Nuffnang Advertisement

Monday, February 22, 2016

Ayam Serama


En Win ni pelik sikit sbb hobi dia suka bertukar2. Dia bukan hobi jer bertukar colour dengan minuman pun tak pernah ada paberet. Sampai sekarang aku tak tahu apa makan, minuman dan colour yang dia suka. Dia kata semua tu tak penting janji ada air utk minum...hahahaha

Mula2 aku kenal En Win dia giler memancing. Banyak giler joran dia beli. Siap pergi tengah laut utk memancing. Ada lah dalam 3 bulan giler memancing. Segala tasik dia pergi. Dengan aku sekali terbabit teman kan dia. Lepas tu dia beli Ikan Koi dalam 3 ekor. Selalunya orang akan beli Ikan Koi kalau ada kolam kat rumah. Tapi dia letak kat swimming pool budak2. Aku layan jer perangai dia. Dah boring dia bagi kat Cina sebelah.

Lepas tu joran ke mana laut ke mana. Dia start pulak hobi baru bela Sugar Glider. Sampai 3 ekor dia bela. Siap beli rumah, barang mainan binatang tu. Aku ni dah lah bukan pencinta binatang, stress ok. Ada satu malam tu, aku dah tidur diam2 dia bawak Sugar Glider tu masuk bilik. Dikeluarkan seekor letak kat tapak tangan sambil baring. Last2 dia tertidur. Korang tahu tak Sugar Glider tu pergi mana. Dia duduk atas muka aku. Aku menjerit macam orang giler ya sampai tercampak Sugar Glider tu. Merajuk 3 hari tak bertegur.

Lepas tu dia boring. Dia lepaskan Sugar Glider tu kat hutan rumah aku. Dia bela pulak arnab. Dia beli sepasang. Mula2 dia letak kat sangkar. Lepas tu dia tak sampai hati, dia lepaskan arnab tu dalam rumah. Dah taik bersepah2. Aku bising dia letak kat kawasan laundry rumah. Dia biar kan arnab tu bebas macam tu. Mmg habis lah wayar washing machine tu dia gigit. Berapa kali tukar, last kali arnab tu gigit wayar tu meletup sampai terbakar hidung terus arnab tu mati keras...hahaha. Eh! tergelak pulak.

Lepas tu lama dia senyap...aku dah lega. Semalam dia kelam kabut bangun pagi kata ada hal, kena pergi Kuala Pilah. Petang dia sampai rumah aku nampak dia bawak balik Ayam Serama. Adoiiii dia buat perangai balik bela binatang.



Satu jantan, satu betina supaya boleh bertelur. Ayam Serama ni bukam macam ayam biasa. Dada ayam tinggi giler...hahaha. Siapa lah nak jaga buang taik ni semua.



"Ma ayam ni tak boleh kena nyamuk nanti dia mati" penipuan apakah ini. Tak ada makna nak letak dalam rumah nya. Satu rumah bau taik nanti. Waktu ni aku tak ada nampak dia share kat group dia dah lepaskan ayam dalam rumah. kau dah kenapa bang ooi. Ini bukan kucing. Menitik taik ayam tu kat lantai. Eh! berak pulak ayam ni. Korang stress tak?? huaaaaaa



Aku dah pesan jgn letak dalam rumah. Pagi tadi kul 3 aku bangun sebab haus. Dalam diam2 dimasuk kan sangkar ayam tu dalam rumah. OMG!!!! sakit dada aku. Tolongggggggg. Berapa lama pulak di sayang Ayam Serama ni. Huaaaaa


26 comments:

Hana Jaffar said...

Hahahahha ini kelakar!
Nasiblah saya laki bini tak gemar bela2 binatang ni.

masdila said...

hahahaha,kli ni gelak baca blog akk

merbokputeh said...

kelako giler cite kak elly....ha ha ha

merbokputeh said...

kelako giler cerita kak elly ..ha ha ha

Haffizul Iskandar said...

Hehehehe..hobi yang berubah-ubah ni yang best kak..ceria sebab tak tersekat dengan 1 hobi je.. hehehehe

Cik Puan Eka said...

hahahaha ayam dalam umah.

Kelakor le asben kak elly ni

JUE said...

hahahaha xboleh thn part sugar glider tu :D ... sabo aja lah kak elly hehe

syalinda johari said...

hahahahahhahahahaa... lawak tahap dewa ni...

nurul asiken.apandi said...

hahaha....kelakor gilo..sama mcm husben sy jugak..jenis hobi bertukar2..masa mula2 kenal husben sy minat badminton.beli semua raket byk pulak tu.,..ok main la dlm 2 3 kali badminton.lepas tu minat ikan peacock kecik2 tu..beli beratus2 ekor...siap raka apa bagai,,tahan la 3 bulan..lepas tu basikal pulak..sekali beli sampai 2 basikal..naiknya baru 2 kali..sugar glider siap letak dalam bilik laundry..ngn rumah sampai 2...5 ekor SG..last2 sy paksa jual semua sbb nk trf bilik SG tu jd office..hahaha

Aty_Fared said...

eeahh rasa orang laki memang macam tu lah..rasanya lah..sebab sampai sekrang saya pon tak pasti hobi asben saya yg sebenar2 nya apa..sebab bertukar2 gak.. huhu..tapi en win memang kalakau..tapi jadi akak memang akan tensen..saya paham..;p

Yana said...

hahaha.. lawak pulak entry Kali ni... Bulu ayam tu tebal Elly.. Nyamuk memang tak leh nak gigitlah.. hahahaha

Jueliza Jamani said...

hahhah jenuh pening la kak elly.. jangan lepas ni macam2 binatang dia bawak balik sudah.. kang jadi mini zoo kat umah kak elly.. hehheehh

Nur_cahayamataku said...

adoi aiii.. tergelak baca cerita kak elly nih.

ummi_khalish said...

aduhai..x tau rasa nk gelak atau nk nangis kak..bertabahlah..

Nur Ain Johari said...

Hahaha yg ni xblh xgelak..kelakar la abg toyib k.elly ni.sabo jela ye..

Hayati Ghazali said...

kelakar la cite entry ko ni...tersedak haku yg tgh bfast mkn nlemak kat opis...tang sugar glider tertongok kat muka ko tu yg paling win..hahaha...tapi nape ek en win xmo kasi orang sugar glider tu? ke bagi aku ke..hehehe

FadMN said...

lawak la kak elly.esp time arnab mati terbakar tu.jadi arnab grill terus.kikikiki

Juliana Abdul Rahman said...

igtkan abang kandar je ada perangai pelik...rupanya en win pon pelik jgk..klakar..patut dorang senang ngam...perangai lebih kurang.. hehehe :p

Miss Moon said...

klaka hokey Win. Aku semalam siap tunjuk ke Sutan

Sutan kata kalau jenis suka tukar ni aku la kejap gile jahit ..kejap gile mengkait ...skrg tengah giler kaler plak

strawberi said...

baca cm luahan perasaaan seorg isteri yg stress..tp nk tergelak bila baca..klaka sgt kot ..hahahhaha..tumpang kesian je la kak..tp mmg klaka..

fathiyah jamaludin said...

entry ni paling lawaakkkkkk
serius tergelak2 baca.
tabah je la kak elly, nmpk gaya kena cari tanah kat kampung buat rumah nnt en win boleh bukak ladang kebun etc..

Smashing Pumpkin Crew said...

sabar je lah...

dapat dibayang kan arnab berak merata... stress ohhh nak nak kena yang penggeli mcm ai

takpe ayam serama tu ada guna gak nanti....

Liyana said...

hahaha ini kelakar! cramp perut dek gelak. Bahaha

Fariha Jaba said...

Baik bela kucing je kak elly.hehehe. pandai berak kencing dlm pasir 😅😅😅

Najwa Mirza Hail said...

Betul lah tu kak elly. Ayam serama mmg tak boleh kena gigit nyamuk. Dia senang sakit. balung ayam tu akan naik biji2 merah. Kalau nak letak luar rumah, kena make sure sangkar ayam tu berjaring.. Nyamuk tak boleh masuk.. Hehehe

Fairuz Jaafar said...

hahahahaha. En Win memang WIN!