Nuffnang Advertisement

Friday, February 12, 2016

Apa nak jadi ni??

Apa nak jadi dgn kitaorang bertiga ni. Setiap kali jumpa bukan main nasihat each other suh diet 


Aku Peej aku rasa kau kena diet lah, dah naik sangat badan kau tu
Peej : Iya aku jalan pun dah tak larat dah ni
Filla: A'ah peej...atleast aku ada gaks pergi zumba


Cewah Kak Pilla nak ckp lah tu dah masuk Zumba...hahah. Tapi hakikatnya hanya mulut jer bercakap. Otak dan tangan bukan kearah itu. Tak caya tgk gambar kat bawah ni.


Kari Kepala ikan. Bukan ikan jer ada ayam, sotong, ikan bulus dan telur rebus. Order sekali 2 set dan licin ya...hahaha

Kalau org lain kebahagian mereka adalah terhadap barangan tapi kitaorg kegembiran adalah makanan. Kalau ada untung lebih sikit jer laju fikir nak makan mana. Seluar tak muat belakang kira. Gitu...




Chili's

Makanan yang korang tgk ni semua dalam masa seminggu. Bukan gambar bulan lepas. Ini gambar makanan hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat...giler kan.

 

Sushi...berpinggan2 kalau order. Gembira jer makan. Itu belum lagi balik kerja sambung mamak lagi. Huaaaa giler ker apa ni. Suka sangat makan ni.



Dome pulak....kerja penat kena lah makan sedap. Itu quote yg kitaorg pegang. Makan kena sentiasa sedap baru rasa berbaloi penat bekerja tu...haha. 

Dulu aku ni penggila handbeg. Pantang duit lebih sikit konpem kearah itu. Sejak kawan dgn diorg berdua ni...no more handbeg tapi more makan...pitam akak



Walaupun gemuk kami bahagia jer walaupun setiap hari bebel benda yg sama. Nasihat bukan main meletup2  suh jaga kesihatan jaga badan. Tapi hakikatnya nampak makanan lupa daratan. Makanan saja yang dapat mengembirakan kami. Tak kisah lah baju tak muat asal hati gembira...Hahaha. Lepas makan penyesalan tiada gunanya.

Tapi kan Peej dah start gi Gym...Kak Pilla dah start gi Zumba. Akak masih dirumah sambil enjoy masakan sendiri. Tak blh tak makan gastrik akak dah tahap kemuncak. Gembira diorg berdua tu badan cantik nanti...hetchu...



4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Seluar tak muat beli jer yang baru.. huhuhu

Jueliza Jamani said...

hahahah lawak la akak bertiga ni

miss eimanhikmah said...

kikiki..
akak dah pg slim world..ok la tu..hehehehe

Cik Puan Rann said...

Sekarang ni kurus bkn utk cntik dh, tp utk fit dn sihat.... Cantik tu bonus ;)