Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk menulis sampai habis percutian di Maldives ni. Huaaaa akak malas dik tapi disebab kan ramai giler minta Kak Elly share pasal percutian ni Kak Elly akan cuba gigih kan diri jugak untuk menulis...hahaha
Ramai rasanya tahu ini tempat idaman Kak Elly sejak remaja lagi. Selalu berangan nak kawin kat pantai...ahaks. Nak honeymoon kat sini tapi tak terkumpul duit waktu tu. Kak Elly memang dari dulu suka pantai. En Win janji genap umur Kak Elly 40 tahun dia akan cuba tunaikan permintaan ni. Terus hati Kak Elly berbunga2...hahaha.
Alhamdullilah rezeki tahun ada lebih sikit jadi kitaorang decide bawak anak2 sekali sebab dua2 dah besar tak tergamak nak tinggalkan diorang, Budak berdua tu dah besar dan pandai menghargai percutian.
Kak Elly ambik masa hampir setahun untuk buat budget dan uruskan percutian ni. Lama giler kan. Of course Kak Elly nak percutian ni paling best dan diingati nanti.
Di Maldives ni ada 1100 pulau yang korang boleh pilih. Ada mahal dan ada murah. Ikut kemampuan masing2. Hampir sebulan ya Kak Elly cari resort di Maldives. Kebanyakan resort kat sana kalau nak duduk kat laut semua untuk couple yang honeymoon dan 18 tahun keatas. Kalau bawak anak2 kena duduk kat tepi pantai.
Memang tak nak lah duduk tepi pantai. Idaman Kak Elly nak duduk tengah2 laut tu. Jadi memang ambik masa sikit nak cari resort yang boleh stay dengan anak2 di tengah lautan....gitu. Ada lah Hilton tapi agak mahal dan tak termasuk package makanan sekali. Rasanya tak sesuai sebab mata wang yang digunakan kat sana USD.
Kak Elly prefer package harga bilik dan makanan sekali. Jadi senang untuk buat bayaran dan senang nak buat budget nanti. Kalau tak ada package susah nak budget sebab Kak Elly tak boleh nak agak untuk bawak berapa budget dan berapa harga makanan disana. Lepas survey2 dan get informatian dari blogger Neena Anuar kitaorang memilih Centara Grand Island Resort
Sebelum Kak Elly teruskan cerita percutian ni mintak sangat jangan cakap Kak Elly riak atau menunjuk2. Sebenarnya Kak Elly decide tak nak share percutian ni sebab takut orang kata menunjuk2. Tapi di sebabkan ramai minta Kak Elly share tentang percutian Kak Elly cuba beri info selagi yang boleh. Macam Kak Elly cakap tadi tak semestinya korang pilih resort yang Kak Elly pilih ada 1100 Island yang korang survey di Maldives.
Macam biasa pilihan flight Air Asia. Tak ingat harga sebab dah lama sangat book. Rasanya ada 2 waktu korang boleh pilih. Perjalanan ambik masa 4 jam. Kak Elly ambik flight malam.
Kenapa flight malam sebab Kak Elly akan bermalam di Male dan esok baru ke Resort. Centara Resort ni agak jauh dari Male memang tak ada transfer disediakan pada waktu malam.
Important Note
Kak Elly cadangkan kalau sampai malam jangan terus check in di resort yang korang pilih. Bermalam dulu di Male. Rugi kalau korang check in awal sebab resort di kepulauan Maldives in USD jadi sayang kalau check in lambat.
Sepatutnya kitaorang sampai awal tapi Air Asia delay 2 jam...huh. Sampai di airport makesure korang tukar duit Rufiyaa untuk makan dan bayar tambang nanti. Jangan lah tukar banyak dalam USD100 cukup rasanya.
Important Note
First time di airport tak ada teksi. Rupanya airport Male ni korang kena ambik transfer yang hotel sediakan. Kak Elly decide nak ambik teksi jer memandang kan dari airport ker Hotel hanya 15minit. Rupanya tak ada teksi dibenarkan masuk ke airport. Jadi kitaorang terpaksa ambik public transport untuk ke Hotel. Agak ngeri sebab tak ada siapa pun tahu dimana Hotel kitaorang duduk dan mana bus stop sepatutnya kena turun. Jadi terpaksa lah buka Waze. Nasib baik dekat jer dan hotel yang kita orang duduk berdepan dengan Beach.
Kitaorang bermalam di Loona Hotel. RM500 semalam. Makanan dan Hotel di Male ni mmg agak mahal kerana mengikut rate USD. Jadi dari segi kewangan memang kena bersiap sedia sikit..hehe
Centara Resort ni agak jauh sikit kitaorang terpaksa naik flight selama 20 minit dan boat tranfer selama 15 minit. Tapi kalau korang ada duit lebih boleh lah naik Sea Flight. Per person USD330.00 pitam kan....hahaha. Kalau naik sea flight tak perlu ambik boat transport lagi. Terus sampai ker hotel. Tapi kitaorang decide naik flight biasa jer.
Jap lagi Kak Elly explain kenapa Kak Elly pilih Centara Resort dah lah jauh kena naik flight dan naik boat tapi kepuasan tu boleh giler...hahaha
Ada jer resort dari Airport Male korang naik boat 15 minit dah sampai resort Maldives. Melambak jer yang cantik tapi untuk dapatkan resort yang mesra family ni agak sukar sikit. Kebanyakan orang pergi Maldives untuk honeymoon.
Seawal 7 pagi kitaorang dah naik flight pagi tu untuk pergi ker Airport Maamigili
Important Note:
Kalau korang book resort yang memerlukan naik flight makesure korang kena book direct from hotel. Jangan guna agoda or booking.com sebab susah nanti korang uruskan pasal transfer ni semua.
Naik boat pulak selama 15 minit
Gaya kena ada....muahahaha
Kitaorang terlalu sibuk bergambar sampai tak sempat pun tengok kiri kanan. Lepas tu sibuk dengan topi besar lagi...hahaha
Bila dah sampai terus rasa terkejut. Terus rasa 'eh betul ker ni? giler ke apa ni. Sebijik macam dalam gambar website' macam jakun sekejap bila sampai.
Sebenarnya korang Kak Elly nangis bila keluar dari boat sampai terperanjat manager resort tu...hahaha. Nangis sebab tak sangka secantik ni resort yang Kak Elly pilih. En Win dan anak2 sampai tak terkata. Berlari2 ambik video.
Cantik kan korang. Terus rasa berbaloi tak sia2 Kak Elly ambik masa sebulan untuk pilih hotel.
Reason Kak Elly pilih hotel ni sebab dia full package. Memang agak mahal tapi sangat2 berbaloi. Package inclusive Room, breakfast, lunch, afternoon tea, tour dan aktiviti. Paling best minibar free dan korang boleh minum berkali2 direstaurant tanpa sebarang bayaran pun. Maknanya korang tak perlu duit langsung pun kalau duduk kat sini. Aktiviti macam2 disediakan. Itu nanti Kak Elly cerita yek.
Restaurant banyak pilihan ada Thailand, Italian, Japanese dan restaurant biasa. Makesure bila sampai korang book tempat makan awal2 sebab takut penuh. Tapi kalau penuh boleh jer makan di restaurant yang menyediakan buffet. Jangan risau di Maldives ni 100% penduduknya beragama Islam.
Nasib baik bawak anak2 kalau tak mesti Kak Elly akan rasa menyesal sebab tak dapat share keindahan pantai ni dengan anak2.
A dream came true...alhamdullilah
Terus rasa romantik
harap korang tak muntah ya...muahahaha
Nampak tak laut tu, kenapa cantik sangat ni???
Yaya
Adik
Sebelum check in kitaorang sempat merayau tengok kawasan kat sini. Ni area swimming pool. Berdepan dengan laut.
Makan2 sebelum check in.
Deluxe Family Water Villa
Ada bunk bed dan king size bed. Memang sangat2 selesa dan paling best bilik idaman water villa. Boleh terjun laut jer dari bilik.
Air laut ni dalam jugak tapi jangan risau setiap bilik ada life jacket disediakan. Berkaca2 air laut Maldives ni sampai korang boleh nampak ikan berenang2.
Ehem2...hahaha
Petang tu kitaorang pilih aktiviti memancing di tengah laut. Dari pukul 6 ptg sampai 9 malam.
Aktiviti kesukaan En Win tapi satu ikan pun dia tak dapat...muahahah
Yaya dapat tangkap 2 ekor ikan
Adik dan Kak Elly dapat tangkap sorang seekor ikan
Hasil tangkapan ramai2 malam tu. Ikan yang ditangkap boleh pilih untuk makan tenghahari esok.
Malam tu kitaorang decide makan Thai food. Masing2 keletihan haritu sebab terlalu teruja. Nanti Kak Elly sambung day 2 pulak ya.