Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 23, 2015

BUSY SAMPAI RASA NAK MERANGKAK JER


Balik jer bercuti jadual mmg penuh giler sampai hujung tahun ni. Tak ada rest langsung. Nak kena achieve target ni. Sikit jer lagi...insyaallah Ellfie Team boleh!! 


Rasanya semua dah tahu kitaorang pilih Eira Syazira sebagai Duta Produk untuk Ellfie Beauty. Alhamdullilah...so far kerjasama yang diberikan sangat baik. Banyak rancangan untuk tahun depan kalau boleh nak seluruh Malaysia termasuk Singapore dan Brunei tahu kewujudan Ellfie Beauty. Banyak feed back dari pengguna berpuas hati setelah menggunakan skincare Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum...alhamdullilah. 

Plan untuk tahun depan kitaorang dah mula bincang. Tahun depan mmg nak turun padang buat exhibition seluruh Malaysia nak perkenalkan lagi Ellfie Beauty. Semoga diberikan kekuatan untuk Ellfie Team. Tapi bila dah susun semua perancangan aku, Peej ngan Filla rasa nak muntah tgk jadual. Masing2 termenung lepas tu pandang muka masing2 dan hanya mampu tergelak jer. Kerja giler ni....hahahaha

Peej: aku nak ambik cuti bulan 4, nak gi pantai dengan Nonoy
Aku: Ok jom..gi mana
Peej: Eh..aku ada cakap ker nak ajak kau
Aku: Eh! tak ajak ya...hahaha

Kalau dulu bukan main asyik keluar makan jer. Lepak Pavillion, makan Concorde lah, makan Sushi lah rasa gembira jer hati. Sekarang nando...plan dah dekat 80 kali tetap tak menjadi jugak. Lepak bertiga sambil kopi2 pun dah tak ada ya...kegilaan apakah ini??



Balik jer cuti terus promote Ellfie Limited Edition. Khas untuk pengguna Ellfie Beauty yang menyokong kami selami ni.



Lepas tu buat Year End Sale untuk pengguna Ellfie yang lama dan yang baru. Promotion ni hanya setahun sekali jer rugi siapa tak dapatkan 



Alhamdullilah sambutan sangat hebat. Penjualan Limited Edition dan Year End Sale buat kami tak cukup tangan nak reply wassap customer. Bersyukur dan terima kasih banyak2 kerana percayakan produk kami. Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum terbukti berkesan. Terima kasih juga brother yang tolak trolley ni...hehe



Next...exhibition di Mood Republik pulak. 3 hari kami berkampung di PWTC.



Sekali lagi kitaorang rasa macam nak merangkak jer. Bangun seawal 6 pagi dan tidur pukul 2.30 pagi jer. Sampai Filla dah tak boleh bercakap dan mata sampai juling menahan mengantuk...hahaha. Peej bila kejut suruh bangun...jap2 mata aku berat ni. Eh! mata berat pun kena bangun gaks ya...hahaha.

Hari pertama di exhibition tengahari tu aku ngan Filla terpaksa tinggalkan Peej dengan pekerja. Kitaorang ada kerja penting untuk diselesaikan.



Photoshoot untuk Matte Lip Cream

dan


Photoshoot bersam Duta Eira. 

Kerja giler sebab masa sangat2 suntuk dan kami terpaksa buat 2 kerja dalam satu masa. Itu  belum lagi email masuk berpuluh2 untuk dapatkan code voucher. Selesai photoshoot dalam pukul 9 malam Filla continue jaga exhibition. Aku kena balik rumah sebab esok ada kenduri cousin Win.


Esok seawal pukul 7 pagi dah keluar rumah untuk hadiri majlis pernikahan Aris dan Shazana. Badan jer ada kat sini tapi hati aku kat PWTC. Rasa tak tenang sebab kawan2 sibuk kat sana. Habis jer acara nikah, salin baju terus ke PWTC. Tinggalkan anak2 dengan MIL.




Sambutan mmg giler di Mood Republik. Alhamdullilah banyak customer baru dan ramai jugak dah mula tahu dengan kewujudan Ellfie Beauty. 



Azad dan Eira sama2 turun padang promote Ellfie Beauty



Meriah giler. 


Jerit jer Ellfie...Ellfie ramai giler orang akan sambut "barulah selfie" 

Terus kitaorang bertiga kembang2 hidung.



Terima kasih kepada pembeli di Mood Republik. Nanti Kak Elly share ngan korang gambar2 pembeli ya.



Ingatkan hari Isnin boleh lah berehat2 setelah 3 hari kepenatan. Mmg x lah order non stop. Terima kasih sangat korang2.



Minggu depan Ellfie Team akan ker JB pulak. Harap semua berjalan dengan lancar. Jom ramai2 datang ker Persada Convention Centre.

Ok...nanti sambung lagi ya.

7 comments:

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

best tgk bisnes akak semakin maju..
Ni yg buat semangat nak cari idea nak berniaga gak ni..tapi still counting..apa bendalah yang nak jual

Nurfatihah Ibrahim said...

Jumpa di jb kak Elly!!!!

norbaizura mat jusoh said...

alhamdulillah. buat bengkel berniaga lak pas ni kak elly.

MamaAliya said...

Tahniah pada kak elly and the gang!! *clapclap* =)

MamaAliya said...

Tahniah pada kak elly and the gang!! *clapclap* =)

aDie dALi said...

bukan maen BESO kalculator..KANNNNNN

aDie dALi said...

uolz jadi duta lg seswai..lg lawa dr duta uolz skrg itewwww...KANNNN