Nuffnang Advertisement

Thursday, May 28, 2015

Interview


Semua orang tahu yang Kak Elly dah berhenti kerja almost 10 days. Dah start pun masuk office baru. Tapi minggu ni kena kerja balik office lama sebab tak ada siapa lagi boleh replace tempat Kak Elly. Jadi minggu ni tolong arrange kan Interview untuk Boss. Both of us kena pilih mana yang sesuai.

Ingat lagi masa dulu kalau ada jer orang panggil untuk interview dah kecut2 perut. Search kat internet nama Company yang nak gi interview tu. Dapatkan serba sikit information pasal Company yang nak kena pergi tu. Fikir baju nak pakai, prepare sijil2 dan resume elok2 dalam satu fail. Kadang2 malam sebelum gi interview tu ajak abah gi survey tempat sebab takut terlambat tak jumpa tempat. Punya lah takut kadang2 sampai tak boleh tidur.

Tapi kan...budak2 sekarang tak ada langsung persediaan. Sedih tengok cara diorang jawab soalan. Pakaian asal dan jer. Semalam adalah interview dekat 8 orang. Ada sorang tu blh called cakap lupa hari ni ada interview...eh! macam mana pulak boleh lupa nampak sangat macam tak berminat. Lepas tu suka2 bagi masa bila boleh datang...mmg tak lah aku layan.

Macam2 perangai ya...ada tu suara bila jawab soalan halus giler sampai boss aku terpaksa palingkan telinga kat muka dia...pun tak faham gaks...masih jawab dengan suara dia sorang jer boleh dengar. Terus boss aku buat pangkah besar2 kat kertas tu...mesti budak tu terkejut....hahaha. Aku lagi lah terkejut.

Lagi satu candidate ni bila boss aku tanya "awak ada apa2 soalan nak tanya" korang tau tak dijawab macam mana "saya suka lah kalau dapat kerja kat sini...best giler"....apa!!! best giler...wei! kau tengah interview ni apa yang giler2 pulak. Adoi...aku pandang boss aku boss aku pandang aku. Pangkah lagi...hahaha

Sorang lagi candidate datang bukan main rambut tutup mata sebelah...bila cakap kepala teleng2. Sambil cakap sambil betul kan rambut...eh! pitam lah aku. Rasa nak cakap jer..."dik boleh tak ikat rambut tu". Pangkah lagi...

Seorang lagi siap datang satu family masa interview. Jadi riuh office suara adik dia...apa hal pulak ni. Lepas interview terus jumpa aku..."Akak rasa saya dapat tak". Huaaaa kenapa lah korang ni

Eh ! ada lagi. Seorang candidate ni, umur baru 28 tahun. Ada experience jadi secretary tak sampai 3 tahun pun. Tapi Ya Rabbi expected salary RM6800.00 gaji lama RM2800.00. Dah giler budak ni suka2 letak....bila boss aku tanya kenapa letak banyak sangat beza. Lepas tu senyum2 "saya cuba jer kalau dapat bagus lah...kalau tak dapat boleh jer tukar". Boleh ker macam tu...serious rasa nak gelak sambil tekan2 perut pun ada.

Ni akak nak nasihat sikit...kalau ada interview

1. Search dulu company tu...ok tak dengan jiwa korang

2. Pakaian kena kemas....kalau takut tak sesuai pakai jer baju kurung. Jangan make up tebal2 cukup sekadar sedap mata memandang.

3. Make sure kalau interview pukul 10.00 pagi datang awal sikit dalam kul 9.30 pagi

4. Jawab soalan yang diberi tu dengan tepat jangan main suka2 jer jawab. Biar ada logik. Orang tanya A....jawab A tapi jgn pepandai sambung sampai Z.

5. Make sure kerja yang korang mintak tu korang tahu. Jangan main belasah semua interview korang nak pergi.

6. Prepare resume, sijil dan kalau boleh bawak gambar sekali. Senang bila mintak semuanya ada.

Itu jer akak nak pesan...hari ni ada 8 orang lagi nak datang interview. Kita tunggu kerenah diorang pulak ya....hahaha


Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email: agent.ellfie@gmail.com
Nak beli Ellfie Essence? Boleh Whatsapp/sms 013-2755197 atau pun dapatkan dari Agent sah kami :)


Tuesday, May 26, 2015

Harrods Cafe

 
Tahun lepas waktu gi London ngan En Win ada nampak Harrods Café ni tapi tak mampu lah nak makan. Budget waktu tu pun tinggal nyawa2 ikan jer...jadi pandang sambil jeling2 lah.
 
Tak sabarnya dah bercuti lagi...sekarang tengah berperingkat2 bayar apa yang patut. Mmg tak berjalan mana2 pun tahun ni. Tengah kumpul duit sampai hujung tahun baru berjalan jauh sikit. Moga2 dipermudahkan segalanya. 
 
Tak sangka pulak KLCC dah bukak Harrods Café. Sama floor dengan Dome tapi paling hujung belah kiri. Pepandai lah korang cari ya. Maka marilah kita mencuba beramai2. Tak dapat makan kat London makan kat Malaysia pun jadi lah.
 
 
 
Akhirnya En Win potong misai kontot dia tu. Aman hidup aku tengok si kontot tu dah tak ada...haha. Aku mmg kurang sikit dengan lelaki yang bermisai ni. Yang ada bulu dada pun aku tak suka...eh hahahaha.
 
Muka memasing bukan main sama lagi...terutama sebelah aku tu. Sebijik muka aku waktu remaja dulu. Jeles aku...dulu mama slim macam Yaya tau. Cuba tengok sekarang bukan main bulat pipi mama. Macam pau kacang...hahaha.
 
Adik dah tinggi sikit...sejak asyik melompat2 ni.  Tangan pun dah ada muscle..hebat sangat budak kecik ni. 


 
Macaroon


 
En Win ni rajin betul melayan karenah anak2. Tengah2 malam anak2 mintak belikan barang lukisan dia layan jer cari sana sini. Kalau aku mmg tak lah...kalau nak cakap awal2. Paling pelik dia tak marah sikit pun. Aku yang api2 kan suh dia marah kan budak2 tu. Suka2 mintak tengah malam. Tapi mmg tak lah dia layan aku.


 
Korang jangan lah tetipu tangkap gambar dekat2 ni..kat rumah aku ngan Yaya ni asyik bertekak jer. Panas jer ngan budak sorang ni. Kita orang akan baik bila shopping sama2 jer hal lain gaduh ya. Pendapat kitaorang tak sama...aku suka lagu ni dia tak suka...aku suruh tgk movie ni dia nak tgk movie lain. Pening kepala En Win nak melayan...tapi En Win selalunya buat tak layan jer. Lantak lah korang..haha. Lepas tu suka ambik make up dengan baju aku...bila nak pakai jer dah tak ada. Bila tanya tak mengaku pulak tu...geram kan!! Mmg tak ada orang lain kat rumah...senang jer lah aku tuduh.
 
Meh lah tgk gambar makanan lagi best...


 
En Win punyerrrr
 

 
Adik ngan Yaya share
 
 

 
Tuan belog punya
 
Jgn lah tanya nama menu kat atas dah tak ingat. Boleh lah, sedap jugak...licin lah pinggan kitaorang makan. Cuma En Win punya jer tak habis sebab kat roti tu dia letak wasabi...En Win tak kuat pedas.
Harga agak mahal. Makan plus air haritu RM300.00 gaks kena. Tapi sedap lah rasa berbaloi dengan harga.

 
 
 
Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email: agent.ellfie@gmail.com
Nak beli Ellfie Essence? Boleh Whatsapp/sms 013-2755197 atau pun dapatkan dari Agent sah kami :)
 
 





Monday, May 25, 2015

Cite adik lagi

 
Korang ada tak wassap group dengan cikgu dan mak2 dalam kelas anak korang. Aku join lah wassap group tu supaya senang aku tahu perkembangan dalam kelas. Ada homework atau pun tak...lukisan kena bawak bahan apa, ada kelas tambahan ker. Jadi tak blh lah adik menipu aku...hahaha. Tapi aku cuma silence reader jer dalam wassap group. Aku jarang komen kat situ.
 
Aku ni jenis akan ambik tahu pelajaran yang penting jer...subjek yang masuk dalam UPSR aku akan monitor kaw2. Tapi subjek macam Muzik, Sejarah, Lukisan aku tak tekan kan sangat...haha. Giler kan...orang patutnya ambik tahu semua aku suka2 jer pilih mana yang penting. Bagi aku subjek yang lain dah lulus pun aku dah happy aslong jangan lah sampai D atau E. C ok lagi...matilah mak perangai macam ni.
 
Sampai lah hari tu semua mak2 kat group wassap bising sebab Cikgu tak buat exam untuk subjek Muzik...eh! aku macam tak buat exam lagi bagus kan...kenapa nak gaduh2 ni...hahaha. Akhirnya Cikgu mengalah terpaksa buat gaks exam utk subjek Muzik. Wah! hebat betul lah sampai subjek Muzik pun diorang ambik berat...terus aku telan2 ailio. Nampak sangat berbeza dgn aku ni...tapi biarlah itu cara diorang kan. Tak semua cara mendidik tu sama.
 
Ingat lagi mula2 adik masuk tahun Satu...diorang bagi pilihan nak belajar Bahasa Arab ataupun Bahasa Cina. Of course aku nak adik belajar Bahasa Arab tapi penuh pulak kelas tu jadi masuk kan adik kelas bahasa cina. Korang bayangkan sekarang adik dah masuk darjah 4 aku sikit pun tak tanya perkembangan kelas tambahan bahasa cina yang adik pelajari. Sampai lah minggu lepas dia tunjuk kertas exam bahasa cina.    
 
 
 
 
 
Adik dapat 94 markah. Aku ngan En Win macam tak percaya...haha.
 
En Win: Betul ker adik yang tulis ni
 
Adik: Betul lah Papa
 
Aku: Betul ker adik yang buat ni...cantik sangat tulisan ni. Cuba adik tulis balik
 
Sekali dia tulis balik sebijik sama...lepas tu aku suruh dia baca tulisan tu...giler wei sebijik suara cina. Terror gila budak ni...bila masa kau belajar nak ooi. Tak tahu nak hantuk kepala sendiri kat dinding atau nak peluk sambil nangis kuat2...hahaha.
 
 

Friday, May 22, 2015

Ding Dong

 
Tajuk memang tak ada kena mengena dengan entry kali ni...tiba2 terfikir nak letak ding dong jadi letak jer lah...hahaha

Dah masuk 5 hari kerja kat Ellfie Beauty ni tapi still tak dapat ikut rentak lagi. Dah 18 tahun bangun kul 6 pagi untuk gi kerja tetiba kali ni boleh bangun kul 8 pagi. Terus rasa bersalah kat diri sendiri...hahaha. Timing still kena adjust. Kalau dulu sampai rumah kul 6 petang tak sempat salin baju terus ke dapur. Sekarang kul 5.30 dah sampai rumah...siap blh tukar baju lagi baru masuk dapur...rasa tenang jer jiwa. Tak ada lah terkejar2 macam dulu.
 
Yaya ngan adik macam pelik aku ambik dan hantar diorang gi Sekolah. Diorang tak suka ya...hahaha. Kalau dengan En Win suka2 jer boleh ponteng. Tipu sakit perut pun En Win percaya. Kalau ngan aku tak ada makna...sakit perut, meh sini mama sapu minyak cap kapak lepas tu sila bangun gi sekolah.
 
So far alhamdullilah semua berjalan dengan lancar. Kalau dulu order dari Isnin hingga Khamis sekarang kita dah open order sampai hari Jumaat. Tapi kan bila masuk dunia perniagaan ni kepala sentiasa bergerak jer pikir marketing. Bukan benda yang mudah aku rasa...tapi seronok lah belajar benda baru. Sampai keluar lah jerawat kat pipi seketul banyak fikir punya pasal...haha. Tak berani nak fikir jauh lagi...sekarang buat satu2 dulu. Kukuh kan apa yang patut. Fikir macam mana nak buat Ellfie dikenali. Sebut nama Ellfie semua orang tahu...gitu. Takpe pelan2 kayuh lah kan. Alhamdullilah agent pun banyak membantu.
 
 
Rasa takut tu mmg sentiasa adalah..tipu lah kalau aku cakap tak risau langsung. Kita tak tahu sampai tahap mana kita boleh pergi..tapi kena hadap lah sebab jalan ni kitaorang pilih. Kena gigih, kena lah bertahan. Insyaallah boleh rasanya...
 
Nanti chat lagi ya...Peej kat belakang tu jeling jer ni!! haha
 
 

Wednesday, May 20, 2015

Masih jauh lagi untuk melangkah….


Hebat sangat rasa sekarang ni masuk kerja kul 9.30 pagi jer. Bila masuk office terus jerit 'Good Morning' kat staff. kembang2 hidung terus masuk bilik perasan boss...check diary aktiviti hari ni apa yg perlu buat. Lepas tu check email dan reply wassap dari customer. Tetiba dgr bunyik org masuk terus lari kat meja luar...alamak peej! larik kang dia kata aku poyo...hahaha.

Walaupun diorg sedia kan bilik utk aku duduk buat kerja...mmg x lah aku duduk kat dalam tu. Aku prefer duduk luar buat kerja sambil borak2. Cuma kalau ada yang nak discuss atau nak buat kerja penting baru masuk bilik. Aku bukan boss ya..bilik tu mmg share untuk kitaorg bertiga. Disebabkan aku handle dan urusan benda2 yg sulit dan penting itu yg ada bilik khas utk aku. Taraf semua sama ya...takde boss kat Ellfie ni.

Sekarang ni mmg banyak benda kena fikir...kena atur satu2. Kena fikir pasal marketing...raya nak dekat kan. Eh! Korang x nak cantik ker...dalam hanya 3 - 4 minggu Ellfie dapat membantu sesiapa yg punya masalah kulit. Ellfie...Ellfie baru lah selfie....kahkahkah.

Minggu ni aku ngan Peej banyak kerja luar uruskan itu ini. Kena makesure Produk mencukupi...arrange photoshoot utk produk dan mcm plan lagi. Insyaallah kitaorg dlm proses nak keluarkan produk baru...tungguuuuu

Filla uruskan agent2...sesiapa nak tambah pendapatan blh lah join jadi agent Ellfie Beauty. Insyaallah kita akan membantu agent meningkatkan jualan dgn membuat pelbagai promosi dan marketing. Sambil2 buat kerja office tu korang blh menambahkan pendapatan. Contoh kitaorg ni tak buat Cod cuma online sahaja...jadi kalau customer nak dapatkan set dgn segera selalu nya kita akan berikan contact2 agent yg berdekatan. Ellfie team mmg selalu bantu agent utk meningkat sales mereka. Kalau berminat utk jadi agent cepat email agent.ellfie@gmail.com 

Kalau ingat2 balik 3 bulan lalu...duduk lah kitaorg kat hall rumah peej sambil buat kerja...dengan barang bersepah belum campur lagi dgn kucing2 peej kehulur kehilir langgar barang. Sian rumah peej kitaorg jadikan store. Bila dah ada office ni kerja semakin teratur...baru lah tak serabut kepala ni. Paling kesian peej lah rumah dia jadi mangsa tu belum campur barang yg peej jual lagi. Dulu kalau tgk Ben tgh mengemas kecut2 perut aku ngan Filla.  

Sekarang bila semua benda dah teratur..baru lah berani plan itu ini. Baru lah berani nak keluarkan produk baru, barulah berani ambik agent ramai sikit, baru lah berani buat marketing besar2 sikit...bukan satu keputusan yg mudah waktu kitaorg decide nak besarkan sikit perniagaan ni. Tiap2 hari kitaorg berenam mtg...ya dgn suami2 sekali kena bincang. Biar semua setuju biar semua faham. Dah dapat persetujuan dan kata sepakat baru berani melangkah. Sampai sekarang apa2 keputusan yg nak di buat kitaorg ajak suami2 bincang bersama. Mintak2 semua berjalan dgn lancar.

Tapi kena selalu ingat lah dalam perniagaan ni ada pasang surut...ada masa maju ada masa suram. Adat lah berniaga. Hasad dengki org keliling nak jatuh kan antara satu sama lain mmg ada dlm dunia perniagaan. Antara kuat dgn tak kuat jer...jatuh org tepuk tangan berjaya pun org tepuk tangan. Cuma kadang2 emosi tak blh dikawal itu yg blh jadi tertekan. Kitaorg ni masih baru dlm bidang ni banyak selok belok yg kena lalui kena hadap satu2 sbb perjalanan masih jauh.."ingat gagal sekali bukan bererti gagal selamanya". Jatuh beberapa kali pun janji semangat kena kuat cuba bangun walapun menggunakan tongkat.












Manusia sekarang ni semakin kejam

 
Semalam tengok berita tentang budak kecik yang kena lambung macam roti canai tu rasa mengigil satu badan. Aku ngan En Win mengucap panjang. Mak jenis apa ni tak ada perasan. Dengar2 cite mak budak ni dah kena tangkap pun. Punca dia lambung budak kecik tu sebab suami dia tak balik rumah so nak tunjuk video tu kat suami dia supaya takut sikit. Macam ni punya orang pun ada ker??? marah laki anak jadi mangsa.
 
Kenapa kes2 macam ni terjadi kat orang melayu jer....pelik sangat. Korang rasa apa punca sebenarnya sampai boleh sampai ketahap ni?? Tak cukup ajaran agama ker? hasutan syaitan?? terlampau ikut perasaan?? macam nak bantu orang2 macam ni??. Aku rasa yang hanya boleh bantu adalah diri sendiri...kena kawal perasaan marah tu. Jangan terlampau ikut perasaan. Kalau gaduh laki bini kalau boleh jangan babitkan anak2. 
 
Aku kalau bergaduh dengan En Win jarang depan anak2...selalunya aku akan tutup pintu baru gaduh kaw2...lepas tu turun macam tak ada apa2 yang berlaku...siap blh makan sama2 lagi. Tak elok tunjuk perasaan marah tu depan anak2. Paling kuat pun aku jeling tajam jer kat En Win.
 
Macam mana nak kawal marah....of course bila kita marah benda2 negative akan datang dan hasut. Aku tak nafi dulu aku berperangai macam perempuan giler, bila marah jer tak fikir panjang rasa nak mengamuk terus jer melenting terjerit2...baru rasa puas baru perasaan reda tapi kesan dari aku marah tadi tak mendatangkan apa2 faedah pun...keadaan menjadi lebih teruk dan tak selesaikan apa2 pun. Cuma hati yang panas tadi tu jer reda.
 
Sekarang pun aku kuat gaks melenting tapi dah boleh kawal sikit2. Aku tak terus melenting...aku diam jap lepas tu fikir apa yang aku patut jawab. Kalau rasa tak perlu menjawab aku biarkan...'mengalah bukan bererti kalah'. Kalau aku rasa perlu jawab atau balas baru aku berdepan. Tapi selalunya aku banyak berdiam malas aku nak layan orang iri hati dan dengki ni.
 
Syaitan ni mmg suka hasut bila orang tengah marah...lagi satu factor usia. Darah muda lah kata kan. rasa diri tu sentiasa betul tak fikir panjang. Nak bantu orang macam ni agak sukar sebab benda2 macam ni yang hanya boleh bantu hanya diri sendiri jer.
 
Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan...kita tak tahu setakat mana kita boleh kawal emosi kita sendiri. Ya Allah lindungi lah aku, keluarga ku, kedua ibu bapa ku dan seluruh manusia di muka bumi ini.
 
Fikirlah sebelum melakukan sesuatu...kesian orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Menjadi mangsa kepada orang yang tidak boleh mengawal kemarahan dan yang paling sedih mangsa itu adalah seorang kanak2 yang tidak berdosa.
 
 

Monday, May 18, 2015

1st Day...office baru


Alhamdullilah...hari ni first day masuk office baru. Tapi sebab dah biasa bangun pukul 5.45 pagi mata dah terbukak lepas tu tak tahu nak buat apa. Tetap gaks bangun basuh baju ngan kemas rumah...mesti jiran sebelah hairan sebab pagi2 dah bunyi vacum dengan washing machine. Giler punya perempuan x leh ker tunggu petang mengemas..gitu kata jiran sebelah..hahaha

Selesai semua tu baru kejut kan Yaya dengan En Win. Lepas tu tak tahu nak buat apa balik...hahaha. Office baru ni dekat giler ngan rumah 15 minit dah sampai office. Jadi tak nak pergi awal2 malas dah tempuh jem. Kalau dulu pukul 6.30 dah sampai office aku bantai tidur balik sampai pukul 7.30 pagi baru bekpes. Sekarang dah jauh berbeza ada rasa a bit tenang dan free sikit tak ada lah terkejar2 sangat. Rasanya lebih teratur lepas ni. Cuma tak tahu macam mana busy pulak di tempat yang baru.



Selesai hantar adik kat rumah mak...breakfast lah seorang diri di kedai. Office lama sempat lah gossip cite artis dgn cite #hatiperempuan nyampah cite tu asyik nak marah laki jer walaupun laki hensem dan kaya. Nasib dah habis kalau tak itu jer aku komen pagi2...eh! makna nya tengok lah kan



Macam2 ada dalam kepala ni...macam2 nak kena uruskan. Kalau dulu tak perlu nak fikir sales sekarang itu yg ada dlm kepala. Nampak macam seronok kan tapi dibelakang tabir bagai nak pecah kepala aku, filla dan peej nak susun strategi. Ada target setiap bulan...kena lah capai kalau nak bertahan. 



Peej ngan Filla kalau nampak gambar ni mesti kata aku poyo...haha. Aku mmg suka jadi boss2 macam ni...haha. Peej masuk office terus tanya "kau buat apa tu...mcm busy jer" hahaha eh! i mmg busy tau u mana tau...


Paling best sekarang dah blh hantar ngan ambik anak balik sekolah benda yang dah lama aku nak buat dari dulu..suka lah En Win tu tak yah nak ambik anak lagi.

Ok lah chow dulu...boss banyak kerja. Haktuiii..hahaha






Thursday, May 14, 2015

Baju Raya - Kree


 Siapa tengah cari baju raya angkat tangan. Saya! saya! saya!...hahaha. Kak Elly mmg suka siap sedia awal2 sebab takut tak ada saiz bila nak dekat2 nanti. Kalau dulu suka tempah jer baju kurung tapi sekarang tempah dengan beli sama harga jer. Design lagi meletup2 pilih jer mana suka. Hari ni Kak Elly nak share Koleksi Lebaran dari Kree...korang boleh cuci2 mata kalau berkenan boleh terus beli jer. Kak Elly nasihat kalau dah berkenan tu beli jer lah dari balik rumah termimpi2...bila nak beli jer nanti nengok2 dah habis pulak. Jadi jangan lah nak fikir lama2 beli jer lah kalau dah berkenan tu...amboi nasihat!! hahaha

29th April lepas Kak Elly dan team Ellfie dapat jemputan dari Kree untuk 'Kree Lebaran Collabo 2015' bertempat di Zebra Square, Jalan Tun Razak. Label fesyen Kree melancarkan empat koleksi  inspirasi empat personality tanah air, Fiza Sabjahan, Megat Alfie dan DANZ dari Anzalna dan Diyanah. Koleksi bercorak moden dan klasik dipertengahkan kali ini
   

Empat gabungan pereka khas untuk 'Kree Lebaran Collabo 2015'



Ramai juga artis malam tu untuk memeriahkan majlis. Korang tak yah lah nak intai2 cari gambar Kak Elly. Nando ya...pakaian pergi hari tu tak lawa...ada perasaan rendah diri disitu. Balik kerja kelam kabut terus pergi...rambut pun tak sempat gulung. Jadi dibelakang langsir jer tempat aku...hahahah
 
 

Maria tengku Sabri dan Zain Saidin

  
OMG!!! Neelofa, Awal dan Scha pun ada. Terus Kak Elly tutup muka dengan langsir. Gila pergi hari tu tak style langsung...malu i. hahaha

Dalam kul 8.30pm acara bermula....jom cuci2 mata. Ingat berkenan terus beli tau...haha






Chuppppp.....nak baju ni!!! Cantik sangat ni!!


  
Hijauuuuuuu.....nak jugak!!




ni pun cantik...kalau pakai dipagi raya nampak ayu jer nanti


Banyak giler koleksi lebaran malam tu...tapi tak dapat nak share kat sini sebab banyak sangat....kalau nak tengok koleksi kree korang boleh terus gi kat IG @Kree atau click Website http://www.kree.my/ percaya lah korang rambang mata nanti. Koleksi lebaran ini sudah mula dijual bermula bulan May. Cepat2 sebelum terlambat. Harga sangat2 berpatutan kalau tak caya clik website yang Kak Elly bagi tu. 


 
Yang baju hijau tu nama dia Rene...ini lah orang kuat Kree. Baik sangat...tak kedekut ilmu. Sangat helpful. Rene jugak selalu buat charity untuk membantu 'Gelandangan' visit IG @renesulaiman
untuk menyalurkan bantuan.

Apa tunggu lagi...jom ramai2 kita click http://www.kree.my/





Wednesday, May 13, 2015

2nd Anniversary - Mg Movers


Esok last day kerja...tak tahu lah nak happy ker atau nak sedih. Sedih sebab terpaksa tinggal kan kawan2 dan happy mungkin sebab nak mulakan hidup baru. Ok nanti Kak Elly cite perjalanan sepanjang Kak Elly bekerja kat sini ya. Itu kita buat Entry lain. 

Hari ni nak cite pasal 2nd Anniversary MG Movers. Aku rasa orang yang paling happy tentu lah En Win. Sejak aku dah ada business sendiri ni aku dah jarang ambik tahu pasal MG Movers sebab aku pun ada Produk yang aku kena handle. Jadi segala urusan mmg terletak di bahu En Win.

Kalau dulu selalu nampak En Win macam stress fikir kan marketing, lepas tu asyik cerita benda yang sama setiap kali berborak, tak boleh nampak lorry mesti nak compare kan dengan MG Movers sampaikan aku dan anak2 tahap angguk jer kepala tapi tak tahu apa yg En Win bualkan...hahaha

Tuhan tu Maha Adil...sekarang aku pulak yang suka termenung fikir itu ini, tak boleh nampak produk lain mula lah tgk itu ini, berborak pasal kecantikan jer...sekarang turn En Win pulak buat dek jer dengan aku...hahaha

Tapi En Win dah tinggalkan aku jauh dalam bidang perniagaan...segala masalah yg mendatang En Win boleh handle dengan tenang. Nama MG Movers mula dikenali. Boleh nampak merayau2 jer lorry yang ada muka aku tu disekitar Kuala Lumpur...alhamdullilah.

Now...MG Movers dah ada office sendiri. Kalau dulu tumpung office orang lain sekarang dah boleh berbangga dengan kejayaan MG Movers. Aku boleh nampak usaha En Win menaikan nama MG Mover. Laki aku ni garang nak mampus...matilah kalau staff buat masalah mmg habis budak tu kena marah tapi marah bersebab lepas tu back to normal balik. Staff2 semua dah faham bebenor perangai laki aku ni...cuma aku jer tak boleh terima kalau dia melenting, sian aku nengok budak2 tu tunduk jer sambil telan2 ailio.  

 Nak share gambar makan2 hari tu sempena Anniversary tapi maafkan kualiti gambar yang tidak memuaskan....lupa bawak camera guna phone jer malam tu.



Kalau mula2 dulu kita cuma ada seorang pekerja jer...sekarang alhamdullilah dah ada 10 orang pekerja.
 

 Ini semua tulang belakang MG Movers



 Berniaga ni bukan satu yang mudah...korang kena fikir masak2 kalau nak masuk dalam bidang perniagaan ni. Sebelum menempuh kejayaan of course korang kena lalui kegagalan. Jatuh bangun adalah perkara biasa dalam perniagaan. Paling penting kita kena menerima risiko yang mendatang. Mungkin orang luar cuma nampak hasilnya tapi dibelakang tabir orang tak tahu betapa perit nyer untuk mengukuhkan sesuatu perniagaan.

Itu belum termasuk hasad dengki sesama manusia. Aku ngan En Win kena kuat tiada siapa yang dapat membantu dan tiada siapa yang tahu susah senang kehidupan kita. Hidup perlu diteruskan. Jangan malu dan takut dengan kegagalan. Paling penting kita mencuba dan jika gagal bukan bererti kita gagal selama nya.

Untuk berjaya kerja keras paling penting. Tiada istilah yang mengatakan ada duit perniagaan boleh maju...tidak ya tanpa usaha atau kerja keras duit segunung pun boleh menjadi tanah yang rata jika kita tidak pandai menggunakan nya. Nasihat dan kata2 ini sering aku sematkan dalam hati. Aku suka lihat anak2 melayu yang berjaya mereka seperti memberi kekuatan untuk aku dan En Win terus berusaha kearah itu.

Harap MG Movers terus maju begitu juga dengan Elffie Beauty. Kami akan buat yang terbaik...amin.





Untuk staff2 MG Mover termasuk Intan (yang tak ada dalam gambar ni). Terima kasih banyak2...tanpa korang MG Movers tidak boleh bergerak sendiri. Sama2 kita majukan MG Movers agar ia dikenali seluruh Malaysia.

Happy 2nd Anniversary MG Movers!! 







Monday, May 11, 2015

Mother's Day


Hari Ibu atau Mother's Day ni tiap2 tahun kitaorang adik beradik sambut tapi bukan lah meriah kebabom. Just berkumpul adik beradik bawak mak keluar makan. Tapi tahu ni nak suruh mak masak...hahaha. Dah lama tak jumpa Mak sempat called jer. Sampai merajuk mak aku kata kenapa dah lama tak jumpa dia. Korang ingat tak rasa bersalah ker...kalau boleh tiap2 minggu nak balik cuma masa tak mengizinkan. Kalau orang dengar macam alasan kan tapi mmg tak dapat...huaaaaa I sedih tau. Bercakap kat telefon ngan Mak pun rasa bersalah sangat perasaan ni...korang mana tau...eh!!

Semalam pakat adik beradik berkumpul rumah mak makan lunch sama2. Adik ngan Kak Long aku boleh tolong mak masak...aku cuma datang makan jer hari tu...muahahaha.



Giler hebat makanan kat atas ni...semua paberet Kak Elly. Ayam Sambal, Pecal, Gulai Lemak Ikan Bawal dan the best dalam dunia Pari sambal kering. Menanggis lemak dalam perut tengok.

Gambar keluarga tak ada sebab memasing gelojoh ambik tempat...Aku tak nak makan kat bawah. I prefer makan atas meja....hahaha. Budak kecik dan tukang masak sila makan dibawah...tetamu sahaja berhak duduk di meja...kahkahakah

Tanya Mak dia nak hadiah apa?

Ly...mak nak selipar tapi bukan selipar jepun ya. Mak nak Flip Flop. Amboi pandai mak aku pilih.
 


Aku ni ada sikit perangai pelik...New Year, Birthday, Mother's Day dan Anniversary kena beli baju baru. Sebab ni semua tarikh penting jadi aku nak nampak cantik hari tu..En Win kata aku giler. Bukan En Win jer...Peej ngan Filla pun kata aku giler sebab aku cakap nanti nak masuk Office Ellfie aku nak potong rambut dgn cari baju baru barulah nampak 'new me'. Tapi diorang kata aku over...eh! suka hati lah.
 


Malam...En Win ajak aku ngan MIL keluar makan2. Selesai makan En Win bawak makan dessert pulak.


kenalah suap2 kata Mother's Day. Anak2 tak yah suap sebab semalam dah suap...hahaha




Lagi satu perangai pelik...ini bukan pelik ni ngado namanya...hahaha. Kak Elly kena beli hadiah untuk diri sendiri...kecik pun jadilah asal tanda ingatan untuk diri sendiri. Satu kepuasan setelah penat mencari duit..gitu konsepnya.

Kak Elly nak ucapkan Happy Mother's Day untuk Ibu2 diluar sana. Chow dulu kerja melambak...tinggal 4 hari jer lagi!!


 

Friday, May 8, 2015

Barangan IKEA

Kak Elly dan Ikea mmg tak dapat dipisahkan. Tak ada istilah window shopping ya...hahaha jejak jer kaki di Ikea laju jer tangan mencapai trolley. Barangan di Ikea semua cantik2 dan mampu milik. One stop center semua barangan kelengkapan rumah boleh didapati kat sini. Terutama barangan bahagian Bilik tidur dan Bilik Mandi mmg jadi kegilaan Kak Elly. Boleh guling2 nangis tengok cara penyusunan barangan di Ikea. Bilik tidur yang sempit boleh menjadi luas dengan menggunakan barangan di Ikea.
Meh lah Kak Elly tunjukan bahagian bilik tidur kesukaan dan idaman Kak Elly.

PAX Wardrobe

Kak Elly boleh berdiri sebelah wardrobe tanpa bergerak2. Sambil berangan nak letak apa dalam almari ni. Cantik kan. Bilik akan menjadi lebih kemas dengan adanya PAX Wardrobe ni.

Boleh letak handbeg. aksesori, pakaian dan barangan2 lain. Tak ada lah nampak berselerak bilik nanti semuanya boleh letak kat dalam wardrobe ni. Sistem PAX Wardrobe di IKEA kini adalah paling laris. Ia boleh disusun mengikut kesesuaian korang dan mempunyai jaminan selama 10 tahun. PAX Wardrobe ni korang boleh gabungkan dengan hiasan dalaman KOMPLEMENT  memudahkan pencarian pakaian dan aksesori.

IKEA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke rumah pada harga RM40 bagi setiap perjalanan dalam lingkungan Lembah Klang (harga biasa RM75.00). Promosi ini bagi pembelian PAX Wardrobes dan KOMPLEMENT interior fitting yang bernilai RM1,500.00 ke atas. Penghantaran tidak merangkumi kawasan-kawasan ini : Cyberjaya, Putrajaya, Kajang, Bangi, Dengkil dan Rawang dan Promosi ini berakhir pada 14 Jun 2015. More Info Click Promosi Perkidmatan Pengangkutan 



Waktu beli KOMPLEMENT ni dah berangan2 nak letak macam2 supaya menjadi lebih kemas dan teratur



Ini pula stroge SKUBB. Senang kalau nak simpan barang. Lebih memudahkan En Win mencari barang2 keperluan tanpa perlu memanggil2 nama Kak Elly berulang kali.




Beli SAMLA box wih lid...senang nak tengok barang2 yang dicari


Paper Bag semua Kak Elly simpan dalam box ni lepas tu letak jer bawah katil. Tak berabuk dan sangat2 kemas. Boleh jer kalau nak letak mainan atau buku2 terpakai. Tak ada lah sakit mana tengok mainan atau buku berselerak sana sini.



Box GORMORGON kat atas ni Kak Elly suka sangat...belikan untuk Yaya. Tak boleh tahan tgk atas dressing table berselarak dengan barang2. Tolong Yaya susunkan. Baru lega rasa mata...serius barang2 kat IKEA ni mmg very useful.


Bed Sheets.

Bed Sheets kat rumah Kak Elly mmg semua beli dari IKEA. Bilik anak2 pun Kak Elly guna Bed Sheet dari IKEA. Kain cotton yang digunakan sangat selesa dan lembut. Kalau tak caya cuba korang beli satu...pasti korang akan beli dan terus membeli nanti. 



Tadaaaaa...hasil rembatan Bed Sheets di IKEA. Sila tepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya mencantikan bilik.



Master Bedroom kita guna sarung jenama NYPONROS



Bilik anak pulak guna sarung tilam dan bantal SMORBOLL



Kain curtain kat IKEA ni cantik2...comel2 sangat design kat sini. Sampai rambang mata nak memilih. Selalunya Kak Elly akan jadi kan alas meja atau cushion cover. Korang kalau gi IKEA berkenan kat kain ni baik terus beli kalau tunggu esok mmg habis lah jawabnya.


Ini alas2 meja yang Kak Elly beli  di IKEA. Cantik kan!!



Kusyen Cover



Carpet kat Ikea ni semua moden2. Kalau pandai match kan dengan warna bilik boleh nampak bilik jadi semakin luas dan selesa. Cantik kan Carpet kat atas...Hari Raya ingat nak beli satu itupun kalau tak habis... :(

Kalau korang nak cuci2 mata tengok produk bilik tidur di IKEA...boleh click link ni IKEA Bedroom


Tilam


Bagi sesiapa tengah mencari atau ingin membeli tilam..Kak Elly memang rekemen sangat beli tilam SULTAN di IKEA. Kenapa Kak Elly rekemen sangat tilam kat sini?? sebabnya....

Polisi 100 hari 'Love or Exchange'

IKEA menawarkan sesuatu yang istimewa. IKEA akan pastikan pelanggan benar2 berpuas hati dengan tilam SULTAN yang dibeli. Sekiranya anda mengalami  masalah tilam terlalu keras atau terlalu lembut anda boleh pulangkan semula tilam itu dan akan digantikan dengan tilam  yang baru. Tidak perlu tergesa2 kerana anda mempunyai 100 hari untuk menggunakanya. Tapi dengan syarat pihak IKEA tidak mendapati barangan kotor, rosak atau salah digunakan. Polisi tidak sah bagi barangan asas tilam SULTAN seperti pads dan slat.


Bilik Mandi



Kak Elly jarang terfikir utk mencantik kan bilik mandi. Dalam bilik mandi Kak Elly cuma ada benda2 basic sahaja sebab ruang bilik mandi tak berapa besar. Tapi bila tengok showroom kat IKEA ni
terus aku ngan En Win rasa teruja



En Win decide nak ambil GODMORGON atau LILLAGEN sinki dan digunakan tempan penyimpanan barangan cucian pembersihan



Macam ni lah rupanya tapi belum siap sepenuhnya nak lekatkan kat dinding jadi tak ada lah kayu tu basah bila terkena air. Ini baru test2 jer dulu.


Boleh lah letak segala stock kat dalam ni.



Haritu nengok2 jugak aksesori untuk letak kat bilik mandian



Beli satu jer dulu...nanti ada duit beli lagi....hahaha


Ada 2 hingga 3 benda yang Kak Elly usha untuk beli Raya nanti. Salah satunya Bathroom Mats. Cantik sangat colour ni. Bathroom Mats Ikea ni mmg tahan...masuk washing machine pun macam tu jer rupanya...suka2


Lagi satu dalam list...towel Ikea sangt lembut dan selesa. Mmg tiap2 tahun akan beli Towel kat sini.


Rasa puas hati dan seronok bila bilik tidur dan bilik mandi menjadi luas, kemas dan sangat teratur dengan hanya membeli barangan di IKEA. So apa tunggu lagi jom lah terjebak sama dengan Kak Elly shopping di IKEA.

Jom tengok video ni kalau nak tahu macam mana IKEA boleh tolong bantu melengkapkan ruang peribadi di rumah anda.





Kalau anda sedang mencari tips atau inspirasi untuk menghias rumah atau nak tahu lebih lanjut promosi Bedroom & Bathroom yang sedang dijalankan, bolehl ah ke ikea.my/Peribadi