Nuffnang Advertisement

Thursday, January 28, 2016

PERBEZAAN STOKIS DAN AGEN


Alhamdullilah...email non stop masuk nak jadi agen dan stokis Fame Cosmetics. Macam sotong tangan kat Filla reply satu2. Syabas kat korang semua sebab dah mula nak berniaga tambah pendapatan keluarga. Clap...clap...clap

Tapi ada juga yang kurang pasti perbezaan antara Stokis dan Agent. Ok...meh Kak Elly explain bagi semua faham dan korag boleh pilih lepas ni untuk menjadi agen atau stokis

Sebelum tu Kak Elly nak share sikit kenapa korang kena jadi agen/stokis Fame Cosmetics

1. Lipstick satu keperluan atau barang wajib untuk wanita
2. Mudah di jual
3. Harga murah (mampu milik)
4. Ada bermacam colour untuk pilihan customer

Stokis

Wakil bagi setiap negeri. Tetapi kena ambik dalam quantity yang banyak. Contoh: Anda memilih untuk menjadi Stokis negeri Selangor. Seluruh agen di negeri Selangor akan membeli dengan anda. HQ akan menjual produk mereka kepada stokis sahaja. Agen-agen tidak boleh berurusan terus di HQ. Agen kena membeli dengan stokis negeri mereka. Melainkan negeri itu tak ada Stokis baru agen berurusan dengan HQ.

Walaupun Stokis kena mengambil dalam quantity yang banyak tetapi stokis akan mendapat harga lebih murah berbanding dengan agen. Maknanya keuntungan stokis lebih besar dari agent. Stokis berhak menjual kepada agen dan menjual dengan customer2 yang menghubungi mereka. Stokis tidak semestinya ada kedai. Boleh juga berniaga dirumah.

Contoh: 
Untuk menjadi stokis anda perlu membeli 500 batang lipsticks dan untuk menjadi agent hanya dikehendaki membeli 50 batang sahaja. Korang nampak tak perbezaan dari segi quantity. Banyak kan. TETAPI harga stokis untuk sebatang lipstick hanya RM15.00 tetapi untuk harga agent harga sebatang lipstick RM20.00 

Keuntungan Stokis

500 batang X RM15.00 = RM7,500.00 (Modal)
Jualan RM29.00 (harga lipstick) x 500 batang = RM14,500.00

Kalau agent beli
RM20.00 X 500 batang = RM10,000

Insyaallah dalam masa yang singkat jer korang dah boleh buat keuntungan sebab semua agent akan melalui anda. Buatnya dalam negeri tu ada 20 agent bayangkan 20 agent beli terus dengan anda. Untung tak?? korang cuma keluarkan modal sekali jer. Tapi untung berkali2

(INI CONTOH HARGA BUKAN HARGA SEBENAR YA)


Agent

Untuk mereka yang baru nak berjinak2 dalam perniagaan Kak Elly sarankan korang jadi agen dulu. Mulakan dengan modal yang kecik. Tapi kalau korang pandai berniaga keuntungan yang kecik pun boleh jadi berlipat ganda.

Berniaga ni tak kisah lah korang agen atau stokis. Aslong korang pandai berniaga, Insyaallah keuntungan akan berlipat ganda. Contoh satu hari korang untung RM100.00 sebulan dah RM3000.00. Boleh bayar duit rumah dan duit kereta...hehehe. Kitaorang dulu pun berniaga guna modal yang kecik jer dan sekarang alhamdullilah dan semakin membesar. Bermula dirumah sekarang dah ada office dalam masa setahun boleh nampak keuntungan tu meningkat.

Keuntungan Agent

50 batang X RM20.00 = RM1,000.00 (Modal)
Jualan RM29.00 (harga lipstick) x 50 batang = RM1,450.00


Rasanya korang boleh faham tak Kak Elly explain ni. Tapi harga kat atas ni cuma harga contoh ya. Kalau korang nak tahu modal sebenarnya untuk menjadi Agen atau stokis Fame Cosmetics email famecosmetics.my@gmail.com nanti Kak Filla akan reply syarat untuk agen dan stokis nanti. Korang kena cepat ya...tempat dah tak banyak kosong lagi...:)

SELAMAT BERNIAGA!!

10 comments:

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

modal nak jadi agent pun tak cukup lagi ni..

ct cheery said...

Dropship xde ke Kak Elly?,nak jadi agent tp xmampu last minute mcm nih.if register agent dulu ke leh tak?hehe

Adila said...

Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

Insan biasa said...

Saya nak jadi agen percuma

Zul Sham said...

Saya nak jadi agen percuma boleh

Adib same said...

facebook page jus kunyit malika negeri sembilan

nur hasira said...

Hi, kalau berminat blh jd agent atau dropship untuk hydrogels lensby96 blh follow ig brandsby96 dan DM kami segera.

adymfi said...

Salam Kalau saya nak jadi stokis boleh tak? Saya tinggal di bandar seri putra, bangi.

Eida Semutz said...

berapa ya modal nk jadi agent

Eida Semutz said...

berapa ya modal nk jadi agent