Nuffnang Advertisement

Wednesday, November 11, 2015

ELLFIE TEAM


Sabtu lepas Ellfie Team decided keluar makan2. Rasanya dah lama giler tak keluar. Asyik kerja jer. Sampai naik stress kepala masing2. Lepas makan sambung karaoke pulak. Ini jer yang boleh buat kitaorang gembira setakat ini....hahaha

Tahun pertama dalam perniagaan mmg tak boleh relax lah. Banyak benda baru kitaorang kena belajar. Kalau setakat ambik order jer mmg lah senang. Tapi macam mana nak orang tahu pasal produk Ellfie itu yang buat kita kena belajar banyak benda.

Hendak atau tak nak kitaorang kena harungi benda ni. Itu yang kadang2 emo sesama sendiri. Workload makin bertambah. Apa yang kitaorang blh buat just support each others. 

Bukan senang ada 3 pengasas dalam satu produk. Cara kita handle sesuatu perkara kena pandai dan makesure semua pihak berpuas hati. Kalau boleh kita tak nak ada benda2 yang tak puas hati in future. Slowly kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. 

Kitaorang dah mula tahu hala tuju Produk Ellfie. Alhamdullilah...marketing plan untuk tahun depan semua dah disusun atur. Insyaallah bulan 12 ni kita dah mula ambik pekerja grafik dan pekerja yang akan uruskan segala Exhibition nanti. Hari ni dah masuk lagi seorang pekerja baru untuk uruskan order dan postage. Aku ngan Peej dah boleh focus bahagian Marketing. Tahun depan nak round seluruh Malaysia untuk pekenalkan Ellfie. Mudah2an marketing plan kami berjaya.

Coming soon kita akan keluarkan Cosmetic. Jadi kita ada dua produk yang berlainan. Skincare dan Comestic. Semua dah disusun atur. Manalah masing2 tak stress nak kejar dateline. Kalau dengar macam mudahkan...orang order kita hantar. Tapi belakang tabir macam sotong dibuatnya.

Now dah start pergi mana2 kelas untuk tambah ilmu. Dah ada pekerja ni senang nak ke sana sini. Kita nak bantu orang diluar sana untuk tambah pendapatan. Tapi kita sebagai HQ kena aktif dalam marketing baru lah kita boleh tingkatkan jualan Stokis, agent dan dropship. Otak kena sentiasa bergerak pantas. 

Dengar dan baca pun letih kan. Itu belum lagi kena jaga quality produk. Makesure Material dan kotak sampai on time. Botol lagi kena order kat China. Penghantaraan semua kena jaga. Design Booth, Photoshoot lagi....bukan mudah ya. Kena ada sales target setiap bulan untuk cover semua expenses. Fizikal dan mental kena kuat. 

Tapi masalah semua ni kita akan dapat atasi bila sesuatu yang kita lakukan adalah sesuatu yang kita suka. Masalah dan stress tu perkara biasa. Yang penting kita minat dan tahu tentang produk kita jual. Nasihat Kak Elly pada sesiapa yang minat berniaga apa kata korang jual dulu produk orang lain dulu atau guna kepakaran yang korang ada. Dah cukup duit baru korang keluarkan produk sendiri dan makesure korang tahu dan minat benda yang dijual.
  


Berbeza pendapat, masam muka, tak puas hati sering terjadi. Tapi sebagai pengasas, rakan dan share partner kami kena harungi masalah ini. Masing2 baru merangkak dan bertatih dalam dunia perniagaan. Kami masih belum berjalan dan berlari lagi.

Banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Kami kena kuat untuk harungi semua ini. Kami manusia biasa tidak boleh lari dari sikap emo, sedih dan rendah diri. Tapi yang pasti tujuan kami sama ingin berjaya dalam perniagaan dan membantu orang diluar sana sama2 maju bersama Ellfie Beauty.

Kami war2kan kepada orang di luar sana menjadi sebahagian dari warga Ellfie. Banyak marketing plan yang telah diatur. Insyaallah kita sama2 cari pendapatan tambahan. Jika berminat blh hubungi Kak Filla di talian 013-3962005.




2 comments:

ajeerah hashim said...

Salam kak elly. Saya nak kerja graphic designer.

Aida Najwa Abdul Ghani said...

jangan lupa post iklan graphic designer kat sini tau...
pastu letak syarat mesti pengguna elfie...
saya nak hantar resume ni... =P