Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 30, 2015

Mattress Cleaner Mite Catcher

Hari tu Kak Elly janji nak share ngan korang kan tentang produk terbaru dari Sharp 'Mattress Cleaner Mite Catcher'. Sebelum tu nak tanya korang dulu. Korang tahu tak apa tu Dust Mite??? dalam bahasa melayu kita panggil Kutu Hama. Dengar perkataan kutu jer pun dah rasa kepala gatal2..haha.




Ini lah rupa "Dust Mite" kalau dibesarkan. Dust Mite ni tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Dust Mike ni selalunya akan berada di tilam, sofa, bantal, carpet, soft toys, perabot dan bermacam2 tempat lagi. 

Korang pernah tak baring kat tilam, duduk kat sofa atau carpet ker tiba2 rasa badan gatal2. Padahal baru jer korang korang vacuum carpet atau baru jer tukar cadar. Still badan nanti naik merah2.  En Win punya kulit sangat2 sensitive. Kadang2 baring tak sampai 5 minit badan dia dah bengkak2 merah. Dust Mite ni dia lagi cepat grow sebab diorang makan kulit kering yang jatuh kat katil-katil dan karpet.

Dust Mite ni boleh menyebabkan penyakit kulit seperti Ezcema, Allergy dan Asma. Ingat lagi kalau dulu2 mak aku siap jemur tilam, carpet semua untuk hilang kutu hama yang terlekat. Siap tepuk2 lagi dengan rotan. Tapi sebenarnya kaedah tu tak berjaya sebab dust mite masih berada disitu. Korang basuh lah cadar beberapa kali pun tetap dust mite ni tak akan hilang. Kesian kat anak Kak Elly bangun bagi2 boleh dengar diorang bersin berulang kali. Ingatkan selama ni udara tak bersih. Rupanya ini adalah kesan dari Dust Mite allergy
                                                                           
Korang tahu tak kat tilam yang korang tidur sekarang ni ada dalam 2 million dust mite berkeliaran...eeeeee takutnya. Tu belum lagi kat bantal dan sofa. Takut kan dengar tapi disebabkan kita tak tahu kewujudan hama ni tu yang buat tak tahu jer. Sekarang korang dah tahu kan jadi marilah kita menghapuskan nya agar kehidupan kita sekeluarga semakin sihat dan dijauhi dari penyakit2 yang merbahaya.


  
Ini lah dia produk terbaru dari Sharp 'Mattress  Cleaner Mite Catcher". Vacuum ini dapat membantu membunuh dust mite yang melekat di tilam, bantal, sofa, curtain dan soft toys anak2 anda.




Sangat ringan dan mudah digunakan. Pasang dan tekan butang 'Auto' tu dan korang boleh vacuum ditempat2 yang Kak Elly sebutkan tadi.



Bila tekan button Auto tu tadi lampu warna oren tu akan menyala.



Di sofa bed. Teknologi Plasmacluster juga membantu dalam menghapuskan bau yang tidak menyenangkan kat katil korang.



Anak2 pun boleh menggunakan Mite Catcher kerana ia ringan. Rasanya berat vacuum ni dalam 2.7kg jer. On kan sahaja button tu dan vacuum lah tilam dan bantal korang sendiri.



Mudah sangat guna alat ni. Pastikan korang vacuum di setiap tempat dan sudut




Macam mana nak bersih kan Dust Mite yang terlekat di Vacuum ni. Mudah sangat cara dia. Tarik Button ke atas dan cabut botol kat muncung vacuum tu.







Bukak penutup botol tu dan basuh segala kotoran yang terlekat. Sangat2 mudah.



Mite Catcher juga sangat mudah untuk disimpan. Saiz vacuum ni tidak terlalu besar dan tidak mengambil ruang yang banyak untuk disimpan.

Kak Elly mmg rekemen sangat korang beli Mite Catcher ni especially yang ada ramai anak kecil dirumah. Cegah sebelum Dust Mike ni semakin merebak.

Kalau korang berminat nak ambik tau lebih banyak tentang produk ni, boleh lawati roadshow-roadshow di bawah ni:
Roadshow: PERFECT LIFESTYLE
Tarikh: 1hb - 3hb Jan 2016
Lokasi: Mid Valley Exhibition, Hall 2, Booth No. 2103
Dealer: Total Image Marketing

Roadshow: M BARTER FAIR
Tarikh: 5hb - 6hb Jan 2016
Lokasi: Sunway Convention Centre
Dealer: Total Image Marketing

More info korang boleh click https://www.sharp.com.my



4 comments:

TwentyTwo said...

Nape anak and mak nampak sebaya je? tak boleh jadi ni..kena mnta tips awet muda kat akak..

Fauzan Ahmad said...

This is scary, but thanks :)

http://cric48.blogspot.dk/

kyo noni said...

cantik blog dan gambar

Steven Bruce said...

I really enjoy reading your blog as the postings are so simple to read and follow.Please keep it up. Thanks.
Mattress cleaning