Nuffnang Advertisement

Thursday, December 10, 2015

BORAK PAGI


Morning....hehehe. Sementara ada masa ni marilah kita berborak pagi ni. Ramai menunggu entry bercuti. Gambar pun akak tak pilih lagi dik ooi. Masuk office banyak giler dateline nak kena kejar. Macam2 promosi hujung tahun ni. Bulan ni mmg jadual penuh...cewah..hahaha. Exhibition, photoshoot, meeting dan final dateline untuk lipsticks. Masing2 mengadap computer jer. Dah lama tak buat minit meeting sekarang tengah terkebil2 buat ayat sebab kena submit kat company secretary nanti. Dah lah meeting hari tu lompat agenda sana sini. Ingat dulu berniaga suka2 untuk cari duit lebih tapi nampaknya sekarang dah semakin serious. I is takut...muahahahaha

Kalau dulu mula jer cuti sekolah, seminggu lepas tu dah prepare barang sekolah anak2. Rasanya waktu ni dah start balut2 buku anak. Tapi sekarang sampai hari ni satu benda pun tak beli lagi. Masalah sekolah anak pun tak selesai2 lagi. Hari tu sebelum bercuti ada apply Yaya masuk sekolah Convent Bukit Nanas. Berharap sangat dengan result UPSR yang dia dapat haritu, senang lah sikit masuk sekolah yang bagus. Minggu lepas dapat jawapan dari sekolah...application gagal. Terus stress...adik pun kena hold dulu nak tukar sekolah. Sekarang tak boleh nak fikir lagi aku ngan En Win dalam di lema...haha. Of course sebagai ibubapa nak sekolah terbaik untuk anak2. Serious kitaorang berdua tak boleh fikir apa2 lagi...tindakan belum dibuat. Ingat nak buat rayuan. Berharap benda ni dapat diselesaikan minggu ni. 

Anak2 aku ni sejak balik bercuti still tak boleh adjust waktu tidur lagi. Pukul 2 pagi diorang berjaga sampai kul 11 pagi lepas tu baru tidur. Dalam pukul 4 pagi kejut aku suh masak sebab perut lapar. Apa yang lama bebenor nak adjust ni. Aku siap terjerit2 suruh tidur diaorang buat dek jer.

Since balik bercuti aku tak start masak lagi. Dalam fridge kosong jer. Nak gi pasar pun tak ada masa. Melampau sangat tahap malas dan tak ada masa. Mood rajin masih belum datang lagi. Tapi rasa bersalah sgt lah tebal bila ajak En Win makan kat luar. Sabtu ni kena jugak gerak kan bontot untuk ke pasar. Kalau ikutkan mood malas sampai bila2 lah x jadi apa. Nasib baju bercuti hari tu semua dah hantar dobi.

Macam ni rupanya kehidupan kalau full time berniaga. Busy rupayan..haha. Ingatkan dalam drama jer busy2 ni. Rupanya betul2 lah busy...hahaha

Ok lah nanti sambung lagi nak sambung kerja balik...tata

*********************************************************************************




Jangan lupa dapat Set Ellfie Limited Edition bersaiz lebih besar. Come with exclusive black hard box dan free Ellfie note book with pen.

RM280.00 (SM) / RM290.00 (SS)
*Free Postage*

Wassap 013-2755197

5 comments:

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

nasib baik akak pakai ellfie...kalau tak mesti mata kulit sembam kan..

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi sis

mashelas said...

:) ehehe..tula aura busy kak elly tu terasa smpai ke sini.

Irfa said...

Kipidap

Nurizzah Majif Biz said...

hahhaa. dapat rasa feel busy kak elly tu. hajat nak jumpa kak elly kat booth ellfie ms kt mood festival x kesampaian tp rezeki jumpa kat escalator. hehe...sorry ye kak elly klu terkezut ms tegur tu hehe