Nuffnang Advertisement

Thursday, November 12, 2015

Giler banyak




Semalam bila share gambar beg travel aku kat Facebook ramai giler comment kenapa aku bawak beg banyak sangat...hahaha. Banyak ker?? En Win kata aku artis sebab nak angkut sampai 4-5 beg. Eh! dia mmg suka main cakap jer. Dia lupa agaknya ada anak gadis dan mak gadis nak travel sekali. Lelaki senang lah mana nak angkut segala make up dan sepit rambut semua. Anak aku tu kasut pun nak bawak 2 pasang. Eh! i pun...hahaha

I dengan Che Ta setaraf ya. Kasut dan beg tiap2 hari tukar ya. Tak vogue lah pakai baju yang sama dalam gambar...hahaha. Percutian kali ni dengan anak2. Pergi pulak musim sejuk. Jadi banyak benda kena bawak. Anak2 dah besar. Beg dah tak nak kongsi. Masing2 nak tarik sorang satu beg. Satu lagi penuh dengan makanan. Kak Elly dengan nasi mmg tak dapat dipisahkan. Jadi korang faham2 lah apa isi dalam beg makan tu nanti. 

Kalau gi Indon atau Thailand bawak baju 2 - 3 helai pun cukup. Kalau tak ada baju blh shopping kat sana jer. Tapi gi overseas rasanya tak berbaloi. Cuma berbaloi beli handbeg jer....hahaha. Travel ngan anak2 bukan perkara yang mudah. Segala ubat-ubatan, cream, makanan semua kena standby. En Win dia peduli apa sampai sana baru tanya itu ini. 

Cuma agak sukar sikit naik train. Tapi tu semua dah Kak Elly atur. Sampai lokasi naik teksi sampai apartment. Overseas diorang jarang ada lif kat tempat train. Jadi agak payah sikit kalau ada beg travel ni. Mmg dah ada budget kat situ. Hari tu waktu aku gi ngan En Win dah survey mana yang kena ambik teksi dan yang mana blh ambik train.

Kali ni pergi mmg untuk berjalan jer. Ada lah budget sikit untuk shopping. En Win dah pesan awal2 kali ni no handbeg. Tapi dia tak tahu aku dah letak duit kat tepi nak beli wallet...hahaha. Tahun lepas waktu pergi ngan En Win kitaorang mmg banyak habis duit beli souvenir untuk family dan kawan2. Tahun ni rasanya banyak untuk anak2 jer lah. Aku nengok budak berdua tu 24 jam asyik survey kat internet jer.

Tak sabar nak bercuti. Nak rehat cukup2. Nak kopi2 kat tepi jalan macam dalam cite omputih tu....hahaha


14 comments:

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

memang banyak giler beg..sorang satu beg la ni..Yang besar sikit tu..mesti beg makanan kan...selamat bercuti yer kak elly,jg lupa update gambar dlm instagram..

Norma NML said...

wahh..bestnya..

aDie dALi said...

sis nak g mana?

norasiahnasir said...

happy holidays elly n family..

Farah Izza Shafik said...

ur trip always give me inspiration to travel more!! have a nice trip elly and family!

yoorin melacolea said...

tu dia..berderet.. hehe..heppy holiday kak!!

norfarhan mohd assa'ad said...

kak, kalau kat swiss dont worry about public transport.
train convenient. bas pon sama (i prefer tram more)

kalau dok lama kat swiss bole amek swiss pass. lebih berbaloi nak travel dr hujung swiss ke hujung swiss.
dont forget to visit diff part of swiss (we usually say diff part according to their official language- german, french, italian (and romansh) part of swiss)
enjoy the landscape of swiss =)

-student kat swiss

aziekz said...

New zealand year....happy holiday :)

A.I said...

hepi holiday ^_^

Ubj Jahan said...

Mcm byk jgak tu kak elly... ssh kot nao handle nnti. Kalo sorang satu xpe lagi.. ni weight allowed brp kg kak tuk sorang.

ain nani said...

Hahaha banyak ye

cik hani said...

banyaknya beg..macam sale bag..hehe.. g mana ni?

Zie Azi said...

wah..sorang 1 bag ni.happy holiday

eynda said...

Selamat bercuti! :-)