Nuffnang Advertisement

Friday, June 26, 2015

OLDTOWN WHITE COFFEE 3-in-1 HAZELNUT


Bulan Ramadhan ni mmg agak kelam kabut sikit. Mana nak ambik anak lagi, kadang2 barang tak cukup singgah kedai lagi beli itu ini. Bila masak pulak kena fikir lauk kegemaran anak2. Sian diorang seharian berpuasa. Kalau ada masa buat dessert pulak. Itu baru masak belum lagi mengemas, cuci baju, lipat baju...mmg tugas seorang ibu selagi tak tidur mmg kerja...kerja...kerja. Stress sangat.




Masak untuk berbuka pulak bukan satu lauk sahaja, atleast 2 - 3 lauk. Kang masak untuk anak pertama punya lauk...anak kedua merajuk. Itu belum termasuk En Win punya lauk lagi. Pening dan letih kepala nak fikir.


Pukul 4 pagi kena bangun lagi masak untuk sahur pulak. Masak yang simple2 jer lah untuk alas perut. Tapi tetap kena masak sebab budak2 suka lauk yang panas2 bila makan. Cerewet sangat perangai ni. Mak2 ni mulut jer bising tapi hati tak sampai. Tetap gaks bangun bila anak teringin nak makan itu ini.





Ini lauk kedua...gambar kat atas lauk pertama tu untuk En Win dan aku punya kegemaran..Asam Pedas. Gambar ni pulak lauk untuk anak2...ayam masak merah. Jap lagi nak goreng sayur pulak. Serious letih terkejar sana sini. Berpeluh2 kat dapur seorang diri.




OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut jer lah yang boleh tenangkan perasaan Kak Elly bila seharian penat bekerja. Kak Elly pengemar coffee no 1. Tak dapat sehari boleh rasa tak lengkap hidup. OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut ni rasa sedap dan creamy. Tak semua coffee Kak Elly boleh minum, kalau tersalah pilih boleh pening kepala. Tapi Coffee OLDTOWN ni tak ada masalah sedap jer masuk ke tekak.



Waktu berbuka mmg kena minum air panas dulu kalau terus minum air sejuk nanti cepat kenyang sebab Kak Elly akan minum bergelas2. Tentu lah pilihan air untuk berbuka adalah OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut

Bila waktu bersahur pun Kak Elly akan mula dengan minum OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut baru terasa segar dan selera untuk makan. Kadang2 cicah dengan biskut pun dah sedap sangat rasanya.  



Aroma Hazelnut yang kuat dan menyegarkan ini adalah daripada campuran White Coffee dan meninggalkan rasanya yang sangat unik, berkrim dan rasa hazelnut yang sangat sedap. Korang kena cuba, baru boleh tahu kelazatan sebenar OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut 
Bila dapat minum OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut  ni hilang segala stress. Rasa tenang jer, kepala yang berserabut pun boleh hilang secara tiba2. Lupa kepenatan memasak, lupa baju melambak  yang nak kena basuh, lupa kena mengemas. Cuma Kak Elly tahu bila minum Coffee kita kena enjoy dan menikmati kenikmatan coffee tersebut. Baru lah boleh berbuka atau bersahur dengan tenang.

Korang boleh click website OLDTOWN Coffee untuk more info. Pengemar2 Coffee Kak Elly mmg rekemenOLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut  ni. Confirm bila rasa korang tak akan cari coffee lain lagi. Tak caya kan...kalau tak caya pergi beli dan cuba dulu. Baru tauuuuuu......



Thursday, June 25, 2015

Lauk Berbuka Puasa hari ke 7


Alhamdullilah hari ni genap seminggu kita berpuasa. Aku ngan Peej tak berapa sihat sangat bergilir2 batuk. Office sebelah tengah renovate kedai jadi berabuk tu yang tekak rasa gatal jer. 



Semalam masak ayam sambal sebab teringat2 ayam sambal mak masak haritu. Macam tak puas jer makan. Repeat lagi masak semalam. Kak Elly kalau masak ayam sambal prefer guna ayam potong kecik2. Bila makan ambik 2 - 3 ketul baru puas. En Win kalau korang tengok dia makan lagi selera. Dia ambik sambal banyak2 gaul dengan nasi panas2...perggghhh



Kalau masak ayam sambal lawan lauk dia Suun Sup kentang. Baru lah selera tu naik. Lepas tu goreng ikan masin sepat...barulah terangkat.

Resepi Suun Sup kentang ni senang bangat

Tumbuk udang kering dan bawang kecik sebijik (lagi banyak udang kering lagi sedap). Panaskan minyak...minyak jangan banyak sikit jer. Tumis barang yang ditumbuk (jgn lama2 sangat) lepas tu masuk kan 3 cawan air. Bila dah mendidih masuk kan suun dan kentang. Perisa kan dengan garam dan serbuk maggi 3 rasa tu. Dah siap senang kan!! 



Ini sahur pagi tadi. Goreng kan ayam kunyit berselera si kenit ni makan. So far adik tak ada masalah berpuasa. Dia ceria jer. Balik sekolah bukan nya tahu letih...terus berlatih lompat bintang. Minat bebenor sukan gymnastic ni.


Ini tuan belog dah lama tak tepek gambar syok sendiri dalam kereta. Bila kiri kanan tak nampak cepat2 snap...hahaha. Ok lah Selamat berpuasa korang!!




Wednesday, June 24, 2015

Shopping lagi


2 minggu sebelum puasa hari tu dah shopping baju anak2 untuk raya. Dah settled pun tinggal kasut jer dgn seluar. Adik tak berapa suka pakai jeans bila tanya kenapa dia x dapat jawab. Dia suka pakai legging lagi. Puas cari semua x berkenan.

Sabtu lepas selesai buka puasa umah mak singgah midvalley jap. Sejak pindah area Ampang aku dah lama x ke Midvalley asyik KLCC dgn Pavillion jer. 


Kat Midvalley dan One Utama jer ada ZARA Kids harus lah singgah. Huaaaa cantik2 legging budak2. Rasa nak ambik semua tapi sedar diri jgn nak melampau sangat ya. Rembat 4 helai hari tu.

Aku dah di didik dari dulu kalau raya kena ada persalinan baju baru. Walaupun selalu gaks shopping utk budak2 tapi untuk Hari Raya kena ada baju baru...haha. Sehelai pun takpe janji baru. Gitu!!



Hari Ahad x silap aku jenjalan kat Pavillion nampak kedai kasut tak silap aku kedai tu nama Tizio. Holloh3 comel2 kasut kat sini....sesuai sangat ngan adik. Rembat 2 pasang. Adik ni dia jarang mintak apa2 kalau beli dia akan pakai sampai koyak. Kalau x suka dia ckp tak suka...kalau benda tu dia suka sampai koyak rabak lah dia pakai. Jarang meminta2 berbeza ngan Yaya. Kalau barang yang dia nak tak dapat dia punya muncung sampai blh gunting. Itu yang asyik bergaduh jer ngan aku.


Tadaa....haha. Raya2 gaks tapi barang holiday bulan 11 nanti kena beli sikit2. Nak beli dalam satu masa blh pitam. Mmg dah budgetkan setiap bulan utk beli barang2 holiday. Itu yg beli sikit2.

Dah ketepikan duit upah baju kurang, duit raya, Duit kuih dan duit pasar utk juadah hari raya umah mak ngan abah nanti. Tahun ni x sempat nak bawak abah ngan mak beli baju raya bagi duit jer suh diorang beli. Busy sikit tahun ni. Hari Raya mmg banyak sikit nak guna duit takpe setahun sekali untuk org tersayang. 

Ingat cuti Raya nanti nak gi berehat 2 hari kat PD. Office tutup seminggu. Dah puas jalan beraya nanti....raya ke 4 blh bercuti 2 hari. Penat rasanya bekerja non stop.

Nanti sembang lagi yek...alhamdullilah bulan puasa sambutan Ellfie agak baik. 




Monday, June 22, 2015

Happy Annivesary!!


Alhamdullilah dah 13 tahun kitaorang kawin dan ini lah tahun pertama kita orang lupa nak wish atau gi makan2. Tetiba2 aku terbangun kul 1pagi terus kejut kan En Win yang tengah berdengkur macam kuda tu. "Pa..Pa..Happy Anniversary". Ok2". Kiss pipi terus tidur balik. Tak ada langsung adegan romantik lagi. Ingat dia pura2 tidur bila aku wish terus hadiah keluar ker....nando ya dia sambung berdengkur balik. Aku pun tidur jer balik tanpa rasa nak merajuk sikit pun. Lantak lah situ janji dah wished kan...gitu konsepnyer.



Harus lah cari gambar berdua waktu tengah kurus tak sanggup nak tepek gambar terkini pitam tgk gambar sendiri nanti. Korang tunggu ya lagi 2 bulan jer lagi i kurus...hahaha. Itu jer janji aku. Nampak makanan janji tinggal janji.

En Win seorang lelaki yang sempoi, tak banyak kerenah. Selalu utamakan family. Masak lah apa2 pun jarang dia complain. Semua benda selera jer dia makan. Kitaorang jarang bergaduh. Paling lama pun tak sampai satu jam. Dia cepat mengalah walaupun dia tak salah. Tak suka masam muka lama2. Sabar dengan kerenah aku dan anak2. Mmg jarang sangat melenting sebab dia tak suka nak fikir benda yang remeh. Dia susah hati kalau tengok muka aku masam. Dia tak senang duduk kalau aku merajuk. Dia seorang yang tenang dan jarang melenting. Berbeza giler dengan aku. Cepat melenting, kuat membebel dan kurang sabar. Jodoh ditangan tuhan dan semestinya Allah berikan jodoh yang terbaik untuk kita cuma kita kena tahu macam mana cara nak sesuaikan diri antara satu sama lain.

En Win bukan seorang yang romantik tapi dia peka dengan benda yang aku suka dan tak suka. Kita orang jarang berahsia sbb En Win suka bercerita suka share semua benda yang dia buat. Dia macam kanak2 yang suka dimanjakan. Tak kedekut tapi terlalu kuat bekerja. Tak boleh berpisah lama sebab kitaorang tak biasa berjauhan. Kitaorang nampak jer pasangan yang sempoi tapi disudut hati saling mencintai dan itu tak pernah pudar dari dulu lagi. Masih cintan cintun macam dulu lagi (matilah korang muntah darah baca statement ni) hahahah. Sahaja jer bagi korang terbakar sikit bila baca...hahahaha

Tipulah kalau aku cakap tak pernah bergaduh tapi jarang ambik masa yang lama. Sedar dengan kesalahan masing2. Cuma mulut aku jer berat sikit nak mengalah...hahaha. Tapi aku senang dipujuk.   


Sayang...Hidup i berubah sejak kenal u. Walaupun kita pernah diduga tapi dugaan itu kita dapat tempuhi dengan kesabaran. Berubah dari yang tidak baik menjadi lebik baik. Semua orang membuat kesilapan dan yang paling penting kita belajar dari kesilapan lalu. Semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke Jannah. Love u so much.....

Handbeg tak ada ker??? hahahaha


Buka Puasa - Day 2,3 dan 4


Telan2 ailio lah korang bulan ni. Entry sebulan khas untuk makanan jer. Bukan apa saling bantu membantu bagi idea apa yang nak dimasak. Itupun kalau rajin...kalau tak seminggu jer lah gambar lauk...hahaha. Aku ni bukan betul datang mood malas satu lauk jer aku masak...kalau rajin dengan dessert sekali aku buat. Tapi mood nak buat dessert belum datang lagi. Korang tunggu jer lah ya.


Buka Puasa - day 2


Ayam masak merah...resepi ambik dari blog Azie kitchen. Korang boleh click kat sini Ayam Masak Merah . Wajib cuba sebab secukup rasa. Enak dan lazat.



Asam Pedas.

Bahan2
* Ikan merah (ikutlah ikan apa korang suka)
* 1 biji tomato dibelah 4
* Bunga Kantan
* Daun Kesum
* Air asam jawa (semangkuk)
* 2 cawan air
tapi kak Elly lebih kan air asam jawa sebab suka rasa masam2 sikit

Bahan2 Kisar
* 1 Biji Bawang Besar
* 3 biji Bawang Merah
* 3 Biji Bawang Putih
* 15 - 20 tangkai cili kering
* 1 sudu kecik kunyit

Cara
Tumis bahan2 yang dikisar sehingga pecah minyak. Masuk kan air asam jawa dan air. Biar kan sehingga mendidih. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih. Perlahankan api masuk kan tomoto


Buka Puasa - Day 3

Kak Elly buka puasa rumah mak. Jadi tak yah masak tinggal makan jer. Sedap melampau ni!!
\


Pari Kering Sambal

Mmg paberet aku dengan En Win. Masakan turun temurun katanya. Ramai yang kurang tahu tentang masakan ni. Meh Kak Elly share resepi Pari Sambal ni ya.

Pari kering di bakar tapi jangan sampai hitam. Bakar sikit2 jer. Mak aku pesan jangan beli Pari kering bulat yang tu kurang sedap kalau masak. Beli pari yang bentuk daun tu.

Lepas bakar...korang kena tumbuk2 bagi kembang lepas tu baru siat2kan pari tu.

Bahan2
Bawang putih dipotong kecik
Bawang besar (dikisar)
Cili kering (di blend)

Tumis bahan2 di atas sampai kering dan garing lepas tu masuk kan Pari. Itu jer...senang kan.



Gulai lemak ketam



Ayam sambal


Sahur Day 4


Adik nak sangat makan Mee Hoon Soup Chinese Style sebab esoknya dia ada latihan gymnastic jadi nak makan banyak katanya. Tak sampai hati masakan jugak pagi tu. Kak Elly pernah share resepi ni kat blog korang blh click Mee Hoon Soup Chinese Style



2 mangkuk dia makan pagi tu..sampai muka sekali termasuk dalam mangkuk...hahaha

Buka Puasa - Day 4


Papadom ni pun si kecik tu nak makan. Goreng kan siap2 satu balang sedap nak makan nanti.



Kari Daging paberet Yaya



Asparagus goreng



Ayam goreng kunyit

Itu jer lauk buat masa ni...kita berjumpa lagi esok hari ya!!

Selamat berbuka










Friday, June 19, 2015

Nasi Lemak - 1st Ramadhan


Masa bulan puasa jer aku dah mula pening kepala. Kena fikir lauk yang nak di masak setiap petang. Nak fikir lauk En Win, lauk Yaya dan lauk adik sebab selera semua lain2. Kalau tak masak lauk kegemaran setiap orang kesian pulak nanti. Aku ni dah lah tak sampai hati sebab kesian budak2 dah puasa kan tgk2 tak ada lauk kegemaran diorang kat atas meja..cannot u know.

En Win kalau puasa dia mmg dah cakap awal2 tak suka makan kat luar sebab dia malas nak tunggu lama dan berebut2 nak cari tempat duduk. Bila nak makan lauk semua dah sejuk. Selalunya kitaorang makan kat luar selepas pukul 8 malam jer selepas orang dah berbuka. Makan sikit2 dulu kat rumah baru keluar. Itu konsep En Win.

Bazaar ramadhan mmg dah bertahun aku tak pergi. Aku tak blh control bila tgk makanan...confirm aku akan membazir so selalunya En Win yang pergi bawak anak2. Itu pun aku dah pesan awal2 jangan membazir. Jangan beli ikut nafsu.

Semalam decide masak nasi lemak dengan ayam berempah. Yaya dengan adik mmg paberet kalau aku masak ayam berempah. Boleh makan ulang2 kalau lapar nanti.



Sambal udang

*15 ekor udang
* 1 biji bawang besar (dihiris)
* 1 sudu besar air asam Jawa
* sedikit belacan (dibakar)

Bahan yang dikisar
* 3 - 4 senduk cili kering
* 5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* garam dan gula secukup rasa

Cara
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masuk kan air asam jawa dan belacan yang telah dibakar. Lepas tu boleh masuk udang dan bawang besar. Perisa kan dengan garam dan gula. kacau sehingga masak.



Resepi Ayam berempah ni Kak Elly pernah share dulu. Boleh click kat sini Ayam Berempah 




Ikan bilis 



Telur dan timun



Otak2 beli kat bazaar Ramadhan



1st day sahur masak kan budak2 ayam goreng kunyit. kak Elly dan En Win makan sambal telur goreng garing2.



2nd day Sahur teringin nak makan bubur nasi dengan sambal hitam. Terima kasih ya bagi Kak Elly sambal ni. Sedap sangat. Budak2 nak makan cereal jer. Tak lalu nak makan nasi pagi tu.

Jap nak usha blog lain nak tiru resepi. Nanti kalau masak Kak Elly share resepi lagi ya.







Thursday, June 18, 2015

BELI ELLFIE HARGA PROMOSI DAN DAPATKAN SAMPUL RAYA PERCUMA


Assalamualaikum...Salam Ramadhan untuk seluruh umat Islam. Disini juga Kak Elly mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan reader2 Kak Elly. Kosong2 yek!!

Insyaallah lagi sebulan kita akan menyambut Hari Raya. Mesti korang nak cantik kan...hehe. Bagi yang belum pernah mencuba Ellfie Essence lagi masih ada masa untuk kelihatan jelita di pagi raya. Ellfie Essence bertindak seawal 3 - 4 minggu anda akan nampak kesan yang ketara pada kulit wajah anda. Korang boleh click IG @ellfiebeauty untuk tengok2 testimoni dari pengguna Ellfie Essence.

Berita baik!! Sempena Hari Raya kami menawarkan harga promosi untuk anda  




Harga 1 Set Ellfie Essence sempena Promosi Hari Raya

RM120 110 (SM)
RM130 120 (SS)

*Free Postage seluruh Malaysia*



Setiap pembelian set...korang juga akan dapat Sampul Raya Ellfie sebanyak 10 keping secara percuma




Stock untuk Loose Items jugak available

Cleanser (50ml) RM55.00
Toner (50ml) RM55.00
Kalau beli both RM100.00 sahaja

Day Cream RM50.00
Night Cream RM60.00

Untuk Order
Whatsapp : 013 275 5197


Untuk jadi agent Ellfie Beauty boleh email:
agent.ellfie@gmail.com


Jangan lupa follow
Facebook: Ellfie Beauty


Ellfie...Ellfie barulah Selfie!!






Wednesday, June 17, 2015

Esok puasa


Esok dah mula berpuasa...masa bulan puasa ni lah semua berkumpul mkn sama2. Kemeriah sana sini. Mlm ni dah mula sembahyang terawih. 

Malam semalam bila dgr pengumuman puasa aku sorang jer seronok depan tv. Anak2 sibuk hal masing2. Lain sangat dgn suasana aku kecik2 dulu. Mak, abah, atok dan adik beradik semua tak sabar2 nak dgr pengumuman. Bila umum jer esok puasa semua bersorak kegembiraan. Tapi berlainan dgn keadaan sekarang aku sorang jer excited. Abg Toyib tak balik lagi kerja. "Yaya...adik hari Khamis kita puasa"... "ok mama" itu jer tak ada sorakan pun.

Eee...sakit hati aku. Nape berlainan betul budak dulu ngan sekarang. Beli baju raya pun mcm dah biasa jer. Aku dulu kalau abah cakap esok nak shopping awal2 pagi dah bangun. Kalau beli kasut 24jam ulang tgk dlm kotak. Test2 depan cermin dgn stokin bunga kat tepi. Kalau dapat kasut tinggi lagi rasa hebat. Tapi anak2 aku tak heran pun bila dah beli kan gembira sekejap jer. Tak ada pun ulang2 tgk kasut tu.

Dunia dah berubah kalau dulu nak dapat shopping kena tunggu hari raya. Tapi budak2 sekarang bila mintak jer dapat. Jadi kemeriahan shopping hari raya tu diorang tak rasa sangat. 

Tak suka lah....tak best lah generasi budak2 sekarang. Apa yg best yek dunia budak2 sekarang....main galah panjang, baling tin, baling selipar semua tak tahu. Lagi satu kalau dulu dapat duit raya giler excited kira banyak kali takut salah. Lepas tu sorok takut org curi. Anak aku bukak jer sampul ang pow terus bg aku...kalau nak beli barang baru dia mintak. Lepas tu malu nak bawak beg..eh! blh ker mcm tu. Aku dulu bangga tau bawak beg silang sbb nak letak ang pow raya.

Ketupat ker rendang ker, kuah kacang bukan diorg minat sgt. Makan sikit jer. Sampai bergaduh aku paksa diorg mkn. Tahun lepas jer baru suka mkn rendang. Kena buat sesuatu ni...tak blh perangai mcm ni. Lontong pun x suka...tahun ni siap korang.

Kalau dulu bila dengar lagu raya jadi excited. Semua lagu raya hafal...kalau main bunga api siap pusing2 sambil nyanyi lagu raya. Paling seronok bila abah nak mula pasang pelita. Tapi anak2 aku dengar lagu raya macam tak ada perasaan. Hafal satu dua lagu jer itu pun diorang bukan kisah sangat. Anak orang bandar...kalau ada kampung mesti meriahkan. Balik sebelum raya berkumpul adik beradik...cousin2 berkumpul buat macam2 aktiviti. Sayang...anak2 aku tak dapat merasakan kemeriah itu. Eh! tetiba pulak aku emo bila cite pasal raya..haha.

Ok lah..."Selamat berpuasa semua"




Tuesday, June 16, 2015

Gymnastic Ameera


Tak pernah2 blog ni bersawang...tetiba banyak pulak anak labah2 kat sini...hahaha. Peej lah ni!! 

Since dah lama tak update meh lah nak share banyak sikit gambar. Jadi bila korang dah tengok gambar puas2 bila tak update seminggu tak ada lah rasa bersalah sangat.

Hari ni nak cite pasal adik. Anak Kak Elly yang no. 2 tu. Kak Elly mmg dari diaorang usia 3 tahun dah masukan macam2 aktiviti. Bagi diorang tak boring weekend nanti. Bagi diorang berani sikit bila nak berdepan dengan orang. Ballet, piano, violin, art class dan macam2 lagi. Tapi semuanya tak lama. Mungkin kurang minat. Paling lama pun setahun lepas tu diaorang dah muak. Aku angin jer dah lah bayar mahal2 lepas tu suka2 cakap tak nak, Nak paksa pun tak guna sebab Kak Elly notice semua benda yang Kak Elly register bukan atas kehendak diorang tapi atas kehendak Kak Elly...haha. Iya lah dulu2 mana dapat gi class piano ngan ballet jadi bila ada peluang terus paksa anak2. Last anak2 belajar piano tahun lepas. tahun ni dah berhenti.

Actually adik ni dia ada satu perangai yang tak boleh duduk diam. Dia bukan jenis yang duduk diam2 tgk tv. Kalau kitaorang tengok TV dia akan melompat2 bintang kat tepi. Kalau tak melompat bintang dia akan lipat2kan badan sampai aku jadi ngeri. Habis dia terbalik2 kan badan. Sampai aku dah tak larat nak tegur...puas aku fikir kenapa budak ni perangai pelik. Lepas aku kenal pasti aksi yang dilakukan baru aku teringat aksi ni ala2 gymnastic...hahaha

Dari dia melompat2 bintang tak dapat faedah apa2, baik aku survey lah tempat belajar gymnastic. Nasib lah ada perempuan yg kepala giler ni tolong aku. Hanna kau mmg penyelamat dunia...itupun sebab anak dia belajar kat sana kan...hahaha

Adik happy giler bila aku hantar kat tempat training tu. Sampai tak nak ponteng langsung. Class seminggu 2 kali, Saturday dan Sunday. 3 jam setiap class dan fees RM260.00 sebulan. Bertempat di Kelab Darul Ehsan. Tapi make sure kalau korang nak masuk kan anak korang...anak tu betul2 minat sebab sukan ni bukan sukan yang murah. Alatan jer dah beratus ringgit belum termasuk harga baju yang blh cecah ribu. Bukan berlagak sekadar memberi tahu. Tapi kalau anak korang minat aku mmg sarankan korang support minat anak2 korang sbb ini salah satu aktiviti yang sihat.

Hampir 6 bulan adik berlajar blh nampak kesan yang sangat positive. Dia cepat tangkap dengan apa yang diajar. Jadi senang nak ikut bila time latihan. Disebabkan dia minat hampir tiap2 malam dia sendiri akan buat latihan. Habis badan semua dia terbalik kan. 

Last week Internal Grading. So adik masuk utk grading 'Free Hand' dan 'Rope'. Actually cikgu mintak adik grading 'Ball' sekali tapi dia tak berapa confident. Ok takpe ball end of the year kita buat yek. 




Bertempat di Destar Arena, Taman Dagang Permai



Sampai2 kena warm up dulu. Diorang mmg dah dilatih tak perlu tunggu cikgu bagi arahan. Tahu jer apa nak buat.



Dah siap pakai baju semua tetiba aku yang berdebar. Takut lah dia jatuh ker lupa step ker. Tapi budak ni relax jer macam tak ada hal. 



Dia senyum sepanjang acara..tak ada rasa gementar sikit pun. Eh! budak ni tak ada perasaan ker apa.



Sebelum acara bermula diorang kena berlatih kat tempat yang disediakan...tak ada rasa kekok ker apa nanti.










Peminat kecik datang bagi sokongan padu.



Peserta utk grading Ball



Adik peserta ke 3 hari tu. Peserta 1 dan 2 diorang lupa step waktu tengah2 lagu. Serious aku kesian sebab diorang jadi panik. Mungkin takut dan first time beraksi. Aku kan sentiasa ada bila diorang training, aku tahu diorang blh buat tapi tak tahu hari tu kenapa diorang jadi blur. Aku yang stress aku jadi panik dan kesian kat budak2 tu. Lepas habis jer music terus berlari nangis cari cikgu...huaaa sian kan.


Turn adik...aku dah telan2 ailio. Berdoa jer dalam hati semuanya berjalan dengan lancar.



Alhamdullilah...perfect!! tiada satu pun step yang tertinggal. Badan cantik jer melentik sana sini. Tetiba rasa nak menitis air mata sebab aku tahu adik berlatih setiap hari. Tiap2 malam tanpa jemu.



Lain2 peserta. We all mmg support each others. Bagi tepukan gemuruh bagi semangat diorang kuat. Tak ada rasa takut...sorak kuat2 lepas habis bersembahan.



Next utk grading Rope pulak. Ada tersangkut sikit kat kaki. Tapi adik selamba jer teruskan persembahan. Serious lah budak ni betul2 berani dan confident.



tiga sahabat baik. 


Mini challenge untuk peserta 6 - 7 tahun. Cute jer budak2 ni. Kecik2 badan dah melentik.



Semua peserta


Ibu2


Bapak2


Alhamdullilah.....Overall Distinction. Adik dapat markah tertinggi dalam acara Free Hand dan Rope dan lulus utk ke next level bulan December nanti.



Baju hitam tu Ms Dina (cikgu gymnastic)



Event hari tu berjalan dengan lancar.



Mama bangga dengan Adik!!



Insyaallah mana tau satu hari nanti boleh masuk sukan SEA. Wakil Malaysia. Mama doakan ya.



Us!!



Thank you so much Ms Dina.