Nuffnang Advertisement

Wednesday, January 20, 2016

Best ker Bisnes ni?


Bukan main kalau aku jumpa budak2 office lama, saudara mara atau kawan2 ker mesti diaorang akan cakap "tak lama lagi kaya lah kau macam Dato' Vida" Aku amin kan jer lah doa diorang tu...hahaha

Ingat senang ker nak jadi macam Dato Vida tu. Dato' Vida pun berapa kali gagal dalam perniagaan. Kutip pengalaman dari kecik. Sekarang baru nampak hasilnya. Kalau berniaga ni senang sangat nak jadi jutawan aku rasa melambak kot orang nak berniaga. 

Orang luar mmg tgk kehidupan orang berniaga ni senang jer. Boleh beli rumah samapi 22 juta. Itu dari mata kasar korang. Hakikatnya untuk maintain kan sesuatu perniagaan ni bukan perkara yang senang. Nak naik kan nama dalam perniaggan supaya dikenali bukan perkara yang mudah tapi kalau nak jatuh dengan sekelip mata boleh terjadi.

Kalau nak masuk dunia perniagaan jangan berangan boleh sekelip mata kaya. Luaran mmg nampak mudah tapi hakikat bukan seperti yang orang selalu sangkakan. Tak nak tunjuk contoh jauh contoh Ellfie Beauty cukup lah. Dalam masa setahun ni macam benda kitaorang buat. Promosi sana sini nak bagi orang lebih kenal Ellfie Beauty. Itu belum lagi kena fikirkan material, botol, kotak, stock, gaji pekerja, kebajikan pekerja, cara marketing dan lain2 lagi.  Non stop bekerja. Sampai hari Sabtu pun terpaksa datang ke office. Anak2 dan suami buat masa ni kena lah memahami apa yang kitaorang cuba lakukan.

Hari ni korang tgk melambak order. Ada yang siap congak keuntungan sekotak tapi rasanya tak ada orang congak berapa agaknya expenses bulanan dan duit untuk rolling. Aku bukan mengeluh cuma nak korang tahu best ker tak best berniaga ni. Untung best lah kalau tak untung pitam...hahaha. Tapi tulah bila orang tgk pernigaan kita maju jer terus cop kita banyak duit, kita dah kaya. Bila mintak kita tak bagi senang cop kedekut atau dah kaya berlagak sombong. Hakikat sebenarnya bukan begitu. 

So far alhamdullilah Ellfie masih boleh bernafas lagi Kitaorang ni bukan berpengalaman sangat dalam pernigaan tapi belajar dari bawah dan dengar tunjuk ajar orang yang berpengalaman. Ada keuntungan sikit pun kitaorang dah happy sangat. Tak nak target terlampau jauh takut tak tercapai nanti frust pulak.

Nak berniaga ni kena cekal tak boleh cepat patah semangat. Nak pulak kitaorang bertiga ni kawan baik lagi bertambah susah nak handle perangai. Tapi dalam perniagaan ni kenalah professional. Kalau kau bagi cadangan 2 orang kawan lain tak setuju kena lah terima. Jangan tiba2 rasa nak blah dari company pulak sebab idea kau orang tak terima...hahaha. Siapa kata kitaorang tak pernah bertekak, selalu bergaduh2 kat wassap tu. Tapi waktu tu jer lah bergaduh pun pasal bisnes. Lepas settled berborak macam biasa balik.

Aku mmg respect orang yang berniaga ni boleh kaya raya. Maknanya dia kaya sebab usaha dia sendiri. Bukan sebab bisnes keluarga yang memang dah sah2 maju. Bagi aku dia nak menunjuk ker, dia nak berlagak ker lantak lah situ. Duit dia sukahati dia lah. Diorang berlagak pun dalam masa yang sama banyak kot membantu anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik.

Kata orang 3 tahun pertama ni mmg agak sukar sikit untuk stabil kan diri dalam perniagaan. Duit banyak habis untuk rolling dan marketing. Mmg betul, 3 tahun pertama macam2 korang kena fikir. Macam mana nak kembangkan bisnes, macam mana nak kasi orang tahu dan kenal pasal bisnes yang korang buat. Cakap senang nak buatnya bukan senang. Perniagaan skincare dan cosmetics lagi susah sebab pesaing terlalu ramai. Tapi korang kena yakin rezeki yang Allah beri. Rezeki tu sentiasa ada tapi usaha pun kena jalan seiring.

 Best ker tidak bisnes ni...jawapannya best kalau untung dan tak best kalau rugi. Nak jadikan dia best kena cuba dan cuba sampai berjaya. Jangan putus asa.

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

betul sebba usaha sendiri kan

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bukan senang nak senang kan Elly

Soya Bean said...

bgi lah tips mcmmana akak menabung

cik violet said...

bisnes bestt. hehe