Nuffnang Advertisement

Thursday, October 1, 2015

Lexis Hibiscus Part 2


Kahkahkah...dah habis Raya Haji cerita percutian Hari Raya pun tak habis2 lagi. Betul lah kata Peej dah macam siput aku ni. Eh! siput tu sesuai untuk Filla sebab dia selalu gelak lambat. Aku ngan Peej dah gelak sampai keluar airmata dia baru nak mula...hahaha.

Hari kedua di Lexis Hibiscus...pagi tu aku, En Win dan MIL gi Coffee House utk breakfast. Tapi tak sedap dan tak banyak pilihan. So sad sebab tempat ni cantik tapi makanan kurang sedap.





Besar ni jer tempat  Buffet breakfast. Orang ramai sampai tak cukup tempat duduk dan makanan banyak yang tak tambah balik



Ini jer yang mampu di makan sebab tak ada yang enak di mata Kak Elly waktu tu.

Lepas makan balik bilik tengok budak2 dah berendam kat swimming pool. En Win terus join mandi sekali.







Amboi mak gembira sangat ni tengok anak cucu mandi. Lepas dah bermandi manda budak2 ajak makan sebab lapar. Moh lah kita ke pekan PD. 


Wow macam kat Bora2...nak jugak jadi Hanis Zalikha...hahaha



Tak yah nak senyum2 depan computer tu dan jangan komen pun...hahaha. Style nak angkat jer. Dah kira stylo sangat lah ni.



Mak dan anak



Makanan tak sempat snap sebab dah kelaparan sangat. Tenghari tu makan mee2 jer sebab dah plan malam nanti nak belasah kaw2



Balik hotel tengok2 sikenit ni dah tunggu kat Lobby. Terus check in tukar kan baju. Cantik sangat lah pakai spender oren tu.



Penakut air budak ni.



Petang tu masing2 dah penat berendam. Jadi sewa basikal diorang round satu resort tu.








Akak malas nak berbasikal. Duduk tepi ngan MIL sambil bergossip2 pasal artis. Lagi best...



Lepas dah bersuka ria berbasikal terus gi makan.



Dah makan separuh baru teringat nak snap gambar. Itupun sekeping jer sebab perut dah menjerit2..haha. Maka tiada lah gambar makanan. Lagipun korang bukan kisah pun kan...hahaha



Lepas tu sambung makan durian pulak.



Huaaaa tertelan2 ailio bila tgk gambar ni balik.



Hahahah...teruk sangat muka makan durian. 

Tak banyak benda nak share pasal percutian kali ni. Tak ada apa pun yang menarik. Biasalah kalau bercuti di PD. Apa yang boleh buat sangat balik2 mandi, makan, tidur.

Pendapat Kak Elly tentang Lexis Hibiscus ni tak berapa best sangat sebab hotel ni masih baru. Mungkin dah lama2 nanti best lah kot. Makanan pun terhad sebab tak banyak jual lagi. Swimming Pool agak kecil dan air cepat keruh berbanding dengan Grand Lexis. Tapi bilik di Lexis Hibiscus ni best lah. Besar dan cantik. Ini mmg patut diberi pujian. View cantik, lobby besar cuma service agak slow sikit. Tapi apa2 pun korang kena cuba. Mungkin pendapat Kak Elly berbeza dengan korang. 


11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnyaaaaaaaaaaaa

miss eimanhikmah said...

cantik laaaa..boleh pg ni...

Haffizul Iskandar said...

yup, betul tu kak elly. Pd tak banyak perkara yang boleh buat. Selain mandi dan makan. Kalau ada aktiviti atau lokasi yang menarik, confirm percutian dekat pd ni akan jadi lebih menarik. Hehehehe

mOnamie said...

anak akak.. sapa tu.. Yaya eh (kakak) lawa.. dah besar dah dia.. cantik macam mama! adik comel!

Cik Ecah said...

bestnya percutian akak sefamily.. ;)

Shuriana Khamisan said...

berpa rate satu malam ni kak elly?

anayiraf said...

apesal sy tak jumpa entry nie yg part 1??

Diandra Rose said...

kak elly, apa nama kedai makan yg kak elly pegi tu?dlm blog kak pilla pun ada gak..tapi tak tau kat mana..

Fieda Zan said...

muka kak elly macam artirfilifina.. marian riveria..sunggguh.. nak2 posing 2 ala artis tu..

strawberi said...

sy gi ri tu..best ...okla..tp kitorg tak amik bekfes..hihi...sbb dah tau dh..konpem budak2 nk mandi sampai lebam...

Elly said...

@Diandra rasanya nama restaurant tu Pantai Ria