Nuffnang Advertisement

Sunday, January 31, 2016

Masa dgn anak2

 
Kak Elly dan En Win mmg selalu rasa bersalah bila kitaorg x ada masa dengan anak2. Kitaorg selalu pastikan kalau salah seorg busy, sorang lagi kena bersama ngan anak2. Hari biasa mmg semua busy dgn tugas masing. Budak2 sibuk dgn aktiviti masing2. Mak dan bapak budak tak habis2 sibuk pasal kerja . Jadi weekend jer masa bersama. Itu pun kadang2 weekend Kak Elly kena gi office settled hal produk. Tugas hantar jaga anak memamg diserahkan kat En Win. Kadang2 hujung minggu En Win pulak busy jumpa client. Kak Elly pulak kena jaga budak2 ni. Kadang2 sebelum hujung minggu dah ckp awal2 "Pa sabtu ni i kerja u nak jumpa client hari Ahad jer ya".


Kalau ada masa terluang mmg guna cukup2. Lepak mana2 makan. Borak tentang kawan sekolah anak2 dan dgr segala aktiviti yang diorg nak cerita. Banyak kot aduan kena dengar...haha.
 

Selalunya weekend kalau masak tengahari, malam atau petang makan luar. Kadang2 whole day makan luar. Tapi x selalu lah selalunya mmg aku ngan En Win busy. Jadi bila ada masa mmg keluar dari pagi sampai petang. Kitaorang mmg jenis suka kopi2 sambil mkn sambil borak. Jadi permintaan anak2 selalu kitaorang akan turutkan. Malam selalunya kitaorang akan tengok movie. Ini jer yang dapat kitaorang buat bagi anak2 gembire
 

Kak Elly hari biasa mmg masak awal. Pukul 6.30pm kitaorang dah makan. Habis tuisyen dlm kul 10pm lapar balik. Jadi En Win yg rajin melayan goreng nugget atau buat roti bakar utk budak2. Mak budak penat dan terbaring atas katil. Esok bangun pagi tgk dapur macam kapal pecah. Tapi diam kan jer lah. Dah aku malas nak buat jadi redho lah mengemas pepagi buta.
 

Waktu ni En Win gi Guanzhou. Kesian tgk budak2 bosan bawak diorg jalan2 kat Bangsar Village. Budak2 dah besar ni seronok sikit berjalan sbb diorg dah pandai pilih makanan. Nak pulak 2 anak perempuan mmg tempat pilihan tempat baju dan make up.
 

Paberet si kecik Cup Cake. Dah lama tak buat cake. Barang2 cake terbuang macam tu jer sbb dah expired. Nak kena start balik ni. Atleast budak2 happy blh buat sama2. Masalahnya bila agaknya tu ya...muahahaha
 

Amboi...teruk sangat ni.
 
Adik ni weekend dah bertambah aktiviti. Selain Gymnastic dah joined class tarian hip hop pulak. Layan kan jer lah dia tgh minat kita sebagai parents support apa yang anak2 suka. Tapi tulah kena rajin menghantar. Jadi weekend nak bergerak jalan jauh2 pun susah. Dah lah sekenit ni tak suka ponteng. Kadang bergaduh2 dengan aku suh cuti...haha.
 

Adoi si remaja ni...hahaha
 
Awal persekolahan Yaya memberontak sikit sbb Kak Elly decide pindah kan sekolah baru. Prefer Sekolah Perempuan sbb Kak Elly tak yakin dengan diri sendri...hahaha. Of course nak yang terbaik untuk anak2. Bukan cakap sekolah campur tak bagus cuma Kak Elly lebih selesa kalau Yaya ditempatkan di Sekolah Perempuan sahaja.
 
Now dah semakin ok. Aktif dalam sukan bola jaring dan kadet polis. Memang minat dia dari dulu lagi. Semakin besar ni dah semakin senang nak handle. Dah tak gaduh2 macam dulu lagi. Dah kurang bertekak dengan Kak Elly. Yaya ni jenis senang dah handle. Suka memberontak tapi senang nak pujuk. Sekarang semakin open kongsi masalah di Sekolah. 



Us...penggila makanan



Kitaorg mmg suka makan. Biarlah duit habis asal perut kenyang. Selalunya kalau duit lebih sikit gi lah merasa mkn tempat mahal2. Kalau tengah bulan tu selalunya makan kat rumah jer lah...hahaha



Nak rekemen kat korang Rojak Singapore kat Ampang Jaya. Satu row dgn Nan Corner berdepan dgn 7 Eleven. Kuah dia sedap giler. Berlumpa makan ngan En win. Especially part telur ngan Kentang.
 

Hambar sekadar hiasan

Jangan cakap akak tak payung...ahaks!!










6 comments:

nurul harnani kasmari said...

Kak elly kat mana rojak singapore ampang jaya ni kak? Ada landmark lain tak kak. Mak mmg org spore dia teringin nak mkn rojak singapore. Tgh mencari ni

miss eimanhikmah said...

rojak tu nmpk sedapppp...

usna said...

comeyhh semuanya. nnti si adik jadi b-girl lah. kak elly, apa rahsia rambut kak elly and anak2 lebattt? wuu besnya

fathiyah jamaludin said...

alamak churos tu .
terteringin plak.
saya sokong all girls school.
ini product 5 thn di all girls school.

:)

Noni said...

Kak elly. Gambar last tu cambest! Hehehehe

eby.safiah salehuddin said...

Hahaha samalah pula motto... biar duit habis asal perut kenyang.
Tapi kan alhamdulillah bila kita tak kedekut dengan anak-anak
dan suami insyaAllah rezeki kita pun tak surut.

:)