Nuffnang Advertisement

Monday, October 5, 2015

SUP DAGING ALA2 KEDAI TOM YAM


Good Morning!!  Pagi tadi bukak jer mata terus fikir pasal lauk. Lepas tu macam berat jer nak bangun. Dalam hati dah berkata2 "malasnya nak masak" blh tak tengahari MIL dan anak2 makan Mc Donald jer. Lepas tu terus tersedar balik...berdosa nyer fikir macam tu. Bukan susah pun nak masah satu lauk. Sempat masak Ayam kurma, goreng kan sayur dan ikan masin. Dalam masa 1 jam settled. Cukup lah untuk makan tengahari tadi.

Jumaat lepas nampak orang share Sup Daging kat FB. Macam senang jer nak buat. Bahan2 pun tak ada yang pelik2 sangat. En Win kalau gi Kedai Tom yam mmg selalu order Sup Daging macam ni. Moh...lagi kita cuba.



Bahan2

* Daging Hiris nipis dan rebus
* 1 Kiub ayam knorr
*1 biji bawang holland
*6 biji cili padi (En Win tak suka pedas tu yg letak 3 biji jer)
*1 inci halia ditumbuk
*3 ulas bawang putih ditumbuk
*5 biji limau kasturi (perah dan ambik jus)
*Bunga lawang, cengkih dan Kayu manis (3 sekawan)
*1 cawan air + air rebusan daging tadi. Kalau nak kuah banyak tambah air jer
*Sayur (carrot & saderi)
*Daun ketumbar



Rebus daging yang telah dihiris sehingga empuk. Tumis bahan2 yang ditumbuk, cili padi dan 3 sekawan. Masukan air rebusan, air dan kiub ayam. Bila dah mendidih masukan bawang holland, sayur  dan saderi (kak elly tak ada saderi waktu ni). Bila sayur dah empuk masuk kan daging, tomato dan daun ketumbar. Last sekali baru masuk kan jus limau kasturi. 

Senangkan...mmg sedap. Kak Elly tamabah letak limau kasturi tu. Lebih sedap kalau masam2 macam tu. Eh! tertelan ailio pulak...haha. Lepas tu korang goreng telur dadar dan masak kangkung belacan. Sure 2 pinggan korang makan.

Ok itu jer resepi Kak Jah untuk hari ni.

******************************************************





Meh lah singgah ke website kami Ellfie Beauty untuk more information. Untuk order wassap 013-2755197


2 comments:

Amanda Suria said...

terus rasa nak buat sup daging....

alia farhan Said said...

Wah sedapnya kak elly!
My fav sup..ala2 siam mcm ni...
Sedap oi