Nuffnang Advertisement

Friday, January 15, 2016

Amsterdam Day 4


Last day di Amsterdam. Esok kitaorang akan bertolak ke Paris pulak. Semakin berusia dan semakin berpengalaman ni, rasanya dah tahu nak arrange percutian yang more to relax. Tak terkejar kesana sini. Tak fikir pun nak pergi semua tempat. Aslong enjoy dan dapat menikmati suasana negara yang kita pergi dah rasa sangat2 berbaloi. 

Kalau dulu rushing terkejar sana sini. Kalau boleh semua tempat nak melawat dalam satu masa. Percutian dari seronok akan bertukar menjadi stress. So aku decide dengan En Win nak berjalan dengan cara lebih tenang. Appreciate duit penah lelah selama setahun bekerja. Tak perlu nak bangun awal pagi untuk mengejar train atau bus. Percutian kali ni lebih tenang dan bersantai sahaja. Anak2 pun tak moody. Ibu bapa pun senang hati...hahaha

Kalau dulu ada duit jer terus nak holiday. Tapi sekarang more tu survey dulu dan pergi biarlah berbaloi. Sekali bercuti dapat pergi 2-3 negara macam tu. Biar lama sikit kumpul duit tapi hati puas. Bershopping pun kurang. Adalah beli tapi untuk kenangan jer lah. Dulu bukan main shopping sakan. Balik stress duit habis..hahah.

 Next percutian tak terfikir lagi nak pergi mana. Tapi rasanya nak ke Maldives. Tengah survey2 dulu. Bukan lah tahun ni tgk lah tahun depan ker...hahaha. Duit dah banyak habis. Masa untuk workhard tahun ni.




Rutin setiap pagi Filla dan Radie akan datang ke apartment kitaorang, Aku menjerit2 kat tingkap suruh diorang naik dulu tapi aku lupa pintu kat bawah berkunci. Maka kesejukan lah mereka berdua di bawah. Turun2 jer kena jeling ngan Filla..."nape tak buka pintu" hehehe. 



Pagi tu kitaorang cuba naik tram pulak. Nak cari tempat yang ada tulisan I amsterdam.



Tambang Euro 2.90 untuk one hours. Ok lah dapat gaks pengalaman naik train kat Amsterdam 



Tempat wajib bergambar. Ramai giler orang kat sini. Kak Elly suggest kalau korang nak senang bergambar dekat area Airport. Memang x ada orang langsung



Ngeri aku tengok Radie panjat. Tapi berjaya lah. En Win pandang jer. Aku tahu dia gayat dan tak berani nak panjat2 ni.



Ameera



 Danea



 Ok...dah ada kenangan depan tulisan ni. Anak cucu esok blh tgk. Mak, atuk dan nenek dia pernah sampai kat sini.



Asal nampak tulisan Amsterdam jer bergambar



 Hari ni aktiviti berjalan dan lepak2 jer. Bagi budak2 main kat taman. Mak budak blh kopi2



Eh! ada lagi tulisan Asmterdam kat bola pulak..haha



Dua orang ni kalau berlakon no 1



Untung korang ya, kecik2 dah berjalan jauh. Mama paling jauh pun Kelantan. Itupun ikut rombongan orang kawin. Pergi Melaka pun ikut lawatan sekolah. 



Me and Fillanie

Mula2 trip ni aku sekeluarga jer pergi. Beberapa kali pujuk Filla dan Peej suh ikut. Seronok sikit gi ramai2. Filla eksyen tak nak pergi. Oling Peej mmg tak suka berjalan2 ni. Dalam bulan 6 tak silap aku tetiba Filla kata nak ikut. Lepas cakap nak ikut terus book flight. Eh! dah giler ker perempuan tetiba jer buat keputusan...haha



Tuan belog dan kiddos 



Tuan belog dan suami. Gambar kena lah peluk belakang. Kat Switzerland dah puas gambar peluk depan...hahaha. 





 Kitaorang jer duduk kat luar. Mat salleh semua duduk kat dalam. Sanggup tahan sejuk sebab nak kelainan punya pasal...haha



 Kiddos






Kat Amsterdam ni jangan bimbang korang tak akan sesat punya. Korang boleh merayau keliling bandar ni. Semua tempat menarik.






kalau korang tanya apa barang yang best dan murah kat sini. Jawapan nya aku tak tahu...haha. Tak masuk pun dalam kedai. Just jenjalan kat luar cuci mata. Cuma bebudak jer excited sikit nampak toys


Baru nak candid. Orang belakang tu sibuk lah



 Adik ni kalau berjalan kena pegang sikit. Dia jenis yang suka melompat2. Filla ngan Radie ada dia malu sikit nak buat hal. Kalau kat apartment tu 24 jam lompat bintang



Ok...radie tak ada. Maka terhasil lah gambar candid yang pom2.

En Win ni bukan berseni macam Radie dan Filla. Kalau suruh tangkap gambar dia snap gitu2 jer. Tu sebab aku malas nak bawak gopro. Semua benda aku kena pegang nanti. Gopro, camera dan phone semua dia humban kat aku. Baik tak yah...senang bawak satu camera jer. Lantak lah gambar tak cantik janji I vogue...eh! hahaha



Nak jugak 


Merata cari kedai Radie nak pergi ni rupanya dia nak tgk harga jer...haha. Dekat depan kedai ni ada lah dekat 20 kali Filla kena snap gambar. Mat selfie jugak Radie ni...muahahaha



Puas jalan berhenti makan nasi arab 



Wah...gambar nak hebat jer







 Gambar ni kat area Dam Square tempat Filla kena berak ngan burung....hahaha







Bye2 Amsterdam!! 


4 comments:

siti fairus ismail said...

sonok ye amsterdam...kak elly nk order ellfie blh x.nape sms n emel x de org reply.

Norma NML said...

Nice :)

ishamizu said...

Dulu pegi Ams tak wujud lg blok i love Amsterdam ni..suka tgk uol happy family :)

Fatihah Fazlin said...

Seronoknya tengok kak elly holiday.