Nuffnang Advertisement

Friday, October 23, 2015

HIBURAN ON DEMAND (OD) DARI ASTRO



Haritu Kak Elly berpeluang pergi ke Pelancaran Astro, On Demand atau OD.

Apa tu OD?? Nanti Kak Elly share lebih details lagi mengenai OD ni ya. Sebelum tu meh cuci2 mata dulu tengok gambar yang Kak Elly sempat ambik waktu pelancaran hiburan OD di Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia.



Sampai2 jer nampak bunting ni. Ni semua cerita wayangkan? Ada kena mengena ker dengan OD?. Ok takpe kita jalan2 dulu sementara pelancaran belum bermula


Tengah jalan2 ada zombi pulak...ok meh lah bergambar walaupun tak tahu mengapa zombi ada depan pintu masuk...hahaha



Eh! Dinosaur pun ada. Macam ada cerita menarik jer nanti. 



Fast & Furious 7 pun ada....ok dah makin teruja. Ini mesti ada kena mengena dengan rancangan terbaru dari OD ni.



Ok masa yang ditunggu2. Emcee telah menjemput Dato Rohana Rozhan, Chief Executive Officer of Astro untuk memberi sepatah dua kata



Tu dia...naik pentas dengan bodyguard Starwars lagi...hahaha


Setelah mendengar penerangan Dari Dato Rohana Rozhan baru lah Kak Elly faham apa itu OD.

Mulai sekarang korang berpeluang untuk memilih rancangan kegemaran dan menonton serta merta di TV dan juga di peranti. Korang boleh memilih cerita hiburan daripada filem-filem aksi terhebat Hollywood seperti The Avengers, Age Ultron dan Fast Furious 7 dan juga hiburan terbaik Asia seperti Memori Cinta Suraya, Ba Ba Qu Ba Er dan Rasikka Rusikka. Filem-filem kesukaan kanak2 pun ada seperti Minions dan Inside Out

Cerita seram pun ada ya. Berita baik juga peminat Drama Korea yang tengah meletup2 dan paling best korang boleh download dan menonton kesemua musim rancangan Game of Throne.

Macam tak caya kan boleh tgk semua ni! Hebat sangat ni cerita wayang yang best2 dah boleh tengok di TV. Tapi macam mana caranya???


Pelanggan Astro boleh mendapatkan perkhidmatan OD menerusi decoder PVR yang disambungkan kepada internet di rumah. Caranya sangat mudah hanya tekan butang Home di remote. Tekan Setting, Network, pilih Wifi dan masuk kan wifi anda. Jika dah berjaya masuk kan wifi, korang dah boleh tekan On Demand dan pilih OD pilihan anda. OD Free, OD Plus ataupun OD Store. Senangkan korang dah boleh pilih movie yang korang nak tonton bersama keluarga



Pelanggan juga boleh memilih menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG) di telefon pintar, laptop atau tablet. Pengguna yang tidak melanggani pakej Astro, mereka masih boleh menikmati rancangan OD menerusi AOTG.

AOTG boleh digunakan di mana-mana dan rancangan boleh di muatturun ke peranti mudah alih untuk tontonan diluar talian.

Kalau korang kurang jelas atau faham cara penggunaan Decoder PVR atau AOTG korang boleh click http://www.watchod.com/ untuk more information.

 OD menawarkan 3 pilihan unik yang bersesuaian dengan setiap budget dan juga pilihan penonton

OD Free
Pelanggan Astro yang telah pun menyambung PVR mereka kepada Wifi di rumah boleh menikmati pelbagai rancangan kegemaran mereka secara percuma mengikut langganan pakej Astro masing-masing. Ya secara percuma....tiada bayaran yang dikenakan. Korang boleh menonton bila2 masa yang korang suka.


Pilih dan tonton episode terbaru siri TV popular seperti Empire, Scandals, The Walking Dead, Heroes Reborn, Quantico, The Tonight SHow Starring Jimmy Fallon,Game of Thrones, The Blacklist, The Voice dan bermacam2 lagi. Semuanya bersiaran serentak dengan hari tayangan perdana di Amerika Syarikat.

Korang juga boleh menonton kembali episode terbaru rancangan tempatan seperti Akademi Fantasia, Classic Golden Melody dan lain2 lagi. 


OD Plus
Astro menyediakan akses on-demand untuk rancangan tempatan dan antarabangsa termasuklah filem blockbuster, siri lengkap TV dan juga rancangan kanak-kanak, pada hanya RM15.90 sebulan. 






Rancangan2 seperti Grey's Anatomy, The Flash, Arrow, Gotham, How To Get Away With Murder, Agent Carter, Big Bang Theory dan filem-filem blockbuster Hollywood seperti Harry Potter dan The Lord of the Rings.

Rancangan Korea seperti Infinite, Challenge dan Just Married. Peminat animasi juga berpeluang menonton judul terbaru Animax dari Jepun dan kanak2 boleh menonton rancangan kegemaran mereka.


OD Store
Pelanggan boleh memilih dan membayar judul-judul terbaru yang ditayangkan di pawangam dan menonton serta merta. Dari Hollywood sehinggalah filem tempatan.

Fast Furious 7, The Avengers, Age of Ultron, Inside Out serta kapsul, Bravo 5, Jejak Warriors, Heart Attack dan The Killer boleh di dapati di OD Store



 Mudahkan....korang hanya perlu memilih mana2 OD untuk menonton rancangan kegemaran anda. Boleh menonton bersama keluarga. Anak-anak juga boleh memilih rancangan kegemaran mereka. Nampak tak karekter kat atas tu, semua ni korang boleh saksikan di OD.

Anak2 Kak Elly mesti teruja nak menonton Minions dan Inside Out. Tak sabar nak bagitau pasal pelancaran terbaru On Demand ni.

Oh ya!!

Pelanggan Astro yang menyambung PVR mereka ke Internet sebelum 31 Januari 2016 akan menikmati akses percuma selama 3 bulan kepada kandungan OD Plus. Untuk maklumat lanjut, sila layari website http://www.watchod.com/





No comments: