Nuffnang Advertisement

Thursday, November 5, 2015

Anje ni


Dah nak dekat seminggu demam tak baik2 lagi. Batuk, selsema semua ada. Badan rasa lemah jer ni. Ubat batuk dah sebotol makan still x elok2 lagi. Macam nak masuk kan jari dalam tekak lepas tu garu kuat2. Serious bukan main gatal lagi tekak aku ni. Air asam jawa pun dah berbotol2 minum. Rasanya kalau x elok gaks terpaksa lah jumpa doktor.

Balik rumah terus terbaring kat sofa. Serious bila petang jer badan start panas. Cakap ngan En Win "Pa u bawak budak2 gi makan ya, tak larat nak masak hari ni" Terus aku naik atas mandi, telan panadol dan makan ubat batuk.

Tiba2 dengar sura En Win menjerit..."Ma turun I dah masak" 

Eh...biar betul laki aku masak. Pelik sangat bunyi ni. Terus hati berbunga suami masak. Terus rasa anje dan sangat disayangi. Maka turunlah isteri dengan penuh senyuman




Special sangat menu ni. Tak boleh dapat di mana2 ni. Menu yang penuh kasih sayang. Thank you Abg Toyib. Kenyang perut I malam tu walaupun belauk telur goreng dan kicap sahaja. Ini lah namanya lauk kasih sayang. 



Maka bunga2 cinta pun kembali mekar dan kembang mewangi..hahaha


7 comments:

CikPuan FiDa said...

kak elly amik madu dlm sudu plastik pastu titis kan limau/lemon pastu minum.. insyaALLAH baik batuk tu..

miss eimanhikmah said...

semoga cepat baik kak elly

Yuliati Hamis said...

Petua nak cepat baik batuk adalah dengan makan sesudu makan madu asli. Insha Allah akan baik. Lagipun makan madu amalan Nabi Muhammad.

Azura Aziz said...

hahaha.. seriusly terhibur bc entry kak elly pg ni...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sedap lauk tue kihkihkih

norasiahnasir said...

elly lawa la kasut biru tu,,,nak tgk....view sikit blh..ke dah cerita.

cik hani said...

Alhamdulillah... masakan suami walaupun simple tapi penuh dgn kasih sayang dan caring..
Bahagia rumah tangga.

Semoga sentiasa dlm kasih sayang Allah