Nuffnang Advertisement

Monday, January 11, 2016

Amsterdam Day 3


Amsterdam negara yang agak bebas sikit. Bukan sikit tapi banyak ya...haha. Ganja jual di merata2 tempat. Ada cake, cookies, gula2 semua berperisa ganja. Diorang jual selamba macam tu. Kadang2 korang tengah kopi2 orang sebelah selamba jer tengah hisap rokok ganja..hahaha. Giler sempoi kat sini. Korang jangan gatal2 nak cuba pulak. Kang kat airport check air kencing kedalam korang nanti. 

Pelacuran pun bebas. Kalau korang jalan tengah2 malam nampak jer pelacur kat dalam cermin. Blh pilih nak seksi, nak gemuk, yang jadi doktor pun ada. Waktu malam Kak Elly mmg tak bawak anak2 berjalan diorang duduk apartment ngan adik Kak Elly. Kitaorang jer lah jalan2 kat situ...ahaks! Pengalaman bak kata orang. 

Tak berapa terkejut sangat sebab sebelum datang sini dah tahu culture diorang. Memang popular dengan ganja dan pelacuran. Cuma korang berhati2 kalau cari hotel kat area central ni. Takut malam2 tempat korang tinggal bertukar kepada 'Red Light District'
  



Day 3

Semalam dah beli package Holland Pass tu Hop on Hop Off bus ni dah termasuk dalam package. Marilah kita meronda bandar Amsterdam. Bus ni bermula dari 9.15 pagi sehingga 6 petang.

Korang blh click sini Hop on Hop Off untuk more details tempat2 yang korang akan lawati nanti. Boleh beli ticket secara online pun boleh. Lebih murah berbanding beli kat sana nanti. 







Di Amsterdam korang kena berhati2 dengan basikal sikit. Majority penduduk sana lebih suka berbasikal. Laju giler ya diorang bawak. Tak pulak berlanggar satu sama lain..haha. Pening ok...semua ada kat atas jalan raya nak tgk mana pun aku confuse. Kat situlah ada tram, ada kereta, ada basikal. Kena berhati2 sikit kalau jalan kaki.



Ini hotel termahal di Amsterdam. Kak Elly blh jer duduk kat sini tapi malas lah nak berlagak kaya. Kita duduk tempat biasa2 sudah lah...muahahaha.



Kalau korang nak kelainan boleh jer book hotel atas air ni. Especially kalau gi honeymoon mmg romantik lah.



Kitaorang turun kat Albert Cuyp Market. Area ni banyak makanan halal.




Ikan dan buahan2 semua fresh. Kalau duduk apartment ramai2 blh lah main masak2. Tapi akak malas. Setakat nengok jer lah. Tak kuasa aku nak mengoreng ikan pulak. En Win tercuit2 tanya nak beli tak. Aku buat tak dengar jer.



Kawan lama katanyer



Sempat borong beg sekolah. Aku heran budak2 ni tau jer mana beg sekolah yang latest. Nampak beg terus meloncat kegembiraan. Sebijik perangai bapak korang...eh!



Masa bekerja dulu kalau bercuti kadang2 ada kurang selesa. Especially kalau boss called tanya itu ini. Mula lah rasa stress. Tapi percutian kali mmg tak fikir langsung. Semua staff uruskan. Peej pun banyak membantu sepanjang aku bercuti. Kitaorang banyak bercommunicate melalui wassap jer. Memang enjoy sangat2 percutian kali ni



Kalau korang makan kedai arab diorang akan hidangkan jeruk ni. Walawei sedap tahap gaban. Aku sorang jer suka yang lain pandang gitu2 jer. Nampak sangat tak international perangai tu...haha



Tempat ni macam flea market. macam2 ada jual. Tapi tak adalah murah sangat pun.



Baju2 nengok macam tu jer. Tapi makan nengok dan beli sekali. Sejuk2 ni apa depan mata semua sedap.



Jangan risau kebanyakan makanan kat sini halal. Beli seekor ayam untuk makan dengan nasi malam nanti.



Huaaa..suka pinggan2 macam ni. Ala2 Rizalman. Tapi mahal lah






Churros


Tengah jalan2 tetiba nampak anak mat omputih ni berdiri jer tegak. Omel sangat ni. Mata dah lah colour grey



Tak takut langsung. Relax jer pandang camera. Rasa nak peluk2 jer. Kang nampak mcm over pulak



Korang ni mandi ker tak ni? hahaha




Settled gi Albert Cuyp Market naik bus balik turun kat Hard Rock Cafe. Tempat wajib pergi.



Lepas tu naik bus balik gi ' Dapper Market'. Sama macam Albert Cuyp Market tadi. Boleh lah kalau nak jalan cuci2 mata





Cheese mmg jual merata kat sini


Ni paling sedap. Roti panas2 dari oven.



En Win mmg tak blh tgk roti2 ni. Habis dia borong





Penat berjalan. Singgah makan kat kedai arab. Arab jer lah. Dah itu jer yang halal.


Us

Nanti sambung lagi yek!!


3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

Raihanah Ahmad said...

subhanallah, sangat suka tengok pengalaman sis dan anak2. best jalan2 ni kan.

Bitt (double IS) said...

syok juga amsterdam ni...