Nuffnang Advertisement

Monday, January 18, 2016

Paris Day 1 & 2


Dari Amsterdan ke Paris kitaorang naik train. Perjalanan ambik masa dalam 3 jam. Kalau korang travel dalam Europe country tak perlu check kastam. Jadi tak perlu pergi awal. Setengah jam sebelum bertolak pun tak apa. Oh ya..train ni korang boleh naik kat Amsterdam Central. Boleh beli ticket ni secara online EuroStar Train . Kalau nak dapatkan ticket murah makesure korang book seawal yang mungkin. Tapi Kak Elly tak book online, Kak Elly book kat Boustead Travel jer. Diorang boleh uruskan. Harga sama jer dengan online. Ni contact no Boustead Travel: 03-20316001.

Harga train untuk Adult Euro 51.00 / Children below 12 Euro 29.00 (harga tak sama. Kalau book lagi awal akan dapat lebih murah)



Perjalanan ambik masa 3 jam, makesure korang dah makan siap2 sbb dalam train cuma ada small cafe jer. Kalau nak coffee2 jer boleh lah.

Actually from Paris Station dekat giler kot dengan hotel yg kitaorang book. Tapi disebabkan tak pandai sangat lagi, maka terjebak naik van Euro 50. Tapi oklah semua orang boleh naik satu van tu. Tak perlu ambik 2 teksi.


Sampai2 semua kelaparan. Masak nasi dan panaskan kari dalam periuk. 

Di Paris, Kak Elly book apartment Hotel Des Comedies.. Ada 3 katil Queen Bed. 2 tingkat. Tapi pelik sebab apartment kat sini tak ada dapur. Just katil jer...hahaha. Lantak lah duduk pun dua hari jer. Dapatlah masak nasi dan panaskan lauk. Nasib baik bawak pinggan waktu datang haritu. Harga untuk 2 malam Euro 636.00. Mahal nak mampus. Hotel bersih dan tak terlalu kecik. Paling best dekat giler dengan station. Jadi memudahkan kitaorang untuk bergerak.

Kalau ikutkan hati mmg Kak Elly tak nak pergi Paris ni. Tapi kesian kat anak2 nak sangat tgk Eiffel Tower. Since dah lalu kitaorang singgah jap dalam 2 hari. Paris ni rakyat dia tak berapa friendly. Makanan halal pun susah nak cari sikit. Station LRT dia giler hancing. Macam tak terjaga sangat bandar diorg ni.

Seminggu sebelum bercuti haritu kecoh sebab Paris kena bom. Tapi tawakal jer lah pergi sana. Mintak dipermudakan segalanya. Alhamdullilah tak ada apa berlaku.



Dah kenyang makan rehat jap. Lepas tu baru kitaorang bergerak ke Eiffel Tower. Nak tgk suasana waktu malam kat sana.

Tapi kitaorang untung lah waktu pergi ni. Ada persidangan apa ntah jadi train boleh naik secara percuma selama 2 hari. Selamat duit I...hahah



Terkejutlah jugak lah muka anak2 aku bila first time nampak Eiffel Tower



Kalau korang pergi waktu malam boleh lah nengok Eiffel Tower ni bertukar2 colour



Malam tu jalan2 kat area situ jer lah. Nak gi mana pun. Kat Paris ni shopping mall diorang tutup awal. Pukul 6 ptg kebanyakan kedai dah tutup. Lagipun tak berani nak merayau sangat sebab kejadian letupan bom tu baru berlaku.



Esok pagi repeat lagi datang sini. Big bus tour kena ambik kat area ni


Sempat bawak kotak Ellfie kat sini. Ellfie bertemu Eiffel...hahaa


Kak Elly mmg dah uruskan awal2 baju untuk anak2 pakai kat Paris. Nak bergambar kat Eiffel Tower. Kena pakai cantik2 sikit sebab gambar ni nak frame besar2 nanti.

Gambar pilihan untuk di frame kan nanti. Nasib Radie rajin melayan...haha



Macam artis...haha



Nyampah Radie malu2 suh peluk Filla. Puas aku suruh bertentangan mata tapi tak nak. Habis merah muka Radie menahan malu...hahaha



Tengok couple ni..muahahaha. Sampai terangkat kaki



Matilah nak gambar romantik sangat



En Win dah bising2 kat aku waktu ni. I tak peduli hari tu pergi semua gambar tak cantik. Kali ni pergi i nak makesure gambar meletup.



Layan kan jer lah perangai orang berusia ni ya. hahahahahahah



Papa dan adik





Yaya ni dah semakin remaja gambar suka sangat control2. Peluk2 pun malu. Jangan nak ngada2. Pagi2 depan sekolah En Win paksa dia kiss pipi laju2 dia kiss lepas kelam kabut masuk sekolah. kadang2 En Win suka usik suruh dia kiss satu muka...hahaha



Dah puas bergambar kat Eiffel Tower, marilah menuruskan perjalanan di sekitar Paris




Kiddos


Singgah beli souvenir. Satu jer lah aku puji banyak2 negara aku pergi souvenir kat Paris paling murah. Euro 1 korang dah boleh beli key chain.

Wow...hensem nyer lepas kena kiss dengan princess...haha



Ini jer lah best kat Paris ni. Eh...ada lagi shopping kat sini pun best. Branded item berbeza sangat dengan harga di KL. Especially LV dan longchamp.



Macam biasa kitaorang beli online ticket untuk naik big bus tour. Tapi sayang tempat melawat haritu banyak tutup. Dapat round2 dalam bus jer. Banyak tempat pelancong tutup sementara waktu sebab kes letupan hari tu.



Tak dapat turun pun tak apalah. Dapat jugak budak2 dan mak budak cuci2 mata tgk building kat sini







Kat sini building mmg cantik2 dan unik. 










Ok nanti Kak Elly free sambung lagi ya.

2 comments:

Nurizzah Majif Biz said...

wahh!! meletop gila gambar couple romantik ber-background-kan eifel tower tu kak elly oi..i is jeles..huhu

A.I said...

cantek giler gambar korang kat eifel tu...