Nuffnang Advertisement

Saturday, October 31, 2015

Pengalaman bersama Dr Azizan Osman

 
Pengalaman berniaga banyak memberi pengajaran. Tapi dalam perniagaan tak cukup setakat pengalaman sahaja. Kena ada knowledge baru kita tahu cara yang betul untuk bertindak.

Kadang2 kita terlampau selesa dengan apa yang kita dapat. Melangkah setapak lagi kehadapan rasa macam berat jer nak bertindak sbb apa yang kita dapat selama ni rasa dah sangat mencukupi. Tapi cita2 bukan main tinggi melangit tapi bila nak bergerak tu lah kena ada orang tolak atau ketuk kepala baru nak bertindak. Duit dah tinggal sikit bila ada masalah baru tercari2 jalan penyelesaian. Itu lah sikap peniaga kita termasuk aku.

Semua dah ada di depan mata tapi pengalaman dalam perniagaan belum cukup untuk Ellfie Team bergerak maju. Cara pemikiran kami masih sama belum terfikir cara berniaga di luar kotak pemikiran. Korang faham tak apa yang Kak Elly maksudkan. Cara pemikiran Ellfie Team berniaga sama dengan peniaga yang lain tiada perbezaan langsung. Tiada pesaingan yang blh buat org nampak Wow.

Kenapa tak 'wow'??? sebab kita belum cukup knowledge lagi dalam perniagaan ataupun dalam marketing. Jadi Ellfie Team ambik keputusan mempelajari sesuatu supaya kami bertiga buka mata dan tahu lebih mendalam mengenai marketing dan dunia perniagaan.

Kami bertiga tidak ada leader utk menentukan perjalanan Syarikat. Kami bertindak atas dasar keputusan yang selalunya tidak berfikir secara mendalam. Marketing yang kami buat sama seperti org lain tiada langsung kelainan dan itu membuat kami bertiga terfikir utk berbuat sesuatu. Cari seorg mentor yang blh guide kami dalam dunia perniagaan.

Mentor atau Sifu itu adalah Dr Azizan Osman yang telah membantu beratus2 peniaga melayu menjadi 'Jutawan'. Ini adalah kenyataan dan banyak bukti yang Kak Elly baca tentang kejayaan peniaga melayu diatas bantuan dan membimbingan Dr Azizan Osman. Dengan syarat korang ikut segala tips dan guide yang diberikan oleh Dr Azizan. Tapi jangan lah korang ingat pergi satu kelas jer dah boleh jutawan. Kena lah ada usaha jugak dan jangan berhenti untuk belajar.
 


3 hari Kak Elly berkampung di PGRM, Cheras utk mendapatkan ilmu. Kelas seawal 8.30 pagi dan berakhir 11.00 malam. Sampai lembik badan tapi tengok kiri kanan penuh semangat membuat Kak Elly menjadi kuat.



Peniaga2 yang ingin mendapat bimbingan dari Dr Azizan. Dari merata2 negeri semua berkumpul utk mendaptkan ilmu. Seawal pagi semua dah berkumpul. Respect tengok diorang ni. Tapi diorang dah pergi beberapa seminar Dr Azizan. Kak Elly baru first time. Diorang dah bersedia dari mental dan fizikal.


 
 
Hari pertama attend class sangat2 menyeronok kan. Buat Kak Elly buka mata dan lebih berkeyakinan. Terus rasa semangat membara. Time break jer Kak Elly wassap Filla dan Peej belasah diorang cukup2. Tiba2 akak jadi garang. Sampai terkedu diaorang. "Kau dah kenapa Ly, buang tebiat ker?" hahaha
 
 
Luahkan apa yang terbuku, luahan pendapat dan tips Kak Elly dapat bersama2 mereka. Tapi bukan lah belasah diaorang tak tahu buat kerja. Belasah benda yang kita lalai selama ni. Marah kat diri sendiri kenapa aku tak berani untuk push diri sendiri menjadi seorang peniaga yang kuat. Ini asyik malu jer. Mmg tak kemana lah jawabnya. Pengasas tapi suka buat marketing kat dalam office jer. Apa ke hal nya? keluar jumpa orang, keluar bercakap depan TV, share apa yang kita ada. Pengasas Skincare tapi malas nak cantik kan diri. Asal kulit cantik cukup tapi gaya tak ada? macam mana tu? Macam mana orang nak yakin?? adoi macam mana ni.
 
 
Tips2 yang Dr Azizan bagi sangat luar biasa. Insyaallah kalau digunakan boleh buat pengguna buka mata...insyaallah.
 
Hari kedua kelas Kak Elly demam, muntah2. Input banyak sangat masuk sampai jadi keliru tak tahu nak buat yang mana satu dulu...hahaha. Berdebar2 nak berdepan dengan Ellfie Team untuk share pengalaman. Waktu break 2 jam sewa hotel budget RM40 makan ubat dan tidur sekejap. Baru rasa lega. Bila keluar dari hotel budget ada Bangla pandang sampai geleng2 kepala. Eh! ingat pelacur ker? tampar kang nak!! hahaha
 


 
 
Kami peniaga melayu yang ingin berjaya. Banyak lagi yang kami perlu pelajari. Doakan kejayaan kami.
 
Thank you so much Dr Azizan Osman kerana membimbing kami. Rasanya belum cukup lagi ilmu dan pengalaman kami dapat dari Dr Azizan. Insyaallah kita akan jumpa lagi.
 
"Bila MINDA dan EMOSI kita berubah. Insyaallah keadaan hidup kita juga akan berubah"
 
 
 
 





3 comments:

Fairuz Jaafar said...

Tahniah Kak Elly, Anda Kaya dan Berjaya! :)

cinet said...

Seronok tengok....ada coach baru tahu arah mana nak tuju kan...jalan agak lurus tak byk belok2 atau u-turn hehehe..good luck sis~

Azura Aziz said...

chayok2 kak elly..