Nuffnang Advertisement

Friday, November 20, 2015

REDHO DAN TERIMA JER LAH

 
Kak Elly share benda ni bukan sebab anak Kak Elly dapat keputusan bagus jadi senang2 lah bagi pendapat kat orang lain. Bukan ya...luahan dan pandangan ni jujur dari sudut hati Kak Elly sendiri.
 
Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa membesarkan anak2 dan memberikan pelajaran untuk mereka. Cara didikan dan ajaran juga berlainan mengikut cara didikan setiap orang. Jangan kita pertikaian cara orang itu betul atau salah.
 
Cuma Kak Elly rasa kita semua perlu ada sikap hati terbuka, terima apa sekali pun keputusan yang anak2 dapat. Zaman sekarang zaman teknologi mungkin ibu bapa rasa malu kot atau kesal sebab tak dapat up status kat FB "Mama bangga sebab anak mama dapat 5A". Perlu ke malu. Kak Elly rasa anak lebih berbangga kalau ibu bapa tulis "walaupun apa juga keputusan anak mama...mama terima sebab mama tahu anak mama dah buat yang terbaik"
 
 
Always positive tapi dalam masa yang sama sikap tegas kita sebagai ibu bapa perlu ada. Haritu terbaca status kat FB seorang budak tahun 6 ni sedih sangat sebab keputusan dia tak cemerlang. Dia malu dekat kawan2 dan guru. Dia rasa terlalu bodoh bila berdepan dengan kawan2 yang dapat keputusan cemerlang. Dia takut nak berdepan dengan ibu bapa.
 
Pada waktu ni lah peranan ibu bapa tu penting. Tahu korang juga kecewa dengan keputusan yang dia dapat tapi jangan lah korang hentam lagi dan tambah lagi kesedihan anak2 tu. Macam lah korang tak pernah alami situasi gagal ni.  Zaman dah berubah dan Kak Elly rasa ramai ibu bapa dah boleh fikir cara terbaik untuk menjadi kan anak2 lebih ke arah positive. Kita nak anak tahu yang kita tetap menyokong dan berada dibelakang mereka walau apa pun terjadi.
 
Kita sama2 berusaha,memberi nasihat dan beri pelajaran yang terbaik untuk mereka. Selain nya biar mereka tentu kan. Ada jer orang yang tak berjaya dalam pelajaran tapi berjaya dalam bidang pekerjaan. Kak Elly mmg tegas bab tuisyen dan markah dalam peperiksaan sebab Kak Elly nak lihat peningkatan dari mereka tapi dalam masa yang sama tak adalah Kak Elly terlalu bertegas sampai anak2 tertekan. Kalau berjaya kita sama2 bergembira, kalau gagal kita sama2 naik kan semangat satu sama lain.
 
Pendekatan Kak Elly senang jer...aku dah siap kan guru yang terbagus untuk mereka rujuk dan belajar, aku dah siapkan buku latihan yang terbaik untuk mereka ulangkaji, aku sama2 duduk dan ulangkaji dengan mereka. Kalau tak berjaya jugak nak buat macam sebab semua aku dah sediakan. Terima lah hakikat anak aku tak bijak macam aku jugak...hahaha. Dengan kata lain redho jer lah...hahaha.
 
Kak Elly tahu anak2 Kak Elly bukan dalam kategori anak2 yang bijak dan pintar. Bukan anak2 yang pandai ambik buku dan ulangkaji dalam bilik 2-3 jam. Anak Kak Elly jenis suruh baru buat. Jadi kena lah pekik dan mengamuk setiap hari baru bontot masing2 bergerak. Korang nak keputusan elok belajar sungguh2. Nasihat tu memang Kak Elly akan cakap ulang kali biar masuk sikit dalam kepala tu. Tapi macam tak masuk jer...hahaha.
 
 
 
 
 
 
 
Tak yah lah nak frust sangat. Anak kau dah bagi yang terbaik tu. Bersyukur jer lah. 4A tu pun dah kira banyak lah tu. Frust sebab anak tak dapat naik pentas??. Anak akak baru sekali ni jer naik pentas akak tak rasa apa2 pun. Cuba lah kau selami perasaan anak kau tu. Confirm dia takut tu sebab mak dia lebih garang dari cikgu. Kesian budak tu tertekan setiap kali ujian. Tak best kot ada perasan macam tu.
 
Aku suka cara mak aku dulu2...nak pandai belajar rajin2. Bodoh tu kau yang pilih. Nak jadi pandai ker nak jadi bodoh. pandai2 lah korang pilih. Terus rasa tak ada tekanan langsung dalam diri...hahaha.
 
 

15 comments:

Nurzakiah Hanum said...

NAK X NAK KAT DIRI SENDIRI KAN

Yana said...

Salam Elly.
Yes sy setuju ngan Elly.. Tk sepatutnya ibu bapa rasa kecewa kalau anak2 tk dapat berikan markah yg terbaik.. sbb mereka masih kecil n tahap serta kemampuan mereka tk sama untuk setiap budak kan? Dan sy juga tk setuju bila mak budak ni up status camnie utk tunjukkan perasaan kecewa ngan result anaknya.. Sepatutnya sbg ibu bapa kita kena lapang dada bila berhadapan ngan karenah anak2.. Kalau anaknya baca status yg mak dia up nie, sure dia rasa malu n saya rasa macam dia dah menjatuhkan maruah anaknya sendiri.. Ada jugak mak yang perangai camni ekk..!! Tak pikir panjang ke..? So sape yg tk cerdik skang? mak ker anak..??

Riana LittleCuties said...

Haah kak Elly, kte ada baca tentang nie... alahai...
kesian anak tu...kte pun byk kalikan mendengar pelajar U yang tertekan, gangguan emosi sampai ada yang kadang tu mengambil keputusan yang menakutkan...
bila disiasat, rupanya si anak adalah hasil dari ibu bapa yang terlalu menaruh harapan setinggi gunung dlm pembelajaran si anak...kasihan anak tu...
tertekan mereka....semoga saya bukan dari golongan ibu sebegitu.huhuhuh.

Hayati Ghazali said...

Betul tu Elly..kesian budak budak sekarang rasa tertekan..jgn sebab nak menunjuk nunjuk kat media sosial anak anak jadi mangsa...anak yang gagal UPSR tak bererti gagal dalam hidup..ramai je yang berjaya dalam hidup walaupun tidak berpelajaran tinggi...pokoknya asal betul hala tuju seseorang tu, maka dia boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...

Hayati Ghazali said...

Betul tu Elly..kesian budak budak sekarang rasa tertekan..jgn sebab nak menunjuk nunjuk kat media sosial anak anak jadi mangsa...anak yang gagal UPSR tak bererti gagal dalam hidup..ramai je yang berjaya dalam hidup walaupun tidak berpelajaran tinggi...pokoknya asal betul hala tuju seseorang tu, maka dia boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...

Nurzakiah Hanum said...

budak2 semakin pandai

Azura Aziz said...

setuju dgn kak elly.. kita kena slalu bertegas dgn anak tp terima apa jua keputusan yg mereka dapat... sokongan ibubapa tu penting... kipidap kak elly ;)

Ruhill Fahima Mohammad said...

"Bodoh tu kau yg pilih"...menusuk tu ayat...haha..tapi lawak..stuju ngn akak, jgn push sgt budak2 ni...sampai masa nnti tau la diorang pikir sndiri...cuma kita sbg parent sediakan n buat yg terbaik utk anak2

Jarina Keram Zainalabidin said...

My eldest son took UPSR 2 years ago, n result is not so good, I have posted in my FB that I accept whatever it is, I still support him....n now my 2nd son, sy tahu di stress few days before result keluar krn dia demam for two days, masa dapat result pun dia sugul jer....I feel bad also for him but I still show that im proud of him for trying his best , and explained to him that yg paling penting adalah kita mesti cemerlang dalam agama, akhlak, akidah, dan sentiasa ingat Allah serta hormat orang tua.Sy tahu dia rasa rendah diri kerana dia tak nak hadir ke sekolah semasa hari penyampaian sijil Tahun 6, tapi saya paksa juga, namun semasa namanya dipanggil, dia tak naik...ini mungkin dia rasa dia tak layak berada di sana krn para guru hanya meraikan yang Berjaya dan cemerlang sahaja...sedihnya saya. Sekarang ni, sy cuba menaikkan semangat nya balik dgn memberi kata2 perangsang dan bukti2 org2 yg dahulunya ketinggalan dlm pelajaran tapi kini Berjaya dalam hidup. Tq Elly krn memahami n bring up the matters...

Nana Sharia a said...

salam kak elly..dulu saya lagi kecewa dapat straight a s pun mak tak gembira. pastu siap g vacation lagi dia dgn my stepfather.saya dont even penah g ambik result together dengan dia dari upsr pmr n even spm.bila saya excited gtau time upsr saya dapat straight a 's dia buat muka takde perasaan oh ye ke? maybe saya ni bad seed n maybe she hated my dad soo much until she treats me like that

cik mah said...

Setuju..mungkin skrng belum masanya lagi..mungkin spm atau mungkin masa bekerja nnti..semua dah diaturkan..

Nurfatihah Ibrahim said...

Exactly right kak elly..sometime mentaliti kaum ibu bapa ni lain mcm sikit skrg..mungkin dsebabkn adanya budaya berlumba2 dlm kalangan mereka meng-show off anak sapa plg pandai dn yg mampu memberikan kebanggaan buat parent.trending ni dh berlaku lama kak.sy perasan perkara ni sejak 5tahun kebelakangan ni..ianya semakin serius bila pihak pendidikan dn pihak berwajib meng-upgrade sistem pembelajaran sekolah,tak kira sekolah kebangsaan waima sekolah menengah dsbg.
Perasaan parent tu dn harapan atau jangkaan ibu bapa yg terlalu tinggi pd anak tu yg akn buat anak stress belajar.automatiknya,dia akan tukar niat anak tersebut dr ingin belajar krn nk berjaya kpd kena belajar sbb takut mk bpk marah dn takut malu.sekaligus benda ni akan buat anak tertekan.
Sbg parent,kt kena beri galakan dn tunjuk ajar kpd anak trsebut.supaya dia tau,apa pun keputusan dn pencapaian dia dpt mak ayah dia boleh terima dan sentiasa ada bersama anak tersebut.
Contoh kes terdekat,kawan pejabat sy,tk dpt keputusan yg baik dlm UPSR baru2 ni,terus berkurung dlm rumah,offkn phone.parent plk salahkn anak sbb tk bljr kononnya..kesian anak dia...

alia farhan Said said...

English tunggang langgang tp nk blame ank kemain gedegang...adusss

_Vu-JiE_ said...

salam kak elly,,

rasa terpanggil nak komen kali ni hihi.. saya cikgu. murid slow learner takpe, tak dapat A takpe,, saya ajar perlahan2 sampai dapat, yang penting ada manners. tapi murid bijaksana baru sekolah rendah soalan tahap phd, and no manners,, ditambah pula parents nya yang pantang silap,, haa yang tu saya takut sangat. bukan takut "i see u in court",, tapi saya takut sangat apa yg saya ajar tak berkat sebab sy keluar kelas sy sakit hati :( pandai bijaksana briliant with good manners itu bonus. slow learner with good manners, seriously sy paling suka nak ajar murid yang macam tu.. murid with manners ni biasanya parents diorang pun baik2 :) eh?? keluar tajuk ke komen ni? hahaha takpelaaaaa...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ya allah kesiannya.. napala buat gitu..
anak tue akan ingat sampai bila2...