakan semoga ellfie sukses selalu.