Nuffnang Advertisement

Tuesday, November 17, 2015

UPSR...TAHNIAH ANAK MAMA

 
Alhamdullilah...syukur Ya Allah. Tahniah kepada semua pelajar yang menduduki UPSR.
 
Rasanya ramai dah tahu keputusan Yaya. Yaya dapat 4A 1B dan B adalah Sains. Punya lah aku takut dengan keputusan BM dia..alhamdullilah bijak jugak kau menjawab soalan BM ya nak. Risau giler dengan penulisan Yaya sebab ayat karangan dia selalu buat aku gelak terbahak2 dengan En Win.
 
Kak Elly dan En Win ni bukan ibu bapa yang terlalu tegas dengan pencapaian anak2. Kena belajar tiap2 hari. Kena ulangkaji atleast 4 jam sehari. Kak Elly bukan jenis macam tu. Aslong pergi tuisyen dan ujian setiap bulan tak ada C dan D rasanya dah cukup baik. Kedudukan dalam kelas Kak Elly tak ambik pusing sangat yang penting markah dalam setiap subjek. Selalunya Kak Elly akan focus subjek dalam UPSR jer. Subjek yang lain Kak Elly kurang tekan kan...eh! boleh ker macam tu...hahaha
 
Yaya...jenis budak yang tak pandai bertanya dalam kelas. Dia faham atau tak dia akan diam jer. Kelemahan tu Kak Elly dah nampak sejak dia darjah satu lagi. Tanya lah macam2 soalan dia akan jawab ok jer.
 
Darjah 4, Yaya dah start home tuisyen. Kalau hantar tuisyen center rasanya tak berkesan untuk Yaya sebab dia sangat2 pemalu. 3 subjek jer Kak Elly ambik untuk Home tuisyen Maths, Sains dan BM. Anak2 Kak Elly ni bukan macam anak orang lain yang tahu ambik buku dan belajar. Budak berdua ni jenis aku jerit baru nak keluar buku.
 
Result Yaya setiap bulan tidak menunjukan peningkatan. Setiap kali exam mesti dapat 3A 2 B dan B itu semestinya BM. Lagi 3 bulan nak exam mmg beli banyak buku latihan untuk Yaya buat. Duduk dan buat latihan sama2 sebab Kak Elly tahu Yaya sangat lemah dalam Bahasa Malaysia. Korang bayangkan musim kemarau pun dia tak tahu, patik dan beta pun dia confuse mana lah tak risau.
 
Rasanya Yaya dah buat yang terbaik dan Kak Elly kena terima apa jua keputusan Yaya nanti. Kalau korang click kat sini boleh tahu betapa risaunya Kak Elly bila Yaya tak confident dengan jawapan BM yang dia jawab.
 
 
 
Hari yang di nanti2 kan. To be honest Kak Elly tak risau sikit pun tentang keputusan yang Yaya akan dapat nanti. Cuma Kak Elly takut Yaya akan kecewa. Kak Elly dan En Win akan sentiasa support anak2 dari belakang.
 
Sejak dari malam tadi dah bersedia dan  tak ada sikit pun tekanan dari Yaya dan Kak Elly sendiri. Cuma debaran tu datang bila tgk parents yang lain semangat menanti keputusan anak2 pagi ni.
 
 
 
Dalam pukul 10 pagi semua pelajar UPSR berhimpun di Dewan. Cikgu hanya announce nama2 pelajar yang mendapat keputusan 4A dan 5A sahaja. Waktu ni mmg takut giler...macam nak pecah jantung tunggu nama anak keluar
 
 
 
En Win menanti penuh debaran sambil mulut bebel kata kenapa nak kena announce kesian budak2 yang tak dapat keputusan cemerlang nanti
 
 
 
Ibu bapa yang menanti keputusan anak2
 
 
 
Akhirnya nama Yaya diorang announce dalam kategori 4A 1B. Terus airmata aku turun laju. Alhamdullilah...syukur
 
Sebelum nama Yaya keluar pun actually aku dah nangis sebab tengok parents berpelukan dengan anak2 diaorang. Perasaan tu aku tak dapat gambarkan mmg sedih sangat. Sampai En Win cuit aku tanya kenapa aku nangis padahal result anak aku tak keluar pun lagi.
 
 
 
Mama dan Papa bangga dengan Yaya.
 
 
 
Bila dia turun pentas terus peluk2 sambil nangis. Macam jejak kasih pun ada...hahaha. Happy sebab kerja keras Yaya berbaloi. Walaupun sikit lagi nak dapat 5A tapi redho jer lah dengan keputusan yang anak Mama dapat.
 
Sebulan sebelum exam kitaorang berdua mmg stress. Especially bila aku tanda kertas latihan Yaya. Bila banyak salah aku dah start nak mengamuk nasib En Win selalu nasihatkan aku. Sebulan aku bawak dia duduk office lepas sekolah buat latihan BM sama2. Itu jer yang mama boleh lakukan. Ajar setakat yang mampu subjek lain mama tak berapa pandai especially sains dan matematik bab pecahan...hahaha
 
 
 
Anak bapak.
 
En Win very supportive. Result bagus atau tak dia akan sentiasa hug dan tepuk bahu anak2. Papa tahu Yaya dan Adik boleh buat. Walaupun result diorang boleh menaikan darah tapi En Win tetap positive. Jarang marah anak2 tentang pelajaran. Tak suka anak stress. Tapi aku yang stress sebab dia terlalu sempoi.
 
 
 
Kita cuba cari Sekolah yang terbaik untuk Yaya
 
 
 
Terima kasih kepada semua Cikgu di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Cikgu tuisyen Yaya...Cikgu Norzeri, Cikgu Bawani dan Cikgu Fauziah. Terima kasih kerana mengajar anak2 saya. Jasa cikgu tidak terbalas.
 
Next Ameera.....
 
 

28 comments:

Chooyaya! said...

tahniah yaya
aku yang cembeng2 ni baca dah kenaaaapaaaaaa? haha

Rozilawati Mohamad Nosdin said...

Akak ikut mengalir air mata jgk..sebak..penah rase apa yg elly dh rasee.thniah utk yaya n elly jgk.

Rozilawati Mohamad Nosdin said...

Akak ikut mengalir air mata jgk..sebak..penah rase apa yg elly dh rasee.thniah utk yaya n elly jgk.

Hanim Hashim said...

Alhamdulillah tahniah Yaya dan kak Elly! Seronok baca perkongsian kak Elly, moga jadi pembakar semangat untuk anak saya .... 4 tahun lagi hehehe :D

mama tisya said...

tahniah utk yaya..bergenang lak baca ...lg 4 thn anak saya plak

Jueliza Jamani said...

TAHNIAH YAYA... ehh kita yg baca pun sebak tau tgk kak elly senyum happy mcm tu.. Yaya jadi anak yang baik yer.. belajar rajin2 gembirakan mama..

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah, tahniah pada Kak Elly sekeluarga... Satu berita yang sungguh menggembirakan...

MamaAliya said...

Alhamdulilah...tahniah YAYA!!

EIKA said...

Tahniah yaya :)

Bitt (double IS) said...

congratulations kakak yaya!

InaYusoff said...

alhamdullilah..
tahniah yaya..

sains memang susah kot..
anak buah saye pon sains B..
lain semua A macam yaya...

EIDA said...

TAHNIAH KAK ELLY N YAYA..AWAT SAYA PON SEDIHHH.. HIHI

cik hani said...

Tahniah yaya..nanti usaha lagi untuk sekolah menengah...

Rina Ellisa said...

tahniah yaya.. Yaya dah buat yang terbaik kak..
huwaaaaa.. bergenang airmata baca bab kak elly peluk yaya.. sobsobss T__T

ummisara said...

tahniah yaya dan elly & en. win.

I've gone thru the phase last year ...heheheh so i tau apa u rasa.

keep up the gud work yaya :)

Mimy Hamid said...

tahniah elly..tahniah yaya..tahniah juga semua ...air mata menitik baca..sobsssssssssss

Irfa said...

Tahniah Yaya
Tahniah Elly n En Win
Alhamdulillah

Cik Puan Eka said...

Tahniah yaya.

Ubj Jahan said...

Tahniah kak elly.. semoga yaya terus berjaya. Congrats sweety.

Nurfatihah Ibrahim said...

Alhamdulillah..walau apa pun keputusan Yaya dpt utk UPSR,she tried her best to make it.lega dah lepas sorg.next adek plk kan.congrats too kpd Kak Elly n En.Win coz berjaya didik anak dn gunakan pendekatan positif dlm support anak2 utk exam.alhamdulillah.. ����

Yana said...

Tahniah Yaya! Saya faham perasaan elly sbb sy dah 2 kali alami situasi amik result UPSR anak2 saya.. Anak sulung sy lelaki amik result th 2013 dan anak kedua perempuan amik result th lepas. Anak lelaki 3A2B dan anak perempuan 5A dan sy ngan hubby mmg tk pernah push dorang suh belajar 24 jam sbb sedar anak2 tk begitu cemerlang, takut dorang stress. Tapi kami hanya bg sokongan dan dorongan yg tak berbelah bagi hingga dorang dapat keputusan yg membanggakan.. Lagipun ini semua bukan utk kita kan tapi utk masa depan dorang jugak. Hanya dgn pelajaran saja yg boleh dibekalkan utk masa depan mereka kan. Lagi sekali TAHNIAH..!!

Fatihah Fazlin said...

entry ni buat saya sedih la kak elly,

sweet_saya said...

congratz.. proud parents.. suka tengok effort parents utk anak berjaya.. memanglah tak nak push anak tapi perlu pupuk anak cintai n cari ilmu.. macam post ni lah.. contoh baik

syalinda johari said...

Tahniah Yaya...bukan senang tu nak dapat keputusan macam tu ..sekarang ni soalan exam upsr susah giler..

Yaya..cantiklahh...

Azura Aziz said...

tahniah yaya.. anty pun menitik baca entry ni hehhe...

nadiah hanum said...

Tahniah..semoga terus cemerlang..

A.I said...

ternangis lak aku beb...

Riana LittleCuties said...

Wahhhh kte baca pun dah meleleh air mata...hihihi
Tahniah kak elly n suami dannnnn
Tahniah buat Yaya atas keputusan itu...
;-)