Nuffnang Advertisement

Monday, November 16, 2015

TIPS UNTUK MENJADI PENIAGA


Ramai yang nak cari duit lebih tapi tak tahu nak berniaga apa?  Kak Elly cadangkan mulakan apa yang ada ditangan. Gunakan kepakaran korang dan gunakan pengalaman orang lain untuk membantu korang dalam perniagaan. Makesure buat sesuatu yang korang suka yang boleh mendatangkan keuntungan. 

Hari ni Kak Elly nak share Kepercayaan yang salah tentang bisnes.

Aku ni tak dilahirkan menjadi usahawan sebab mak bapak aku atau keluarga aku bukan orang yang kaki berniaga
Kalau korang ada kepercayaan macam tu mmg sampai bila2 lah korang tak berniaga. Berniaga ni bukan ikut darah atau keturunan. Paling penting kena ada minat dan usaha

Tak boleh berniaga sebab tak pandai dan tak ada luck
Macam mana nak ada luck kalau tak cuba. Setakat up satu status kat FB orang tak layan terus rasa malu dan rasa gagal. Terus rasa diri tak pandai berniaga

Business susah
Mana ada berniaga yang senang. Jual goreng pisang pun susah ya sebab kena cari pisang dan kena goreng guna minyak panas. Nak yakin kan orang tentang produk yang kita jual bukan ambik sehari dua. Memang kena bersusah2 dahulu

Gagal 3 tahun pertama baru berjaya
Benda ni selalu Kak Elly dengar kalau belum 3 tahun maknanya kita belum berjaya lagi. Ini yang buat orang takut nak berniaga, takut nak berhenti kerja sebab nak kena tunggu 3 tahun. Adatlah berniaga ada gagal ada yang berjaya. 3 tahun tu untuk kita kutip pengalaman. Kalau tak berjaya cuba bangkit dan cuba lagi

Nak berniaga kena banyak modal
Kalau tak ada modal mulakan dengan menjadi dropship dahulu. Guna produk orang lain untuk tambahkan pendapatan korang. Gunakan kepakaran yang kita ada. Berniaga benda yang kita tahu dan kenal. Jangan nak berniaga terus nak besar jer. Mula dulu dari bawah.

Nak berniaga kena start besar
Belum berniaga dah nak buat loan sana sini. Terus nak ada restaurant atau office. Tengok dulu kewangan yang masuk setiap bulan. Baru blh decide nak kembangkan atau tidak.

Nak ada business kena ada own produk
Nak ada own product ni bukan perkara yang mudah. Ambik masa, tenaga dan penting banyak duit diperlukan. Kak Elly cadangkan mulakan dengan produk orang lain dulu. Dapatkan pengalaman. Kadang2 dengan jual produk orang lain pun dapat membantu kewangan kita. Nak ada own produk ni korang kena fikir macam2 benda packaging, material, design dan bermacam2 lagi. Kalau tak buat betul2 blh separuh jalan jer nanti perniagaan korang.

Tak nak untung sikit nak untung sekali banyak
Dapat RM50.00 sehari pun dah kira cukup. Lepas duit pasar 2 hari. Dapat gaks pendapatan lebih. Kalau nak dapat banyak lagi usaha lagi gigih. Mungkin hari ni orang tak beli tapi mana tahu hari lain orang beli.  

Tak yakin dengan diri walaupun ada ilmu
Ini mmg satu kerugian. Contoh...ada orang pandai giler buat cake. Semua adik beradik dan anak2 puji. Tapi tetap tak yakin dengan diri sendiri. Tak berani mencuba. Rugi sangat tu. Allah dah bagi kelebihan kat kita jadi gunakan sebaik mungkin.


Jadi jangan takut untuk mencuba. Jadikan perniaga ini sumber untuk kita tambah kan pendapatan. Jangan fikir terlalu jauh, jangan fikir berniaga untuk jadi kaya. Kita cuba dulu apa yang ada depan mata. Contohnya menjadi agent atau dropship Ellfie Beauty.

Bagaimana nak menyakin customer?
Zaman moden ni korang kena aktif Instagram dan Facebook.
Untuk produk kecantikan korang hanya perlu gunakan testimoni yang ada. Pembeli lebih yakin jika sesuatu produk tu ada bukti keberkesanan. Contoh korang blh menggunakan instagram @ellfiebeauty untuk menyakinkan pelanggan produk yang korang jual. Guna gambar macam kat bawah ni.




Share berapa lama dah pakai produk ni dan tunjuk kan betapa berkesan nya produk ni. Share tentang kebaikan produk kepada pembaca.





Share testimoni yang terbaik dan sentiasa update pembaca dengan produk yang korang jual. Bila selalu orang baca dan lihat akan meningkatkan keyakinan pembeli. Tapi makesure korang kena tahu produk yang korang jual. Ellfie Team sedia membantu untuk memberi segala info mengenai produk.

Dari korang asyik baca jer FB or tengok gambar kat Instagram apa kata cuba promote dengan kawan2 di FB dan Intagram. Share gambar2 testimoni @ellfiebeauty . Insyaallah rezeki akan datang kalau kita rajin. Kerja korang hanya perlu promote jer kalau ada orang nak beli just bagi details payment. Bank in kepada kami harga dropship yang telah kami beri kepada anda. Lepas tu whatsapp kan nama. alamat dan contact no. Ellfie Team akan uruskan segala postage.

Untuk dapatkan syarat dan harga dropship lebih details lagi...Whatsapp 013-3962005







-

3 comments:

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

kata2 yang buat semangat

Farah Waheda Wahid said...

thanks kak elly for the tips...

cinet said...

suka kata-kata ni...silent reader here..;)