Nuffnang Advertisement

Monday, March 30, 2015

Agent Ellfie Essence


Assalamualaikum

Setelah beroperasi selama hampir 2 bulan baru kami bersedia mengambil agent. Ramai jugak yang bertanya sebelum ni cuma kami belum bersedia lagi. Kami kena betul2 pastikan perjalanan produk Elffie supaya tak ada masalah stock dikemudian hari. Kami kena pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Setelah perbincangan dibuat hari ni kita memberi peluang sesiapa yang ingin menjadi Agent Ellfie boleh lah menghubungi kami. 

Details info akan diberitahu dibawah nanti. Sebelum tu Kak Elly nak share serba sedikit dulu tentang Ellfie Essence. Kami bertiga Kak Elly, Filla dan Peej sewaktu membuat keputusan nak keluarkan produk kecantikan kami mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Perniagaan yang kami ceburi ni bukan satu keputusan yang mudah. Ini membabitkan kulit muka seseorang. Kitaorang tidak boleh mengambil ringan atau membuat keputusan sampai lewa ataupun dengan istilah tangkap muat. No...No...No...setiap apa yang terjadi adalah tanggungjawab kami. Jadi sebelum keputusan di buat perbincangan sentiasa dibuat. Sehingga kami mendapat kata putus dan sebulat suara bersetuju.

Kami mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan Set Ellfie Essence. Of course orang pertama yang test produk ni ada lah kami sendiri. Redha dengan apa yang terjadi dekat kulit muka memasing. Ada yang snap gambar dengan muka yang sedih tak sampai 3 hari snap gambar dengan muka yang gembira pulak...hahaha. Dari situ kami cuba perbaiki sebab kulit muka dan hormon setiap orang tidak sama. Setelah berpuas hati baru kami beranikan diri bagi sample produk dekat kawan2 rapat dan saudara mara. Itu pun mengambil masa yang agak lama jugak. Alhamdullilah feedback yang diterima sangat2 baik dan kami boleh lihat kesannya. Terus lega dan hati meloncat keriangan dan yang lebih penting produk kami mendapat kelulusan dari KKM.




Ellfie Essence Set

Cleanser, Toner, Night Cream dan Day Cream. 
Harga untuk Semenanjung RM120.00 dan Sabah/Sarawak RM130.00.

Kalau korang tanya Kak Elly berapa lama satu set ni boleh bertahan, jawapan depends cara pemaikaian. Set ni kalau Kak Elly pakai mampu bertahan hampir sebulan (untuk Cleanser dan Toner). Untuk Day & Night Cream boleh bertahan hampir 2 bulan.



Alhamdullilah sambutan sangat2 menggalakan. Terima kasih sangat kepada pengguna kerana mempercayai Elffie Essence. Setiap hujung minggu Kak Elly ngan Filla terpaksa turun padang membantu Peej di bahagian Postage. Dan sehingga kini order tidak putus2 lagi...syukur alhamdullilah.



Masuk minggu ketiga kami telah mendapat feedback yang sangat baik dari pengguna Ellfie. Cuma pengguna Ellfie ni pemalu sangat nak share gambar Before dan After. Takpe janji pengguna semua berpuas hati dengan Ellfie Essense. Mintak pengguna yang berpuas hati dengan kesan Ellfie Essence sila lah war2 kan ya...hahaha.



Atas permintaan ramai...Ellfie Essence melangkah setapak lagi keluarkan Loose Item dengan saiz yang lebih besar 50ml. Botol kecik tak puas katanya...hahaha.

Cleanser 50ml - RM55.00
Toner 50ml - RM55.00
Both - RM100.00 *free postage*


Sebelum kami buka peluang kepada Agent kami kena pastikan Ellfie benar2 mendapat tempat dihati pengguna. Tak ada istilah stock tak laku itu yang jual dekat agent. No..No tak baik menipu sebab itu kita mengambil masa untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Kat bawah ni Kak Elly testimoni yang bermasalah dengan kulit muka dan akhirnya mereka sangat2 berpuas hati dengan Ellfie Essence.


Ellfie Essence selamat digunakan untuk ibu yang mengandung. Utk ibu yang mengandung hormon sentiasa bertukar. Tiba2 boleh naik jerawat dengan sekelip mata. Alhamdullilah Ellfie Essence dapat membantu masalah ibu mengandung




Dulu kulit muka kusam, pori2 jelas kelihatan. Sekarang kulit muka semakin sekata dan cerah. Gambar sebelah kiri pakai compact powder. Gambar sebelah kanan cuma pakai day cream Ellfie jer.


Ini salah satu contoh pengguna yang ada masalah jerawat dan telah menggunakan Ellfie selama sebulan. Alhamdullilah semakin berkesan. Jerawat semakin kecut dan hilang.

Ok setelah team kami berpuas hati dengan feedback yang diberikan oleh pengguna barulah kami membuka peluang untuk agent,

Kenapa saya perlu menjadi Agent?

Untuk menambahkan pendapatan.  InshaAllah sebagai agen produk Ellfie, anda boleh menjana pendapatan sendiri.. Kita tolong menolong sesama kita :)  Apa salahnya rezeki yang ada kita kongsi bersama.. Agen di seluruh negara sangat dialu-alukan sebab Team Ellfie dah tak cukup tangan nak handle.. Dengan adanya agen di setiap negeri, boleh memudahkan customer untuk beli terus dari anda sebagai agen.

Team Ellfie sendiri akan bantu semua agen-agen ini untuk siarkan contact mereka di blog, fb, instagram dan twitter.. Ini adalah marketing untuk anda secara percuma :) Kalau you all ada effort untuk buat COD untuk customer, lebih digalakkan.

Syarat untuk menjadi agen ialah dengan membeli 12 set Ellfie Essence sahaja (harga agen).  Kita akan bekerja sebagai satu team dan anda tidak akan dibiarkan terkapai-kapai so no worries ;) 

Untuk pengguna yang sedang menggunakan produk Ellfie Essence lebih dialu-alukan sebab dah tau kesan terhadap kulit kan? Sebab most of our customers memang repeat order, kadang repeat terus order 2-3 set, mungkin sebab kawan-kawan dah tengok keberkesanan dia.. so lebih untung jadi agent.. 

Ok itu je pengumuman hari ini.. Untuk menjadi agent sila email


agent.ellfie@gmail.com

*Agent Kuala Lumpur/Johor/Negeri Sembilan dah full ya. Untuk negeri lain still available*



Friday, March 27, 2015

Moments of Joy


Sebagai seorang ibu of course Kak Elly ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak.  Berikan kasih sayang, pelajaran dan menjadi ibu yang terbaik untuk mereka.  Tapi kadang-kadang Kak Elly terfikir adakah apa yang Kak Elly berikan selama ini cukup untuk membuat mereka bahagia dan disayangi.





Bila tengok video kat atas ni barulah Kak Elly realize... kadang2 benda yang kecil membuat sesuatu yang bermakna untuk anak2.  Cuma luangkan masa beberapa minit tiap2 hari bersama boleh menjadi little moment of Joy untuk mereka




"Mama promises to give more hugs and kisses to Ameera & Danea"

Kak Elly berjanji akan sentiasa memeluk dan cium mereka setiap hari dan message ini Kak Elly akan lekatkan di bottle khas Joy supaya Kak Elly sentiasa ingat janji ini.

Ibu diluar sana yang ingin dapatkan sepacial botol dan message seperti diatas ni korang kena create your Own Moment of Joy di joysdishcare.my 

Penyertaan sangat2 mudah…mari Kak Elly terangkan

  • Design your moment of Joy label di www.joydishcare.my
  • Share customized label korang dan nominate kawan kawan kat Facebook dan korang juga akan diberi coupon untuk Scotch Brite secara percuma.
  • Yang terakhir sekali beli customized label pencuci pinggan Joy yang berharga RM2.95 (250ml) kat outlet-outlet terpilih kat bawah ni.

Senangkan!! Jadi apa tunggu lagi #momentsofjoy




Thursday, March 26, 2015

Ellfie Team


 Sebelum cite lebih lanjut meh Kak Elly nak kenal kan sorang2 Ellfie Team...hahaha. Giler tak kenal dah tiap2 hari promote baru sibuk nak introduce siapa Ellfie Team. Eh! mana tau ada yang tak tahu ingatkan Kak Elly berniaga sorang2 tak adil lah kan.

Yang baju biru sebelah kiri tu Peej . Peej di pertanggungjawab  uruskan hal postage. Segala urusan pos2 Peej akan handle. Sian berpeluh sorang2 bungkus barang Ellfie untuk dihantar. Postage akan dibuat setiap Hari Isnin hingga Khamis. Jumaat sampai Ahad cuti. Normally bila Kak Elly dapat order akan terus wassap dekat Peej untuk dia uruskan. Pembayaran yang dibuat sebelum pukul 2pm postage akan dilakukan hari yang sama. 

Kak Elly punya tugas pulak menerima order dari customer. Menjawab segala wassap dan kena makesure customer membuat bayaran. Kadang2 Kak Elly dipertanggungjawabkan untuk order barang jika stock hampir habis tapi jgn harap nak buat sorang selalu Peej ngan Filla kena seret jugak untuk order dan ambik barang. Kalau nak order Ellfie blh wassap Kak Elly 013-2755197

Filla  yang sebelah kanan bertudung manis tu...diberi tanggungjawab utk handle agent2. Ambil order dari agent2 seluruh Malaysia. Jadi siapa nak jadi agent jangan cari Kak Elly tapi cari Kak Filla. Korang boleh email. agent.ellfie@gmail.com

Inilah team Ellfie yang sentiasa bergaduh, gelak dan rasa nak muntah bila tgk each other....hahaha. Korang tahu tak actually nama Ellfie Beauty kita orang dapat dari gabungan nama. Ell - Elly dan Fie untuk Fillanie & Hafiza. Terima kasih Ben sebab mencadangkan nama yang superb. Puaslah kitaorang fikir nak bagi nama produk tgk2 Ben bersuara dari jauh...Ellfie sedap gabungan nama2 korang....hahaha bijak Ben.


Kalau dulu setiap hari Sabtu kitaorang bertiga akan keluar makan2, gelak2 kutuk each other sekarang no more kena tolong Peej siapakan postage untuk hari Jumaat. Lepas tu muka sorang2 serius jer buat kerja...nyampah!! Itu yang kadang2 tengah pack barang tetiba ada suara keluar...wei bila nak keluar makan ni, bila nak makan sedap2 ni..hahaha. Nanti suara satu lagi keluar...aku nak holiday...badan aku dah letih ni. Kang lagi satu suara keluar...sabar2 ini semua kenangan tahun depan kita dah ada 5 orang pekerja. Waktu tu baru boleh makan sedap dan jalan2.
 


Ini postage semalam...pukul 3pm Peej wassap Elly kau datang lepas Office melambak nak pos aku tak larat...hahaha. Alhamdullilah rezeki. Tapi ini lah kehidupan kami sekarang kena kerja kuat sikit bantu each other dan yang paling best kitaorang dapat suami yang paling memahami. Laki bini turun padang bantu apa yang patut.

Nak ucap terima kasih kat korang sebab support Ellfie. Alhamdullilah Ellfie dapat sambutan dan feedback yang sangat baik dari pengguna. Bagi yang belum mencuba Ellfie apa tunggu lagi....cepat2 order wassap 013-2755197


 


Tuesday, March 24, 2015

Sakit gilerrr



Semalam petang aku dengar bunyi kereta En Win dah sampai depan rumah....laju2 aku baring lepas tu pura2 tidur atas sofa sambil mulut terbuka untuk menunjuk kan betapa letihnya aku...hahaha. Makanan budak2 aku dah beli siap2 tinggal masak nasi jer...semalam mmg malas tahap gaban.

Bila En Win masuk jer rumah terus jerit2 nama aku tanya masak apa?? Gulp ada perasaan bersalah disitu

Aku: Pa...tak larat lah hari ni pinggang rasa nak patah (sambil aksi urut2 pinggang). Tapi budak2 punya makanan I dah beli. Ingat nak ajak u gi urut badan kat tempat baru tu...Ampang Point.

En Win: Ok...lepas hantar budak2 gi tuisyen kita singgah jap urut badan

Yehaaaaa...lakonan berjaya. Tu lah Aziz M Osman tak nampak bakat terpedam Kak Elly lagi....kalau buat uji bakat mau melopong mulut tu...hahaha

Maka berpegangan tangan lah kami berdua sambil hayun2 menuju ke tempat urut. "Saya mau buat body massage 1 jam". En Win buat foot massage jer semalam.

Kak Elly ni jenis yang kalau urut mmg tahan sakit. Tekan lah kuat2 tak ada hal lah...tapi tempat urut kat Ampang Point ni giler vavi sakit. Rasa macam nak tumbuk jer muka perempuan tu. Dia guna siku jer pun tapi tajam giler kot...lepas tu selamba jer kepak kaki aku bagi bunyi letop2 tu...perggghhh giler takut.

Aku suh buat pelan2 sikit dia tak peduli...badan banyak angin...badan banyak angin. Itu jer dia dok ulang2..huaaaa sakit lah wei. Hari ni deman urat.

Pengajaran: Jangan menipu suami!!


Monday, March 23, 2015

Tired...


Rasanya dah malas nak mengeluh. Hendak ker tak nak ker tetap kena buat jugak. Kalau dulu semua rancangan TV Kak Elly tahu. Sekarang cite Asam Pedas ker cite Encik Sotong ker hanya dengar jer kengkawan bercerita. Dulu bukan main semua  gossip artis dalam tangan...hahaha. Tak seronok ya terkejar ke sana sini tapi nak buat macam mana kenalah berusaha sementara Allah nak bagi Rezeki ni. Ketepikan soalan penat...ketepikan soal masa buat selagi mampu...gitu!! 

Last week cuti sekolah. Mmg tak rancang mana2 percutian sebab nak simpan duit untuk percutian hujung tahun nanti. Tapi tetap bersalah dalam diri bila tengok anak2 muncung jer duduk atas katil. Asal balik kerja jer nanti Yaya start bersuara "Bosan lah mama". Aku dengar sambil telan2 ailio jer.

Adik cuti sekolah time table penuh dengan latihan Gymnastic. Rasa bersalah dalam diri semakin menebal...jadi decide ambik cuti 2 hari untuk spend time dengan anak2. Itu jer yang mampu Kak Elly buat untuk gembirakan hati diorang. 

Walapun bercuti Kak Elly still terkejar sana sini. Banyak giler kerja yang kena uruskan. MG Mover lagi seminggu akan berpindah ke office baru...of course En Win tak ada masa untuk anak2. Ellfie Essence dah melangkah satu peringkat lagi...Insyaallah siapa yang berminat nak jadi Agent atau Dealer tunggu entry minggu ni ya.

Satu2 kerja kena susun...biar semua selesai...bg semua pihak puas hati. Walaupun hakikatnya dah rasa macam nak merangkak jer nak berjalan pun dah tak mampu. 



Khamis lepas curi masa intai adik berlatih...bagi moral support sikit. Latihan dari pukul 9 pagi - 5 petang.



Budak kenit ni kuat semangat...tak merungut letih pun bila balik dari latihan. Tapi bila habis jer latihan masuk jer dalam kereta terus tidur tak bangun2 sampai esok pagi...hahaha



Jumaat class 1/2 day sampai pukul 1 jer...yehaaaaa marilah kita anak beranak bersuka ria



Bawak diorang gi shopping, tengok wayang dan makan2 sambil borak2. Bagi diorang peluang bercerita walaupun cerita dan berulang kali tapi tetap kena dengar...hahaha. Masing2 nak bercakap..iyo lah nak mama dengar ni.

Budak2 ni pun kalau hari biasa aktiviti dari pagi sampai ke malam penuh. Pagi gi sekolah...malam2 kena tuisyen. 5 hari non stop. Weekend pulak masing2 ada aktiviti. Sampai adik ipar aku pun tak boleh tahan "Sian Yaya dengan adik...mama asyik suh tuisyen jer. Bukan leh dapat 5A pun".

Kak Elly ni tak pandai mengajar anak2...mengamuk jer lebih. Nak duduk ulangkaji sama2 mmg masa tak mengizinkan. Kerja rumah melambak2 kena selesaikan. Habis tu budak nak tanya siapa lah agaknya kan. Orang lain mungkin nampak kita macam mendera anak2 tapi hakikatnya ini lah cara terbaik yang Kak Elly boleh lakukan. Bukan lama cuma 2 jam jer masa belajar. Biarlah terkejar sana sini utk menghantar anak2 janji tanggungjawab sebagai ibu bapa dapat disempurnakan. Biarlah orang nak kata apa janji Kak Elly tahu apa yang Kak Elly lakukan. 5A ker 5C ker itu tak penting janji anak2 diberi pelajaran dengan sempurna. Siapa yang ada anak mungkin lebih memahami apa yang Kak Elly maksudkan. Tapi Kak Elly ni tak ada lah kejam sangat 24jam suh anak belajar...ada jer masa diorang bersuka ria. Mungkin cara setiap orang berbeza...tapi ini lah cara yang Kak Elly lakukan utk anak2.



Siang ngan anak2....malam spend time dengan Ex Classmate pulak (wine belongs to Ai Leen not me) hahahaha. Kitaorang dah berkawan hampir 21 tahun tak pernah terputus hubungan. Perjumpaan pun cuma setahun 2 kali jer. Kami tetap sama seperti dulu...memasing gelak macam hantu.

Lagi 2 tahun semua akan capai angka 40 tahun...jadi kitaorang dah rancang percutian yang akan datang. Percutian diusia 40 tahun....hahaha. Hanya kami berempat sahaja. Suami2 sila jaga anak dirumah.


Pagi Sabtu tu sepatutnya Kak Elly kena gi Event Nuffnang dengan Kak Pilla...boleh pulak pagi tu Cherry Berry..lembik sekejap.

Tapi kerja tetap kena diteruskan. Tengahari semua kena berkumpul rumah Peej siap kan order untuk customer. Alhamdullilah order tak putus2. Feedback dari customer pun sangat2 baik. Now tengah sibuk top up stock...tak nak terjadi kes orang nak beli tapi barang tak ada. Siapa nak jadi Agenty tunggu yaaaaaaaaaa.........

Tengah sibuk2 buat kerja tetiba Peej bersuara...korang lepas anak Elly habis exam UPSR kita bercuti jom...badan dah tak larat. Tak henti2 bekerja jer. Iyo badan aku pun dah tak larat Peej tunggu masa jer nak bercuti ni.



Tak dapat nak duduk lama rumah Peej sebab sibuk nak ambik si kenit ni dari latihan. Nasib dapat kawan2 yang memahami. I lap u lah...



Sunday awal pagi dah bangun....teman En Win cari barang Office pulak kat Ikea. Huaaaaa bila lah agaknya dapat bangun pukul 10 pagi. Dari Khamis sampai ahad tak henti2 bertugas. Dah settled cari barang tengahari tu hantar si Kenit gi class pulak. 



Sempat curi masa urut kaki...dapat tidur 1 jam pun jadik lah. Lantak orang sebelah dengar aku berdengkur. Letih giler ya...



Settled Foot Massage bawak Yaya jumpa kengkawan dia pulak. Harus mama kena teman kan walaupun terpaksa makan seorang diri di hujung table. 

Bukan tak percayakan anak2 cuma macam mana sibuk pun kita jangan sesekali terlepas pandang. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu2. Kalau dulu darjah 6 naik bas mini sorang2 pun tak ada hal. Zaman sekarang cuba test tengok anak2 korang sampai tak kat rumah...hahaha. Mmg tak lah bagi Yaya keluar sorang2 jumpa kawan2...walaupun pergi berhantar balik dijemput. Dalam masa nak menunggu waktu balik tu tak tahu apa budak2 ni buat.

Yaya dan kawan2 dah terbiasa dengan cara Kak Elly ni. Diorang tetap berborak dan bergurau macam biasa. Lantak lah korang nak bercakap apa2 pun janji mama ada di mana2...hahaha.








Thursday, March 19, 2015

Belajar selami perasaan orang lain


Kita manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Tapi yang paling penting kita sedar kesilapan dan cuba perbaiki. InsyaAllah kita akan menjadi lebih baik. Abah selalu pesan ubah perangai tu sebelum mencecah 40 tahun….kalau tak diubah sampai ketua lah perangai tu berkekalan. 

Kak Elly jenis yang jarang peduli hal orang. Lantak lah nak buat apa pun janji tak usik keluarga dan kawan2 rapat Kak Elly. Rasanya tak perlu kot kita sibuk hal orang melainkan diri kita ni benar2 sempurna. Tapi cuba soal dalam diri kita….sempurna kah aku sampai boleh menegur orang lain?? Boleh menegur tapi biar kena caranya agar pihak yang satu lagi tidak tersinggung.

Cuba ubah fikiran tu sentiasa kearah positif maka positif lah kita bila memandang sesorang itu. Kalau dalam jiwa itu sentiasa negatif maka negatiflah setiap orang yang kita pandang itu. Zaman kutuk mengutuk…gosip tepi tangga ni dah lama berlalu. Rasanya tak perlu kita berbincang atau berdiscuss tentang orang lain. Baik duduk fikir tentang keluarga sendiri…ya dak!! Ubah menjadi lebih baik bukan menjadi lebih tak baik.

Abah selalu pesan 'Cermin Diri' sebelum kita cermin orang lain. Kita tak tahu perasaan orang yang kita cermin itu ada ker betul seperti apa yang kita katakan. Cukup2 lah tambah dosa, dosa yang lain pun tak tertanggung rasanya. Cuba selami perasaan orang yang kau kutuk tu dan benda yang sama terkena dekat ahli keluarga terdekat atau diri sendiri macam mana lah agaknya ya. Ingat dunia ini bulat. Ada masa kita berada di atas dan ada masa kita berada dibawah. Selami hati seseorang sebelum kita membuka mulut. Jadi manusia yang lebih matang bukan menjadi seperti budak kecil yang tidak boleh berfikir.

Kita tidak tahu perasaan seseorang itu selagi kita tidak melalui apa yang pernah dia lalui. Jadi jangan sentiasa memandang negatif kepada seseorang jika kita tidak tahu siapa diri mereka yang sebenarnya. 

Orang yang dikutuk semakin maju….orang yang mengutuk semakin mundur kerana orang yang suka mengutuk jelas mereka cemburu dgn kehidupan orang lain dengan erti kata lain 'dah tak ada kerja asyik skodeng jer hal orang'. Siapa terasa statement ni mintak maaf lah ya….bila usik orang tak ingat pulak perasaan orang tu macam mana….tapi bila orang cuba tegur sikit jer pasal korang pandai pulak berapi2 perasaan tu. So be positif supaya minda anda lebih sihat dan diri menjadi lebih sempurna.

Nasihat untuk diri sendiri!!



Wednesday, March 18, 2015

Belajar dari kesilapan...


Kak Elly ni bukan lah seorang ibu yang baik, bijak atau pandai sangat menjaga anak2 dan Kak Elly selalu sedar yang Kak Elly perlu banyak bertanya atau membuat  rujukan untuk menjadi Ibu yang terbaik utk anak2.

Kak Elly tak nak cakap tentang sesiapa...Kak Elly nak cakap tentang diri Kak Elly sendiri apa yang Kak Elly lakukan pada anak2 dan Kak Elly selalu rasa itu lah yang terbaik untuk mereka. Hantar anak kesekolah, beri makan dan pelajaran, hantar ke tuisyen, bercuti dan sebagainya. Bila Kak Elly bagi semuanya Kak Elly mengharap balasan dari anak2 supaya menjadi anak yang bijak dan sentiasa mendapat markah yang tinggi disekolah. Kak Elly tak pernah pedulikan perasaan mereka "mama dah bagi semua yang korang nak...korang kena belajar pandai2" gitu konsep aku dari dulu. Apa yang Kak Elly tekan kan dalam hidup nak berjaya kena pandai dalam pelajaran sebab Mama dulu tak pandai jadi mama nak anak2 berjaya. Bila anak2 tak dapat markah yang cemerlang Kak Elly akan kecewa dan salah kan diri sendiri. Anak2 menjadi takut dan rasa kurang selesa bila berbincang soal pelajaran TAPI itu duluuuuuuu....now Kak Elly cuba belajar dari kesilapan.

Dalam hidup kita ni yang paling penting adalah kebahagiaan, kecerian dan kesihatan of course Agama adalah tunggak utama dalam segala benda. Dari hari kehari Kak Elly cuba belajar dari kesilapan dan selalu merujuk pada pakar2 dan bukak you tube tentang bagainama handle anak2 yang semakin membesar. Salah satu paberet rujukan Kak Elly adalah nasihat dari Prof Dr Muhaya. Kalau dulu Kak Elly mementingkan A dalam pelajaran sekarang tidak lagi. Kak Elly lebih bersikap terbuka...kalau berjaya Alhamdullilah kerana sekarang focus Kak Elly ingin menjadi Ibu yang terbaik di dunia dan akhirat. Kak Elly inginkan kebahagian, keceriaan dan memberi imej postif utk diri dan keluarga. Tapi bukan perkara yang mudah sebab kita dibesarkan dengan fakta "Pandai dalam pelajaran akan berjaya bila besar nanti"

Kak Elly nak share sikit dengan korang video kat bawah ni supaya kita para ibu sama2 belajar dari kesilapan. 

1. Anak2 yang dibesarkan dengan pujian akan belajar tentang keyakinan diri. Anak2 yang dibesarkan dengan kritikan akan berasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Bila ada perkara negatif dalam diri mereka akan berasa saya tidak pandai, saya tidak bagus terutama sekali bila kritikan dari ibu bapa dan guru2 akan membuat anak2 semakin mundur. 

Contoh perangai aku dulu bila Yaya tunjuk result dalam pelajaran "Apa ni Yaya BM pun boleh dapat B...mama hantar tuisyen Yaya buat apa...susah sangat ker nak belajar" bebel dan terus membebel

but now Kak Elly cuba ubah

"Good job darling takpe Yaya belajar lagi...nampak ni sikit jer lagi nak dapat A. Takpe buat latihan sure Yaya cemerlang nanti" bercakap dengan senyuman. Walaupun hakikat susah utk untuk bersikap macam tu tapi Kak Elly kena cuba 

2. Cuba kaji balik sikap kita. Kalau kita seorang yang suka mengkritik, suka cari salah orang, tidak pernah bahagia, payah nak senyum dan cuba kaji balik bagaimana cara kita dibesarkan. Cuba hentikan ajaran mak dan ayah kita dulu dan belajar dari kesilapan.

Betul dan tepat sekali fakta kat atas ni. Mak dan Bapak Kak Elly dulu jarang tunjukan kasih kasih sayang kepada anak2. Dengan erti lain sayang tapi tak nak tunjuk. Sayang dalam hati jer. Jadi Kak Elly sebagai anak tak tahu tahap mana ibu dan ayah menyanyangi kita. Jarang dapat ciuman dan pelukan dari seorang ibu dan ayah. Bila hari raya pun malu2 nak peluk. Bila tgk sekeling bagaimana orang lain berkasih sayang timbul sikap cemburu. Jadi Kak Elly cuba belajar dari kesilapan yang pernah ibu bapa Kak Elly lakukan dulu. Kak Elly dan En Win besarkan anak2 dengan penuh kasih sayang dan tunjuk kan bagaimana kita sayangkan mereka. Alhamdullilah Mak dan abah pun dah berubah dah tak malu2 peluk dan cium anak2. Jangan salah kan ibu bapa kita mungkin cara diorang dibesarkan begitu.

3. Ada dua perkara penting yang kita perlu ada Penghargaan dan Contoh yang baik
Sentiasa memberi pujian kepada anak2. "Mama bangga dapat anak macma Yaya dengan adik baik, pandai, hormat orang tua"  Kalau kita focus dan mencari kesalahan anak2 salah lah yang akan timbul dan ini punca kemarahan anak2 kepada ibu bapa. Cuba tangkap anak kita buat benda yang betul dan banyak lah benda betul dan baik yang kita akan dapat.

Ya saya mengaku selalu menangkap anak2 buat benda yang salah dan berulang kali marah benda yang sama tapi tetap tak ada berubahan. Kali ni nak cuba tangkap anak2 buat benda yang baik sentiasa beri pujian kepada mereka agar kebaikan ni dia buat berulang kali.

Thanks Prof Muhaya saya akan cuba praktikan. Sikit2 lama jadi bukit. Nanti Kak Elly share lagi ya





Tuesday, March 17, 2015

Gymnastic Ameera


Aku tak sangka dari hantar suka2 tetiba boleh jadi satu aktiviti yang sangat2 serious buat Ameera. Kalau dulu Class Ballet aku suka jer ponteng2...haha tapi class ni jgn berani buat perangai ya.

Latihan gila tough...weekend kena berlatih 3 jam sehari. Belum lagi cuti sekolah tiap2 hari dari 9 pagi sampai 5 petang. Jangan harap nak gi bercuti mana2 sebab budak ni macam2 pertandingan kena masuk nanti. Sampai gi overseas pun ada ya.

Kalau rasa tak boleh bagi full commitment jangan masuk kan anak2 korang. Ini pun aku dah telan2 ailio...aku dah book untuk trip bulan 11 dan 12. Belum bagi tau cikgu lagi...tunggu nanti2 bila ada kekuatan aku bgtau ....hahaha.



Nak tabik spring kat budak2 ni semua. Korang tahu tak kadang2 diorang ni datang class awal terus ambik bola berlatih sambil badan terlentik2. Tak ada istilah gossip dulu sementara cikgu sampai...hahaha. Berlatih sendiri2 kalau ada kawan buat sama2. Tolong each other...gitu konsepnya,



Adoi...dia yang buat aku yang rasa sakit. 

Kena sentiasa berlatih sebab akan ada exam 2 kali setahun. Ini bukan aktiviti suka2 ini aktiviti yang serius sampai aku pun naik risau takut Ameera tak boleh terima. Tapi budak kecik ni macam relax jer...macam tak ada hal berlatih tiap2 hari. Siap cakap nak jadi wakil Malaysia satu hari nanti.....amin

Ini memang sukan kegemaraan Ameera. Kat rumah mmg tak berhenti berlatih. Duduk tak sampai 5 minit tetiba kaki dah letak atas kepala...huiishh ngeri ni.



Kau nengok ngeri tak ngeri...cikgu siap tarik kaki tu sampai belakang kepala. Tapi budak tu relax jer macam tak ada perasaan...hahaha. Aku yang kat tepi mata tak kedip2 pandang siap package telan2 ailio sekali....hahaha.

Aktiviti macam ni anak2 korang kena ada minat. Jangan paksa sebab kalau paksa nanti budak2 tak seronok. 




Waktu aku repost gambar ni...aku siap tag Ameera suh tgk cara diorang berlatih.



Tetiba Cikgu reply yang barisan ketiga tu Ameera. OMG!! terus rasa nak menangis. Tak sangka anak aku sehebat itu. Huhuhu....




Sekarang tengah survey2 nak buat baju untuk exam bulan 6 ni. Mata dah rambang...semua cantik giler. Terus berangan Ameera pakai baju ni sambil nari2 pegang rope...huaaaa cantik nyer.

Untuk semua student Ms Dina selamat berlatih ya walaupun tgh cuti sekolah. Ameera jangan malas2...mama alwiz support u Laling!!

Testimoni Ellfie


Customer Ellfie semua pemalu tak nak share muka utk dijadikan testimoni. Diorang berani luahkan dengan perkataan jer. Alhamdullilah ramai yang bagi feedback berpuas hati dengan Ellfie Essence. Kalau korang happy....kami team Ellfie lagi lah bertambah happy sebab dapat selesaikan masalah kulit yang korang hadapi. 

Ada customer yang berpuas hati terus rekemenkan dekat kengkawan yang lain. Ada jugak satu keluarga yang menggunakan Ellfie dari Ibu sampai lah ke anak2. Sekarang bukan sahaja wanita yang menggunakan Ellfie orang lelaki pun dah mula mencuba   Loose item cleanser dan Toner Ellfie. Ramai yang cakap Cleanser Ellfie menjadikan kulit menjadi lembut dan terasa sangat bersih bila menggunakannya.

Kalau siapa yang baca blog Kak Elly dari dulu mesti korang nampak perubahan kulit wajah Kak Elly. Dulu kalau beli produk pencuci yang mahal2 jer dengan harapan kulit kelihatan cantik menarik. Bertahun ya tak ada sebarang perubahan pun dekat kulit wajah. Kulit tak sekata dan tetap kusam. Now dah lebih 6 bulan Kak Elly menggunakan Ellfie alhamdullilah sangat2 berpuas hati.



Sebelum tidur Cuci muka dengan Cleanser, dap2 Toner disekeliling muka dan akhir sekali sapukan Night Cream. Lepas tu duduk depan cermin senyum2 sebab kulit boleh terasa lembut dan sekata. Pores semakin mengecil.

Tak caya...jap ya



Gambar sebelah kiri tu sebelum menggunakan Ellfie Essence. Jeragat penuh dekat pipi dan hidung. Kulit kusam. Kening pun tak vogue. Waktu ni dah cuba bermacam2 jenis produk yang mahal2.

Gambar kanan tu selepas menggunakan Ellfie. Now boleh senyum bangga. Kalau keluar tak perlu foundation. Tangkap gambar pun tak yah filter2. Kulit dah tak kusam, pores semakin mengecil dan kulit wajah semakin cerah dan sekata. Sekarang ni sangat2 konpiden keluar luar rumah tak perlu menggunakan make up.





Kalau beli set Elffie ni dah ada satu set lengkap. Cleanser, Toner, Day Cream dan Night Cream. Kalau boleh jangan campur dengan skincara yang lain. Guna Ellfie ni korang boleh pakai makeup seperti biasa. Tiada pantang larang.

Cuma siapa yang ada ambik supplement jang lupa minum banyak air sebab hormon kita tak balance nanti. Itu yang jerawat akan keluar kat muka.

Ada juga yang menggunakan Ellfie Essence akan naik ruam kecil dan dimuka. Jangan risau teruskan jer pakai sebab kulit muka kita tak sama ada yang sensitive dan ini juga salah satu proses pemulihan kulit mati. Nanti biji2 merah itu akan kecut dan akan ada peeling sikit. After 2 or 3 week (depends on kulit) kulit akan kembali cantik dan sekata. 


Kalau korang tgk gambar wajah adik kat atas ni dia tak ada langsung masalah kulit. Bila seminggu menggunakan kan Ellfie kulit adik ni ada peeling diseluruh muka...kita bagi semangat supaya teruskan. Ini salah satu proses utk pemulihan kulit2 mati. Selepas 3 minggu muka kembali normal dan semakin sekata, lembut dan berseri. Korang boleh bezakan gambar pertama dan ketiga...no powder ya. Licin jer muka adik ni. Tapi tak semua orang muka akan peeling...depends on kulit masing2.



Testimoni 1



Testimoni 2


Testimoni 3


Bawah ni testimoni utk kulit yang berjerawat




'Started using @ellifiebeauty products. Currently the complexion is clearing up but still long a way to go. So far i am pretty happy with the result. Will continue using and will post the progress and changes'.

Komen dari pengguna yang ada masalah jerawat. Ya...bg yang ada masalah jerawat proses pemulihan mengambil masa sedikit. Korang kena teruskan memakai sehingga jerawat menjadi kecut dan hilang.



Ini salah satu contoh pengguna yang ada masalah jerawat dan telah menggunakan Ellfie selama sebulan. Alhamdullilah semakin berkesan. Jerawat semakin kecut dan hilang.

Bagi yang belum mencuba dan ingin membeli set Ellfie Essence....Wassap/sms 013-2755197.

Harga: RM120.00 (Semenanjung)
RM130.00 (Sabah Sarawak)

*Free Postage*








Monday, March 16, 2015

Di lema seorang Ibu


Giler poyo topik hari ni...padahal dilema yang macam tak dilema sangat pun. Tapi tetap jugak nak share dengan korang walaupun rasa macam..relax lah benda kecik jer pun...haha. Eh! biar arrrr. Siap korang kalau mengata dalam hati.....hahaha

Semua dah tahu yang Kak Elly ada dua orang anak perempuan. Yaya semakin membesar dan semakin tinggi dan dah pandai bergaya depan cermin...gulp. Apa yang Kak Elly buat, pakai, bercakap dia akan cuba meniru. Kalau zaman dulu kalau mak mengamuk tak bagi bercakap dengan lelaki atau berkawan dengan lelaki selalu rasa macam mak tak faham jiwa remaja, kuno nak bergaul dan berkawan ngan lelaki pun kena marah. Relax arrr....bukan buat apa pun bercakap jer punnnn. Gitu hati memberontak.

Now my turn...huaaaa. Next year Yaya dah masuk Sekolah Menengah. Memang tak lah aku bagi dia masuk Sekolah campur. Aku bukan tak percayakan Yaya tapi aku tak percaya kan diri sendiri...hahaha. Budak2 sekarang tak macam budak2 dulu...budak sekarang macam2 benda diorang dah tahu. Eh! tapi dulu pun macam tu jugak kan...huaaaa. Matilah dah start control anak sekarang ni.

Nak cakap control pun ya jugak...aku akan jadi super sensitive kalau Yaya berkawan dengan lelaki walaupun kawan sekolah. Aku nak tahu topik yang diorang bualkan. Aku nak tgk macam mana muka budak lelaki yang diselalu berborak walaupun dalam group chat. Kalau nak keluar study group aku akan ikut dan perhati dari jauh...huaaaa nape teruk sangat perangai aku ni. Ke mak2 mmg memang macam ni.

Kalau boleh tak nak Yaya kawan dengan lelaki...tapi camne sekarang dia sekolah campur...hahaha. Semalam borak2 ngan Filla dia kata jgn control sangat budak2 ni biarkan diorang berkawan. Aku dulu sekolah perempuan bila nampak budak lelaki terus tak keruan terus hati debar2...haha. Eh! aku pun camtu...padahal lelaki dalam bas tu tak pedulikan kan aku langsung. Tapi jantung macam nak jatuh belum lagi muka kebas...hahaha.

Mungkin sebab aku seorang ibu...sekarang pulak kalau tengok berita macam benda yang tak elok terjadi. Kena rogol dengan teman lelaki, lari ke Lombok, jadi pelacur lah...ishhh ngeri. 

Semalam Yaya tanya aku

Yaya: Mama dulu bercinta umur berapa

Mama: Umur 18 jer baru mama bercinta.

Yaya: Tapi Papa cakap dia kenal mama waktu form 3

Mama: ............... (diam buat bodoh jer tak jawab soalan) haha

Ishhh....laki aku ni kan bukan tahu nak menipu. Kang dia ikut bercinta umur 15 tahun camne. Stress ok!! Ramai giler ok orang nak berkenalan dengan Yaya...jadi risau aku. Hari2 balik sekolah mesti dia cite itu ini...aku dengan muka senyum akan jawab "kawan takpe tapi jgn nak lebih" padahal kan dalam hati macam nak jerit "jgn nak ngada2 kawan ngan pompuan jer mama bagi, dengan lelaki NO" tapi dalam hati jer lah...budak2 ni kang kalau control sangat lain pulak jadinya. Tapi camne tu....

Aku dalam dilema tak tahu samada perlu ker aku control atau biarkan dan monitor dari jauh. Dalam dilema nak masuk kan sekolah perempuan sahaja atau sekolah campur. Dalam dilema dengan perasaan sendiri, kena pandai menyusun ayat supaya anak2 faham naluri seorang ibu...ayooo masalah Negara ni!



Thursday, March 12, 2015

Perancangan Holiday


Kalau tahun lepas holiday tak bawak anak2 tapi tahun ni masa utk diorg pulak. Perancangan dan budget ni Kak Elly dah fikir sejak tahun lepas lagi. 

Budget holiday ni semua Kak Elly dah ambik kira dari Flight, accomadation, itinerary perjalanan semua Kak Elly dah sediakan. Buat survey dan mintak bantuan sana sini agar itinerary menjadi lengkap dan tak terover budget. Sekali lagi kitaorg tak ikut package jadi survey tu kena banyak sikit ambik tahu. Ya tak tipu hampir setahun lebih Kak Elly dok survey sana sini.

Perancangan awal ingat nak gi Swiss, Germany, Belgium, Amsterdam, Paris dan London. Tapi bila dilihat dari segi kewangan rasanya tak tercover semua tempat tu. After discuss dgn En Win decided pergi 4 tempat sahaja. Satu tempat blh ambik masa lama sikit utk berehat.

Swiss, Amsterdam, Paris dan London tempat pilihan percutian kali ni. Mengikut perancangan awal ingat nak pergi tahun depan jer bulan 3 tapi cuti sekolah dan exam bulan 3 tahun depan kitaorg tak dapat nak jangka kan. Bincang punya bincang ok gi cuti hujung tahun ni tapi dgn syarat tak blh pergi mana2 percutian sepanjang tahun ni walaupun di dalam Malaysia. Hanya satu jer percutian iaitu hujang tahun ini. Kena kerja keras sikit dan simpanan kena lebih sedikit.




Step pertama book flight. Booked masa Matta Fair. Duit utk flight Kak Elly mmg dah ready kan sejak bulan 12 lagi. Bonus, Dividen Asb memasing tak blh usik kena ketepikan utk duit flight dulu. Jadi duit flight mmg dah prepare awal2. Hanya tunggu Matta Fair sahaja. Bulan 1 hingga bulan 3 kena kumpul duit accomodation dan bulan seterusnya duit transportation, makan dan shopping. Gitu konsepnya...

Now...Kak Elly dalam peringkat book apartment takut bilik penuh hujung tahun ni.

Korang jgn ingat Kak Elly ni kaya blh jalan sana sini..Kak Elly ni jenis kuat semangat kalau nak pergi sesuatu tempat Kak Elly kena lakukan sampai berjaya. Tak dapat pergi tahun ni Kak Elly akan cuba tahun depan sampailah ia dapat dilaksanakan dan ia merupakan satu kepuasaan. Titik peluh dikongsi bersama keluarga....gitu!!




Kali ni En Win tak nak naik direct flight. Dia suh cari flight yg ada transit. Letih duduk lama2 atleast kalau ada transit leh kopi2 sambil berjalan kat airport sementara tunggu next flight.

Entry ni bukan nak menunjuk2....entry ni nak bg korang bersemangat. Apa yg Kak Elly buat of course korang jugak mampu lakukan. Ikut kemampuan kita asalkan impian percutian kita tercapai. Target kena ada...cepat2 Matta Fair semua tgh murah2 ni. Bali cuma RM298 (return ticket MAS). Apa lagi rebutlah peluang!!


Kalau sesiapa yang ada experience gi tempat pilihan Kak Elly tahun ni boleh bagi tips tempat2 yang menarik ya. Leh jugak Kak Elly kongsi dengan reader2 nanti.

Photoshoot Majalah


Dalam dunia perniagaan ni benda yang paling penting kita kena susun dan atur adalah bahagian marketing. Kalau tak buat marketing sampai bila2 lah orang tak tahu apa yang kita niaga kan. Ada marketing yang memerlukan duit dan ada marketing yang hanya menggunakan penulisan dan kata2 sahaja. Depends cara yang mana paling berkesan utk sesuatu produk.

Alhamdullilah...so far perniagaan Produk Ellfie mendapat sambutan walaupun baru sebulan lebih. Order masuk setiap hari...nak ucap terima kasih sangat kat korang sebab percayakan produk Ellfie. Kami bertiga akan berterusan promote produk Ellfie dan InsyaAllah kami akan pastikan produk kami setanding dengan produk2 kecantikan yang lain.

Menjalankan sesuatu perniagaan bukan perkara yang mudah. Kami bertiga mempunyai cara dan idea tersendiri. Pendapat dan pandangan masing2 selalu berlainan. Disini kami kena ada sikap terbuka dan menerima pendapat setiap sorang...kerana masing2 mengeluarkan modal dan mereka berhak utk menyuarakan pendapat. Tapi dari awal kitaorang dah berjanji jangan ada sikap tikam dari belakang. Tak puas hati sila suarakan. Bagi semua pihak dengar dan tidak terasa hati.

Peej dah awal2 cakap dia hanya hendak bekerja dibelakang tabir. Aku dengan Filla yang akan kedepan dan cuba promote sebaik yang mungkin. Tapi tidak bermakna Peej bekerja dibelakang tabir kami ketepikannya...segala keputusan kena ada persetujuan kami bertiga.

Alhamdullilah....minggu lepas aku dapat panggilan dari Majalah Wanita. Mereka bersetuju membantu utk promote kan Produk Ellfie. Kami diberikan satu kolum utk kami cerita kan tentang Produk Ellfie dan kebaikan Produk kami kepada pengguna. Bersyukur sangat....so kali ni tugas aku untuk kedepan promote Ellfie Essence. 



Disebabkan pernah ada sejarah muka pernah menjadi harimau bintang...hahaha. Kali ni kena lebih berhati2 sikit supaya tidak menjadi harimau kali kedua. Of course Kak Elly gunakan khidmat Jijie sekali lagi.



Hasilnya...terus ada rambut gulung2 di tepi. Selfie 80 kali sebab teruja dengan muka sendiri. Bapak aku kat tepi asyik tunjuk isyarat dan muntah atas pinggan...hahaha.



Photoshoot kali ni Mak dan Kak ngah turut serta sempena Hari ibu untuk keluaran bulan May nanti. Kak Ngah pun diberi peluang utk promote butik pakaian yang baru dibuka.



Letih ya sebab Mak tak pandai tersenyum depan camera. Tetiba mak jadi kaku dan senyum macam robot....hahahaha. Dekat 1/2 jam ajar mak cara senyuman yang iklhas. Tak jadi tetap kaku jer. Cuba korang tengok cara senyuman diatas lepas tu salah pandang camera...camno tu....hahahaha




Bila hantar gambar ni kat group terus Filla reply "Ly aku suka sebab kau nampak macam pompuan kayo"...hahaha. Takde kena mengena ya Filla. Kayo dengan jual produk. Kau tunggu turn kau kena photoshoot nanti.



Ini gaya ala2 wanita bekerjaya. Wah! hebat sangat ni.



Dan akhir sekali dengan gaya yang lebih santai.

Ok nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Majalah Wanita kerana bagi kami peluang dan ruang utk kami promote kan Elffie Beauty. Thanks jugak kat Jijie sebab datang awal pagi make up kan kami bertiga. Korang jangan lupa beli ya ada hadiah menanti.