Nuffnang Advertisement

Friday, January 29, 2016

Wangian

Kak Elly ni blh di kategori kan org yang giler wangian TAPI di waktu malam sahaja...hahaha. Bunyi macam gatal jer, wangian di waktu malam. Tapi ini kisah benar. Suka wangi2 sebelum tidur. Seharian penat bekerja, balik kerja tak sempat mandi kelam kabut masak. Settledkan kerja rumah. Dah settled semua benda baru Kak Elly mandi. Me time kata omputih.



Actually garam ni En Win beli tapi dia pakai sekali jer. Bila cuba mandi guna garam ni rasa best giler. Kalau badan letih, sakit sendi2 korang cuba mandi air garam ni. Rendam dgn air suam lepas tu mandi. Biarkan beberapa minit lepas tu bilas. Confirmed korang akan rasa selesa giler. Tapi jgn lah mandi air garam ni tiap2 hari. Kak Elly selalu mandi sebulan 2 kali. Nak dekat2 period lagi best kalau mandi air garam ni. Tapi kalau nak lebih rasa aura, letak garam bukit ni dalam ais banyak2 dan mandi. Perghhh mmg x buat lah...hahah. tak berani mandi sejuk2.



Body wash pilihan. Aqua Kiss from Victoria's Secret. Guna body wash ni lepas mandi dah pakai baju pun bau still melekat kat badan. Fresh jer bau badan sendiri...hahaha. 



Ni pun wajib pakai. Dah tua2 ni kulit kering. Lumur satu badan...fuyooo wangi tak ingat. Sukanyerrrrrr. Tak caya gi beli kat Victoria's Secret. Confirm korang tergoda nanti. Bau best sangat2



Last wangian sebelum tidur. Spray body mist terus rasa seksi walaupun waktu tu pakai seluar batik. Sebulan pakai 2 botol. En Win kata aku giler tapi wangi...hahaha

Kak Elly ada habit suka cium badan sendiri. Takut org bau busuk...haha. Bukan badan sendiri, badan anak pun Kak Elly cium. Sampai budak2 stress. Kalau bau wangi rasa satu kepuasan. Kalau dtg mood giler cadar pun Kak Elly spray...haha. Rumah mmg sentiasa pasang perfume yg wangi tu. Masuk jer rumah terus tukar air dan letak wangi lavender. Terus rasa tenang. Bila tulis ni rasa macam org giler pulak...hahaha

Nasib baik habit pasang lilin dah lama hilang sbb tak ada masa nak beli dan cari lilin wangi2. Ingat nak cari balik lah.

Ok...itu jer nas sembang hari ni. Jgn cakap akak tak payung




2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya berwangian

nurul harnani kasmari said...

Same goes to me. Suka wangi even nak masuk tdo. Rasa nyaman je