Nuffnang Advertisement

Monday, November 9, 2015

MAKAN NON STOP


Rasanya hampir sebulan aku ngan En Win  kerja non stop. Weekend pun bekerja. Ada jer benda kena uruskan. Kerja mmg tak pernah habis. Kadang2 sebelum tidur sempat borak ngan En Win "Pa...kesian kat budak2. Kita sibuk jer bekerja anak2 asyik duduk rumah jer".

Aku mmg sensitive sikit kalau tak dapat borak ngan anak2. Tapi lately ni banyak kerja luar, jadi mmg terhad masa ngan anak2. Alhamdullilah...hujung minggu ni semua kerja dah settled. 2 hari kitaorang makan non stop. Mmg luangkan masa ngan anak2 jer. Lapang dada aku.   



Keluar pagi balik petang. Rehat jap malam keluar balik.  Bagi peluang kat anak2 cerita benda2 yang kitaorang tak dapat borak sebulan ni. Berlumba2 nak bercakap.




Sekejap betul masa berlalu. Dah remaja anak2 mama. Nak ajak bergambar pun susah. Kena dapat approval baru blh letak kat intagram. Amboi...bukan main lagi korang ya.



Breakfast kat Plaza Damas. Sambil tu boleh lah gi buat waxing dan cabut bulu kening. Dah lama betul tak cantik kan diri. Untuk diri sendiri pun tak ada masa. Orang nampak macam best jer ada duit tapi belakang tabir separuh mati bekerja....hahaha



Tak habis2 cari barang untuk travel. Semua dah settled tinggal nak beli makanan dan barang toiletries jer. Baju anak2 dah pack tinggal aku dengan En Win punya pulak. Esok cuti dah boleh pack rasanya.

Sebelum cuti mmg nak siapkan semua kerja. Kesian Peej nanti kat office sorang2. Minggu ni budak baru masuk. Boleh tolong Peej buat kerja nanti waktu aku tak ada.



Dah settled mencantik kan diri kat Plaza Damas terus pergi Pavillion. Budak2 nak makan Churros kat La Bodega. Lepak dan berborak lagi.



Hari Ahad, awal pagi dah keluar. Breakfast di Coliseum. Suka sangat tempat ni. Tempat makan style orang dulu2. 



Alhamdullilah Kak Elly dapat anak yang sangat senang dijaga. Cuma kadang2 diorang merungut jugak kalau aku ngan En Win terlampau busy. Adik macam biasa akan busy dengan aktiviti Gymnastic hujung minggu. 3 jam sehari jadi masa dia mmg habis di Gym sahaja. Balik dia akan duduk kat bilik dan praktis sampai dia letih. Adik tak minat membaca. Dia lebih kepada sukan.



Yaya tak ada aktiviti. Tapi sangat suka membaca Novel. Seminggu mmg akan peruntukan dia RM50.00 untuk beli novel. Suka dengar muzik dan menari. Lagu latest semua dia tahu ya.

Paberet dua beradik ni buat video. Menyanyi, menari, buat show semua diorang akan rekod. Nanti share kat group family. Kadang2 bila kat office terubat rindu tgk video diaorang.

Ya...aku ni cepat emo sikit kalau tak dapat borak ngan anak2. Cepat rasa bersalah kat anak2.



En Win lagi lah busy. Weekend pun keluar jumpa customer. Gilir2 aku ngan En Win duduk rumah. Haritu waktu aku gi seminar dah cakap awal2 ngan En Win supaya dia tak keluar mana2. Dia kena uruskan anak2 kalau aku tak ada. Macam tu jugak sebaliknya.

Dulu kalau tengok drama melayu rasa macam poyo jer. Busy sampai anak terabai. Amboi busy sangat ker? Sekarang aku dalam situasi ni. Bukan langsung tak ada masa. Tapi masa tu kurang. Kalau dulu dinner blh duduk dan makan sama2 tapi sekarang anak2 pun ada aktiviti sendiri. Jadi kena ada masa, boleh tak boleh kena ada limit kalau bekerja. Kena tahu aktiviti anak2. tak boleh lepas tangan macam tu saja.

Anak2 boleh keluar tapi aku still kena ikut. Aku still ambik dan hantar diorang. Memang tak benarkan diorang tidur rumah kawan. School trip pun aku tak bagi ikut. Biar diorang depan mata. Senang aku nak kawal. Nak tengok wayang dengan kawan2 boleh tapi biar aku hantar sampai masuk panggung..hahaha



Malam keluar lagi makan

Budak2 ni mmg ada sorang satu handphone. Tapi aku ngan En Win akan pantau. No password kat phone. Aku boleh ambik bila2 masa phone tu. Semua password FB, Intagram aku kena tahu. Sms, wassap aku boleh baca. Kalau berani sorok lah. Mmg rampasan akan berlaku.

Dua hari masa aku dipenuhi bersama anak2. Rasa lapang dada aku. Semalam sempat tgk movie dan karaoke. Rindunya dah lama tak buat aktiviti macam ni. Tak sabar nak holidayyyyy


5 comments:

miss eimanhikmah said...

seronok makan anak beranak kan..

Nora Alias said...

bestnyaaaaa...:)

Farah Waheda Wahid said...

seronok begini sesekali...

MrS KeNey said...

adik copypaste en. win, yaya copypaste kak elly!

eynda said...

Takde apa yg membahagiakan selain bersama orang tersayang :-)