Nuffnang Advertisement

Monday, November 16, 2015

GRADUATION


Aku ni tgk anak graduation pun sebak. Bertakung jer air mata. En Win dah geleng2 kepala. Biar lah...I sedih tau tengok anak dah besar.

Jiwa aku mmg mudah tersentuh. Kalau aku demam tiba2 sekecik Ameera tu datang bawak air pun aku sebak...hahaha. Esok result keluar lagi lah aku sedih. Sekarang mood takut tu belum datang lagi. Aku redha jer lah. Cemerlang atau tak aku terima jer lah dengan hati terbuka. Kang kalau aku melalak stress pulak En Win...hahaha. 

En Win dah pesan aku siap2 jangan nak marah2 ker apa. Dia kata kalau boleh aku jangan pergi ataupun duduk jer kat kereta sampai result keluar. Dia cakap aku cepat mengelabah dan stress. Nanti Yaya jadi takut...hahahaha. Mana ada lah!! I tak giler lagi nak marah2 budak tu. I dulu pun bukan pandai bebenor. 



Waktu ambik gambar ni pagi tadi, mata aku dah terkebil2. Untung budak sekarang ni ya. Siap ada graduation. Aku dulu ambik result pun sorang2. Lepas dapat result terus merayau dulu ngan kawan2. Walaupun result tak sebagus mana tetap celebrate.. hahaha. Sampai mak aku risau ingat aku bunuh diri sebab tak balik2.

Petang sampai rumah membebel mulut mak aku. Siap kena tunjal lagi. Bila fikir balik...betul gaks kenapa aku tak balik tunjuk result dulu...hahaha. Keputusan aku waktu UPSR 3A 1B 1C....hahaha. 



Gambar kenangan dengan guru



Dah tinggi anak mama...semalam seharian cari baju kurung untuk graduation tapi tak jumpa pulak. Pakai jer lah baju raya. Tudung jer beli kat kedai Neelofa.

Bertuah betul budak sekarang ni. Aku dulu sebelum habis darjah 6 adalah cikgu buat jamuan. Makanan masing2 bawak dari rumah. Waktu result keluar aku sikit pun tak heran. Selamba jer datang tengahari. Kawan2 semua dah balik. Adalah 2 -3 orang kawan rapat yang ikut aku. Itu yang terus merayau bila dapat result.

Yaya lepas Graduation terus cikgu bawak makan kat hotel. Hebat sangat ni!!. I makan mamak jer dulu..haha



Kawan sekelas. Lepas ni semua dah Sekolah lain.



Acara penyampaian sijil. 



Nak nangis...huhuhu






Mama ngan Papa sangat bangga dengan Yaya. Kami doakan semoga Yaya berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup. Ini lah harta yang kami boleh beri pelajaran dan kehidupan yang selesa buat kedua2 anak mama. Yaya dan Ameera adalah nyawa kami berdua. Love u so much....







13 comments:

mamaliza said...

kita pun sebak2 bergenang ayaq mata bila baca post ni .. huhuhu
naluri seorang mama..huhuhu

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

tu la kan..Fida last ambik sijil atas pentas masa pra sekolah dulu jer..pastu tak ambik result dekat dlm kelas je..Untung budak2 zaman sekarang

Fiza Abdul Rahman said...

Kak elly sure ke dpt 3A 1B 1C ? Zaman saya tahun 1992 masih lagi 4A.. Kira adik elly lebih muda dari saya ler.. ( terus x panggil kak elly..sbb ingat kak elly tua dari saya..) huhuhu

ain.ya.nun. said...

Sesama sebak juga ni tengok gambar yaya. *sindrom emak-emak

cik hani said...

apa saja kemampuan anak, yang penting dia dah usaha sebaik mngkin kan...

eh, sama la ...dulu masa dapat result UPSR, saya dengan geng2 gi merayau dulu. comot2 makan eskrim baru balik, masa tu takde handphone, menunggu je la mak kita kat rumah.

Wizana Arbain said...

Tu la zaman i taun 1990 upsr pon still 4A (still ingt sbb i dpt straight As hehe..) elly u amik upsr taun bile? I ingt kite sebaya huhu (born 1978)

aku lah penyair said...

Dulu sblm thn 1991 upsr mmg 5a.. tp nama dia bukan upsr.. ada nama lain kalau x silap.. tp start thn 1991.. upsr jadi 4a ..

Elly said...

A'ah bukan nama UPSR ntah nama apa Kak Elly pun dah lupa. Waktu tu tahun 1989 mmg 5 subjek

aku lah penyair said...

Eh silap.. sblm tahun 1990.. start thn 1990 dah dinamakan upsr dgn 4 matapelajaran shj..

cikel said...

Jangan risau.. UPSR hanya sebagai permulaan.. banyak lagi yang harus ditempuh.. sekiranya keputusan tidak seperti yang dihajati, jangan jadikan ianya penghalang, malah jadikan ianya sebagai cabaran untuk majukan diri.

ummisara said...

elly,

tahun i adalah tahun pertama percubaan UPSR...selected schools in malaysia yang kira jadik guinea pig ler. and cuma 3A sahaja....english BM dan Maths.

tahun depanya...UPSR seluruh negara secara rasmi.

ummisara said...

elly, yang tahun 5 subjek tuh ialah penilaian darjah 5 hehehh

Sangkar putih said...

tahinah yaya. tahniah juga buat kak elly & suami.