Nuffnang Advertisement

Friday, February 27, 2015

3 hari jer lagi


Salam Jumaat!!

Saja kacau korang pepagi ni....nak remind Ellfie Promotion tinggal 3 hari jer lagi. Bermula 1st March Ellfie akan kembali kepada harga asal iaitu:-

RM120.00 (Semenanjung Malaysia)
RM130.00 (Sabah & Sarawak)



So sesiapa nak order cepat2 ya!!


  
Ramai yang tanya pasal KKM. Alhamdullilah Selasa lepas Ellfie Essence dah berjaya dapatkan no kelulusan KKM utk keempat2 produk kami.

Ellfie jugak selamat digunakan untuk ibu2 yang mengandung cuma perlu diingatkan hormon orang mengandung ni berlainan sikit ada yang sebelum pregnant muka bersih tetiba bila mengandung penuh jerawat dimuka. J

Kat bawah ni Kak Elly nak share sikit testimoni yang Kak Elly dapat minggu ni. Nanti kalau free Kak Elly share lagi testimoni ya.


 

Kulit nampak cerah dan sekata  selepas 3 minggu menggunakan Elffie. Tak perlu pakai foundation bila keluar sekarang ni. Kulit semakin lembut dan sekata.



Muka dah tidak berminyak lagi. Kulit muka banyak menunjukan peningkatan. 


Customer ni mula2 pakai agak agak berat hati untuk meneruskan memakai Elffie Essence sebab muka naik merah2 dan peeling. Kak Elly mintak teruskan..mungkin kulit agak sensitive dan ini juga salah satu proses pemulihan kulit mati. Biji2 merah yang timbul dimuka akan kecut dan ada peeling sikit. After 2 - 3 weeks (depends on kulit) kulit akan menjadi sekata. Kalau sesiapa yang ambik supplement makesure kena minum banyak air ya.

Alhamdullilah setelah 3 minggu...pengguna ini sangat berpuas hati dengan kulit mukanya sekarang!!

Ok..Kak Elly chow dulu...minggu ni bukan main boss bagi kerja melambak giler..

Tata


Monday, February 23, 2015

Happy Birthday to me!!


Elly dengan drama tangisan tidak dapat dipisahkan. I feel so sad (sedih dalam kegembiraan) tak sangka ramai sangat orang sayang Kak Elly. Alhamdullilah Kak Elly dikelilingi orang yang baik2 dan sentiasa menyokong Kak Elly.

Syukur alhamdullilah tahun ni genap umur Kak Elly 38 tahun. Semoga tahun ini di permudahkan segala2nya, diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang taat kepada ibu bapa, isteri dan ibu yang solehah utk anak2 dan suami dan dijauhkan dari musuh dan perkara yang tidak baik...amin.



Ini lah nyawa saya. 

Tahun ni tak seperti tahun2 yang sebelum nya. Kalau dulu tak dapat hadiah jer terus sentap, tunggu jer bila En Win nak bagi bunga, tunggu jer bila mak nak call, tunggu jer bila anak2 nak bagi kad ucapan..kadang2 tertunggu suprise dari kengkawan....hahaha

Tapi bukan untuk tahun ni...Kak Elly tak mengharapkan apa2 dari mereka cukup lah sekadar keluarga ada disisi. Kak Elly rasa faktor usia ni....hahaha. Suami dan anak2 hug and kiss pun dah rasa cukup2 dihargai...sah faktor umur...hahaha.

Malam tadi just gi keluar makan2 macam biasa tak ada apa pun yang special. Kelam kabut balik sebab nak tgk Anugerah Meletop. Tepat kul 12...dapat cium dan nyayian dari suami dan anak2. Terus loncat2 kegembiraan. Tak sibuk pun nak tiup lilin atau cari hadiah atas katil.



Tapi tetap dapat ni....OMG!!! En win dah pandai cari hadiah...hahaha. Walaupun tak ada cake cuma pinggan sahaja Kak Elly tak kisah janji itu barang saya suka....huaaaaa I lap u Pa. Tahu jer isteri suka selfie, kagum sekejap sebab Gopro ni Kak Elly minat dah bertahun2 tapi bila mintak En Win buat dek jer macam tak dengar apa2. Rupanya tahun ni dia beli....suka3.

Untuk korang semua...thank you soooo much. Awal pagi dah menyanyi awal pagi dan wished Kak Elly. I is terharu!!

Thanks korang!!

Wednesday, February 18, 2015

Meeting


Last Sunday aku, Filla dan Peej awal pagi dah berjumpa untuk kitaorang discuss pasal Ellfie. Apa yang patut buat dan apa yang patut perbaiki. Sebelum meeting kena breakfast dulu kalau lapar otak aku tak boleh berjalan. Breakfast pun kena omputih baru terasa hebat dan terasa diri macam org kayo2...hahaha.


Anak2 aku mintak En Win jaga haritu. Bukan senang kitaorang bertiga dapat kumpul bersama2 sebab masing busy dengan kerja dan urusan keluarga.



Lapar pulak bila tengok balik makanan kat atas ni.

Mungkin aku dah lama kerja secretary, jadi bila sebut perkataan meeting aku akan jadi serious. Aku akan prepare segala paper work, file2 resit, cheque book dan minutes. Tapi budak dua orang ni bila aku cakap nak ambik minutes mtg nanti muka diorang senyum2 tapi tak nak pandang each other takut tergelak...tampar kang.

Ya aku mmg serious...budak berdua ni selalu nak senyum kalau muka aku skema tapi takut nak gelak terutama peej...aku blh nampak hidung dia kembang2. Lepas tu muka Filla buat2 pandang tempat lain sebab nak tahan gelak...hahaha. 

Di sebabkan diorang macam kartun aku kena ikut sekali jadi kartun tu yang gelak sampai nangis2.



Actually banyak benda yang kitaorang discuss. Berapa banyak nak kena restock set Ellfie, discuss pasal agent, discuss feedback dan testimoni customer. Satu2 kena kupas dan satu2 kena selesaikan.

Insyaallah bulan depan Ellfie Essence akan start jual loose item dengan botol yang agak besar sedikit dari set. Alhamdullilah sambutan Skincare Ellfie agak baik. Terima kasih korang. Insyaallah kami akan beri service yang terbaik kepada pelangan.



Settled meeting...tolong Peej pack barang2 Ellfie untuk pos hari Isnin. Kesian Peej kena buat sorang2 tu yang berpeluh sampai ke pusat...hahaha. Masing2 ada tugas yang telah kitaorang bahagikan so kalau ada kelapangan kitaorang turun padang bantu apa yang patut. Apa yang penting kerjasama!!



Settled....tinggal nak pos jer Isnin tu.

Untuk order Ellfie Essence boleh wassap/sms 013 2755197. Harga promotion tinggal sehari jer lagi...cepat!! cepat!! sebelum terlambat.


Tuesday, February 17, 2015

Bonyok


Hari ni tak rasa nak bercakap...phone bunyik pun pandang jer. Segala2nyer malas. Rasa macam nak letak jer kepala atas meja, tapi takut boss dgn anak boss nampak pulak. Kang tak dapat bonus raya.

Dari tadi pandang jer computer lepas tu pilih lagu jiwang....lagi buat hati sayu tanpa sebab. Lepas tu rasa macam nak nangis..terkebil2 tahan air mata. Rasa malas nak bercakap, rasa malas nak berfikir...cuma nak diam jer hari ni. 

Mood ceria tak ada dalam diri hari ni...makan pun sorang jer tadi sebab malas bercakap. Diam jer termenung sana sini. Lepas makan terus masuk bilik air....ooo rupanya saya Period. Penyakit orang perempuan setiap bulan.


Monday, February 16, 2015

Hard Rock


Sabtu lepas macam teringin nak makan tempat best2...nak pakai baju lawa2 sikit. Nak makan proper yang bercakap pun tak leh jerit2...hahaha. Ingat nak keluar lunch time tapi Yaya pulak ada replacement class tengahari tu. Sudahnya makan kul 2.30pm nak menggigil perut aku.

Dah jarang makan tempat best2 dan tak sekerap macam dulu..kalau dulu tiap2 minggu mesti ada jer tempat baru aku cari. Tapi lately ni rasa macam membazir pulak...harga barang semua dah naik. Memang terasa sangat kalau order Mcdonald Delivery pun RM50.00 mesti terbang gaks. Mungkin juga faktor usia yang prefer masak dirumah dan malas nak keluar sebab kena pakai baju cantik2...rasa nak bersolek tu alahai malasnyer...

Semakin budak2 ni dah besar semakin banyak plan aku kena aturkan...jadi mmg kena pandai sikit aturkan kewangan. Tak sabar tunggu Matta Fair bulan Mac ni...hehehe



Haritu decide makan kat Hard Rock Cafe. Tak ada orang pun mungkin sebab dah lepas lunch hour.



Budak berdua yang kejap baik kejap lagi kang salah sorang mesti kena cakar kat muka atau tangan. Bergaduh jer kerjanya. Elok2 tengah praktis menari bersama tetiba aku dengar kakak debuk belakang adik dia puncanya menari tak ikut step jer...hahaha.

Adik ni banyak hal sikit...perangai dia mmg boleh buat hati aku meletop terbakar. Hari tu aku suh dia mandi...dekat 1/2 jam tak keluar...senyap jer bunyi air pun aku tak dengar. Eh! pengsan ker budak ni...aku pun main terjah jer lah bukak pintu tu...korang tau tak apa yang aku nampak. Dia tutup lobang air tu dengan baldi lepastu dia biarkan lantai penuh dengan air dia boleh berenang2 kat lantai tu...huaaaa. Aku cite lah kat Peej anak aku perangai macam tu...Peej cakap dia kecik2 pun berenang kat lantai gaks....hahaha.

Haritu satu rumah bau telur rupanya dia ambik 5 bijik telur pecahkan kat toilet bowl...kulit telur tu dia sorok kan kat bilik air. Mmg busuk lah satu bilik....aku kalau tak larat marah aku saja api2 kan En Win bagi dia naik hantu. Bila En Win dah naik hantu keluarkan tali pinggang aku pulak yang takut...terus suh budak2 tu lari...hahahaha. Pitam kan...

Yaya ada satu perangai yang suka tukar2 baju...bila dia tak tahu lipat balik nanti dia campak bawah katil...campak belakang almari. Suka hati jer main campak2...sesekali kena sport check ngan aku mmg kena lah. Ayooooo macam2 hal!!



Ini pun degil gaks dari haritu aku suh potong kumis tu...dia buat tak tahu jer. Hari tu senyap2 gi beli sikap warna oren tu lepas tu saja jer sikat kumis tu depan aku...pitam sekali lagi. Lantak lah korang malas aku layan....



Burger ni besar sangat so aku ngan abg kumis share berdua...kumis pun tetap romantik gaks makan bersuap2 lagi...aaauuuww



Potato skin share reramai



Adik order Macaroni and Cheese



Paberet Yaya mmg Chicken jer lah.

Ok itu jer nak cite...hahaha

*********************************************************************************




Jom dapatkan Ellfie Essence sebelum harga promosi berakhir. Last promotion price RM110.00 Semanjung / RM120.00 Sabah Sarawak. Sebelum 18 Feb ini. Untuk order Wassap/sms 0132755 197.






Friday, February 13, 2015

Adik


Aku pening betul budak kecik ni...sejak masuk gymnastic dia tak reti duduk diam. Habis semua sudut dinding dia pergi lepas tu lekatkan badan kat dinding...yang kaki kat atas kepala kat bawah tu.

Lepas tu dah tak jalan guna kaki melompat jer yang macam bintang berpusing2 tu. Seminit pun dia tak diam ya....sambil tengok tv pun blh split kaki tu. Kadang2 naik rimas aku ngan budak ni. Serius dia tak berhenti buat aksi walaupun seminit. 

Kalau aku mengamuk suh dia berhenti...sekejap jer lah nanti dia buat balik. Kalau buat homework 5 minute tulis lagi 5 minute melekat kat dinding...huuaaaaa kau kenapa Dik.

Kadang2 En Win bising gaks sebab aku membebel, En Win suh biarkan. Itu minat dia biar lah dia nak buat apa. Aku pun tak ada lah kisah sangat tapi ni celik jer mata terus badan terbalik2.

Kelas gymnastic setiap hari Ahad...dia kata nak tambah kelas lagi. Nak masuk 2 hari pulak..ok lah dari kau terbalik2 badan tu kat umah baik gi kelas Dik.



Baju ni asal balik sekolah cepat2 mandi nanti dia pakai sambil buat homework.



Macam ni lah aksi dia sambil tengok TV



Mula2 waktu dia buat aksi ni aku teruja lah tapi kalau ulang 80 kali naik pening aku.

Tapi aku tak ada marah ker apa cuma suh berhenti sekejap sbb tak tahan nengok badan nyer. 



Kadang2 bila dia buat aksi2 gymanastic aku tepuk tangan tu kuat2 bagi dia naik semangat...nanti lagi lah dia buat macam2 aksi lagi....hahaha



Dah minat kena lah sokong....walaupun kena menghantar dan menunggu Adik berlatih. Nak balik dan tinggalkan dia kat class gymanstic tu tak sampai hati sebab parent yang lain semua ada kat situ bagi sokongan.

Selagi dia minat aku akan hantar...takpe mama sangat menunggu walaupun kelas 3 jam. Walaupun kadang2 mama yang teruja dan tersenyum sorang2 kat situ bila nengok adik pandai terbalik2 kan badan.

Silap haribulan aku pun join kelas ni nanti....hahahah


***************************************************************************


Dah tahu lebih lanjut tentang Ellfie boleh click Ellfie Essence 

Wassap/sms 013-2755197 untuk sebarang pertanyaan dan untuk order set Ellfie skincare.



Thursday, February 12, 2015

Bukan senang nak cari duit


Sejak aku decide nak buat perniagaan online...aku dah tahu kehidupan aku akan berubah. Aku akan menjadi super duper busy. Tanggungjawab yang aku pikul akan bertambah...pekerja kepada seorang boss, ibu kepada anak2, isteri kepada Abg Toyib, Boss kepada MG Movers dan Share partner Ellfie. So aku kena bersikap adil dengan setiap pekerjaan yang aku lakukan. Orang mungkin nampak kita selalu tersenyum tapi orang tak nampak dekat belakang aku terkejar sana sini.

Lumrah kehidupan....ada orang mungkin rasa selesa dengan satu pekerjaan...tak suka kehidupan yang sibuk dan keletihan. Tapi aku memilih untuk mencari duit lebih dan bekerja lebih masa. Penat jangan cakap lah kadang2 mata sampai tak boleh buka tapi tangan still bekerja. Sementara Allah beri rezeki kena bekerja kuat sikit.

Dua tiga hari ni aku keletihan tahap gaban..rasa bila sampai rumah nak campak beg terus telentang atas katil membuta sampai mulut terbuka...heaven kan!! hahaha. Aku tetap lah buat sampai rumah terus baring kat sofa...mata terpejam tapi otak berfikir "Eh! apa budak2 nak makan balik sekolah nanti" huaaaa terus seret kaki masuk dapur.

Aku tak nak Abg Toyib bersuara sebab dia dah bagi aku peluang untuk berniaga...kang asyik membuta jer pitam pulak kena sound nanti. So aku kena kuat kan diri kena jalankan tugas macam biasa. Walaupun hanya tuhan jer tahu betapa penatnya aku. Itu belum lagi Abg Toyib ajak tengok wayang atau keluar minum malam2...rasa nak menitis air mata sebab tak berani nak cakap TIDAK...hahaha

Kalau aku penat sangat aku akan fikir kengkawan yang lain. Bayangkan Peej yang tengah balut dan tulis seorang diri sambil peluh menitis2 di dalam bilik...bayangkan muka filla yang drive jauh2 untuk ambik stock dan pack kan barang2 Ellfie. Kalau cite pasal penat semua orang penat kot...kata nak duit lebih jadi kena lah buat...ya dak.

Emosi kena control...muka tak boleh bonyok, kena jawab soalan anak yang bertubi2 dengan senyum walaupun rasa macam nak jerit 'diam arr'...hahaha. Kena layan dan hidangkan makanan En Win walaupun dalam hati "U makan ya I nak tidur dulu". Kena kemas bilik dan dapur cantik2 sama macam aku tak busy dulu. Walaupun dalam hati "boleh tak esok jer basuh...esok jer kemas" huaaaaa. Kena hantar anak tuisyen walaupun dalam hati "boleh tak korang ponteng hari ni" hahahaha. 

Tapi sebelum start berniaga dah janji dengan anak2, suami dan kawan2 busy cuma boleh weekdays jer sebab weekend nak berehat kaw2. Weekend hari untuk bersama keluarga...no wassap, no email, no Ellfie...gitu



Budak berdua ni semalam buat hal dia ingat aku tak tahu agaknya...saja jer aku buat bodoh nak tengok akal diorang sampai mana.

Ipod dan Ipad aku akan rampas bila time sekolah...normally cuti sekolah jer aku bagi balik. Tapi semalam agaknya budak berdua ni tak boleh tidur dalam pukul 12 malam aku blh dengar ada benda merangkak kat tepi katil bilik aku...rupanya budak berdua sudah ambik handphone En Win bawak kat bilik diorang. Aku malas nak sergah kang kalau terperanjat terbaling pulak handphone laki aku.

Aku diam kan dalam kul 12.30 bunyik merangkak lagi sebab diorang pulangkan handphone tu balik...hahaha. Malam ni korang buat lagi korang siap...semalam mama baik hati malas nak membebel malam2. Jadi malam tadi korang selamat...malam ni berani buat lah...aku nak stand by hanger baju kat tepi katil.




Ni lagi sorang Abg Toyib kalau aku membebel kat anak mesti dia marah aku balik cakap aku macam nenek suka bercakap. Cakap sekali jer Ma tak yah ulang 80 kali...nyampah!!

Dia ingat aku suka sangat kumis kat bibir tu...I bg u berkumis sampai ahad ni jer...I don't like ok!!



No..No..No I don't like kumis halus. 



Korang buat lagi perangai merangkak malam ni korang mmg kena hanger lah jawabnya. Adoi...macam2 perangai korang ya!!


*********************************************************************



Whatapp/ Sms bagi yang belum dapatkan Ellfie 013-2755197


Wednesday, February 11, 2015

Karaoke


Aku pun tak ingat bila gi Karaoke ni tapi hari cuti lah. Boleh jer kalau nak check tarikh kat calender tapi aku malas...lagipun bukan penting pun...korang bukan nak tahu sangat pun kan. Jadi baca jer lah ya...kalau aku tipu atau gebang pun korang bukan perasan pun...kahakah. Tak2 Kak Elly tak tipu itu berdosa ya.

Sebelum Kak Elly start bercerita nak share sikit ngan korang about Ellfie. Ramai dok wassap tanya mana lebih bagus Tabita ker Ellfie... mana lebih cepat cantik? eh! melampau sangat soalan korang ni...hahaha. Jawapan dia korang boleh refer kat sini Mana lagi best . Baca entry Peej supaya korang dapat bezakan Tabita dengan Ellfie yek. Jawapan ikhlas dan jujur dari adik peej.

Berbalik cite karaoke ni...agak susah sikit nak berkumpul ramai2  memasing busy jer memanjang. Bini2 ok jer...Laki yang selalu sibuk. Sesekali dapat berkumpul marilah kita menyanyi sambil melepaskan tension. Bukan lah tension sangat cuba letih ke sana sini uruskan hal produk Ellfie.



Harus melantak dulu sebelum menyanyi. Dah kenyang aku orang pertama menghiburkan teman2 walaupun diorang tak pedulik langsung nak dengar suara aku ...beriya2 aku nyanyi lagu Gerimis Mengundang diorang buat dek jer...nyampah. Penat aku tarik2 sampai tegang urat leher...fine!!



Aku malas nak cakap...dia ingat guna 2 mic suara bertambah merdu. Idok yer Ben tetap kelaut...Nora bagi 2 bintanggg saja untuk persembahan kali ni.



Adoi...ni lagi sorang. Mula2 dengar suara Radie aku ngan Peej dah kembang2 hidung nak gelak. Bukan tak sedap tapi lain bebenor dengan suara bercakap. Radie kalau nyanyi lagu Jamal suara sebijik macam Jamal. Kalau nyanyi lagu Sudirman..eh! tetiba jadi Sudirman pulak...haha



Filla tak nyanyi langsung...sejak Ben bagi dia 1 satu bintang jer dan tak layak kepusingan seterusnya terus dah tak nyanyi2 dah...hahaha

Kitaorang bantai nyanyi dari kul 8 sampai 12 malam. Hambek sampai dah tak ada lagu nak pilih.

Gambar tak banyak ambik hari tu sebab memasing sibuk makan dan pilih lagu...jadi ini jer lah yang sempat Kak Elly share.


*************************************************************************
Ellfie Essence



Kalau tak ada Ben yang menolong angkut barang2 ni lambat lah barang korang sampai nanti. Terima kasih Ben. Selipar pun tak sempat sarung betul2...Saya sangat terharu. 


Siapa yang belum dapatkan Ellfie jangan lupa wassap/sms 
013-2755 197

Rahsia Rempah Maggi Kari


*scroll down for new entry*

Sabtu lepas Kak Elly dijemput oleh Maggi ke Spice Arena, Penang. Sempena World Curry Festival. Of course laju2 setuju...kali ni Kak Elly pergi sorang jer sebab En Win kena uruskan budak2 tuisyen.



Seawal 11.00 pagi Kak Elly dah sampai di Subterranean Penang International Halal Expo. So ada masa lah jalan2 dulu sementara menanti show yang akan disediakan oleh Maggi.



Sebut jer pasal Maggi, Kak Elly rasa semua orang tau kan. Dari kanak sampai orang tua. Maggi lah penyelamat di kala kelaparan. Mudah dan cepat disediakan. Maggi perisa Kari adalah kesukaan Kak Elly dari dulu sampailah sekarang. Kejap lagi Kak Elly nak share rahsia rempah Maggi Kari.

Waktu tengah kesibukan tak sempat memasak mmg Maggi akan di capai dulu...waktu duit tengah dihujung tanduk pun Maggi jugak lah penyelamat dunia...hahaha. 

Ingat lagi zaman belajar....stock Maggi ni mmg tak putus dalam almari. Kadang2 satu mangkuk share 4 orang. Makan pun tak boleh cut line kena sesudu sorang...hebat kan!!  Kalau ada duit lebih sikit share beli telur sebiji pecahkan kat dalam Maggi berebut2 tarik sudu..sampai melecur lidah lah.



Bila dapat jemputan dari Maggi dan Maggi nak kongsi rahsia tentang rempah kari resepi terus rasa bangga sangat...Meh la Kak Elly bawak orang ronda2 kat PIHEC ni dulu.



Ini  keluaran terbaru Maggi 'Penang Seafood Curry'. Sedap dan lemak. Ok boleh letak dalam senarai list barangan tiap2 bulan...hahaha



Ini tak payah diperkenalkan lagi 'Maggi Kari' kesukaan ramai. Kalau gi travel especially overseas mmg dah siap2 beli maggi cup kari. Penuh satu beg...bekalan diwaktu lapar dan penjimatan yang luar biasa...hahaha 



Sekarang kita tinjau di bahagian dalam pulak...dari jauh dah nampak booth warna kuning.



Staff2 yang sangat peramah...sambil membeli orang ramai blh cuba permainan yang disediakan. Kalau pandai pusing boleh dapat mangkuk dari maggi, Maggi Cup dan hadiah2 yang lain.



Cara masak Maggi dulu dan sekarang pun dah jauh berbeza. . Kita dulu2 masak maggi kosong atau paling hebat pun letak telur jer. 

Tapi sekarang dah macam complete meal siap letak telur, sayur, ayam, fish ball dan macam2 lagi. Har.. walaupun rasa makanan tu penting, tapi yang lebih penting lagi kita perlulah amalkan amalan pemakanan yang penuh seimbang. Jadi ibu bapa kat luar sana jangan risau kalau anak2 anda memilih Maggi untuk makan setiap hari.



Pengujung yang datang pada hari itu juga akan diberikan layan yang istimewa. Kepada pengunjung World Curry Festival anda berpeluang menikmati promosi "Anda beli, kami masak untuk anda"  Jangan risau kalau terlepas peluang ini, kerana event Anda Beli Kami Masak akan diadakan sepanjang tahun di rata-rata hypermarket, supermarket dan juga di event-event special. Kalau nak tau, pergi je Facebook Page MAGGI untuk maklumat lanjut



"Maggi Kari pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia"



Kak Elly juga diberi peluang bertemu dengan Chef Muluk. Nampak tu muka penuh tekun bila mendengar penerangan dari Chef Muluk tentang cara2 penyediaan maggi dengan betul.



Chef Muluk juga berkongsi rahsia rempah kari Maggi dan cara2 masakan yang sebenarnya hingga ia menjadi perencah kari Maggi yang sungguh lazat.



Kak Elly diminta meneka rempah ratus yang digunakan dan ternyata Kak Elly mmg hebat dan bijik meneka rempah ratus yang digunakan.....hahaha.



Rahsia Rempah Maggi Kari

Ini lah rahsia kandungan dan cara pembuatan perencah kari Maggi Kari. Cara penyediaan rempah kari ini sama dengan cara masakan ibu2 kita dirumah

Cili Sebenar
Kalau tak ada cili, tak jadilah kuah Kari. Maggi kari menggunakan cili sebenar yang dipetik segar.

12 Rempah 
Kari yang sempurna adalah kari yang lengkap rempah ratusnya. Sebab itulah Maggi memilih 12 jenis rempah dan setiap satunya memberikan aroma, rasa dan kenikmatan kari sebenar. Antaranya ada lah bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga, lada sulah dan lada hitam

Di masak sampai pecah minyak
Cara masakan kari tradisional dirumah memang rumit dan prosesnya agak lama. Bahan2 akan ditumis sehingga pecah minyak untuk membangkitkat aroma dan rasa kari, seperti masakan ibu-ibu kita. Cara yang sama jugaklah digunakan untuk membuat perencah kari dan diproses sehingga menjadi serbuk kari sebab itulah Maggi Kari menjadi pilihan sejak dulu lagi.



Chef Muluk menerangkan kepada pengunjung tentang rempah ratus yang digunakan dan proses penyediaan sehingga lah menjadi perencah Maggi kari.



Selepas penerangan diberikan oleh Chef Muluk. Pengunjung diberi peluang untuk menyertai kuiz yang disediakan oleh Maggi. Meneka rempah ratus yang ada dialam botol yang bertutup dengan hanya menggunakan deria bau sahaja. Jika berjaya meneka hadiah akan diberikan.



Staff2 Maggi



Semuanya berjaya meneka dengan tepat sekali



Korang kena cuba beli dan rasa 'Penang Seafood Curry" ni. Dah cuba sekali mesti nak lagi. Serius mmg sedap sebiji rasa mee kari Penang.



Maggi ni mmg kesukaan kanak2...kalau Kak Elly dulu mmg berebut2 dengan Kakak. Dulu tak berani masak sorang satu bungkus takut mak bising jadi share lah makan adik beradik dan selalunya Kak Elly yang dapat paling sikit sebab kecik lagi....diam kan jer lah kang kalau melalak semua kena sebat langsung tak dapat makan. Sambil makan sambil nyanyi "Mee Maggi senang masak...lazat di makan" Eh! betul ker lagu tu....hahaha



Complete Meal...semua ada. Ayam, telur, udang, fish dan sayur. 



Seterusnya Maggi mengadakan pertandingan memasak Maggi untuk pengunjung. Kacang sangat ni...masak sambil pejam mata pun boleh. Harus join pertandingan memasak ni...mmg boleh dapat tempat pertama lah....haha



Sebelum pertandingan bermula...Chef Muluk menunjukan cara memasak Maggi Kawen. Korang dah cuba tak Maggi Kawen. Kak Elly belum pernah cuba lagi. Cara masak Maggi Kawen ni mudah jer...masuk kan air kedalaam periuk sebanyak 370ml. Lepas tu masuk kan separuh perencah kari dan separuh perencah asam laksa. Lepas tu korang boleh lah masuk kan bahan2 lain seperti ayam, sayur ataupun udang. Gitu cara masaknya. Mudah dan lazat. Maggi Kawen ni juga amat sesuai untuk hidangan 2 orang, sebab korang boleh combine je mana-mana Maggi 2-Minute Noodles untuk hasilkan resipi Maggi Kawen yang baru.



Naik jer atas pentas tiba2 muka rasa kebas...kaki gigil2. Eh! apa hal ni setakat masak Maggi pun nak mengigil satu badan. Kang kalau Chef Muluk rasa tetiba maggi rasa tak sedap camne...malu lah I



Takpe2 kita buat lawak sikit ngan Chef bagi dia suka dan up sikit markah...hahaha



Peserta yang bertanding



1,2 mula....

Itulah rupa decoration Maggi Kak Elly...cantik ker idok. Korang jangan nak senyum2 ya...



Dah tunjuk very good ada peluang menang ni!!



Tapi Chef lebih tertarik dengan pinggan di sebelah



Mmg nampak lagi meletup dan lazat...ok anda layak menang. Syabas orang sebelah!!

Kak Elly nak ucapkan terima kasih kepada Maggi kerana memberi peluang kepada Kak Elly untuk sama2 menyertai World Curry Festival di PIHEC dan telah berkongsi Rahsia cara memasak Rempah Maggi Kari. Thank you so much.