Nuffnang Advertisement

Monday, October 26, 2015

EXHIBITION MATRADE


Sakit2 tulang belakang dan bahu semua. 2 hari 1/2 berkampung di Matrade. Tahap keletihan sampai Peej tak boleh fikir dan bercakap, Filla tahap mata kuyu jer...hahaha.

Walaupun letih tahap gaban tapi pengalaman yang cukup berharga buat kitaorang. Satu step lagi kehadapan untuk memperkenalkan Ellfie Beauty. Kitaorang tak fikirkan pasal keuntungan aslong dapat pulangan modal pun dah alhamdullilah. Our target nak perluaskan lagi tentang produk kami kepada orang ramai. 

Tapi tak sangka ramai juga serbu booth kami dan berganda2 pulak keuntungan...hehe. Alhamdullilah, syukur Ya Allah. Bukan perkara yang mudah untuk kita menyakinkan customer yang tidak tahu apa2 tentang Ellfie. Macam2 penerangan dan testimoni kitaorang share dan paling best hari ni orang dah start wassap dan order. Ada yang nak jadi agent terus pun ada. Jadi tak sia2 kitaorang edarkan hampir 2 ribu flyers. Walaupun tak semua baca tapi ada jugak lah yang tersangkut...hehehe



Kejadian hari Jumaat. Kitaorang berkampung dari pukul 6pm sampai kul 10 malam. First time buat jadi tak berapa tahu nak buat susunan lagi. Nasib Pak Radie banyak membantu.



Team work paling penting. 


Peej waktu ni dah bermandi peluh sebab buat kerja tanpa aircond. Holloh3 cian Oling basah satu badan.



Me and Filla


Sementara diorang buat susun atur Kak Elly cop semua flyers untuk di edarkan esok. 



Kelaparan....nasib Abg Toyib datang bungkuskan Mee Hoon Goreng. Bijak Abg Toyib walaupun tak disuruh. Maka bersungguh2 lah aku ngan Filla makan begitu juga Oling di bawah ni



lapar sangat tu Oling...hahaha



Tadaaa....Boleh lah kan. Booth kecik jer. Nak letak macam2 takut sempit nanti.



Gambar kenangan di Booth pertama kami. Eh! pasal apa ada kepala kecik sebelah kanan tu...hahaha



24th October seawal pukul 9 pagi kitaorang dah sampai. Exhibition bermula dari 10 pagi sampai 10 malam. Tapi korang tengok pukul 9 pagi orang dah beratur untuk registration sampai keluar bangunan. Debar2 kitaorang...haha



Alhamdullilah...non stop orang singgah. Mostly reader kami datang untuk mendapatkan harga runtuh dan free gift. Orang luar bila tengok orang serbu booth kami ia menjadi satu tarikan. Diorang singgah jugak untuk mendapatkan info mengenai Produk Ellfie. Itu yang aku ngan Filla bersama 2 orang pekerja jadi kalut sikit.



Bukan wanita jer berminat, lelaki pun ramai yang singgah untuk dapatkan produk Ellfie.



Ini baru sebahagian gambar pembeli Ellfie. Korang tunggu entry Kak Filla nanti. Gambar semua ada dalam camera perempuan tu. Team Ellfie mengucapkan terima kasih banyak2 kepada pembeli kerana percayakan Ellfie Beauty.



Peej paling gembira duduk kat Exhibition ni. Oling tak berhenti makan ya. Kejap kang makan pulut, tak sampai 5 minit sedut CikEdut pulak, Kang makan mangga...hahaha. Happy jer muka Oling makanan depan mata. Lauk gambar atas ni Kak Filla bawak dari kenduri tahlil. Siap ada sambal tempoyak lagi...maka bersila lah aku ngan Peej menjamu selera.



Akak ni pembaca tegar blog kami bertiga. Disebabkan Kak Pilla pandai pujuk sekali dia ambik 2 set dan 1 serum...hahaha, Terima kasih Kakak. 



Hari kedua di Matrade. Sebelum bekerja makan dulu nasi lemak. Breakfast pagi ni Kak Filla dan Pak Radie belanja.



Buka jer booth orang dah menanti nak beli Ellfie. 



Oling jaga cashier. Siap kipas lagi di tangan. Pak Radie tukang2 jerit nama Ellfie bagi orang semangat sikit nak datang.



Sempat bershopping gak kat Lovetulippe. Serious baju kat sini cantik2 ala2 batik Sarawak. Korang kena gi intagram Lovetulippe tgk koleksi baju diorang. Mmg sangat2 menarik.

 Semua dalam gambar ni adalah pengguna tegar Ellfie Beauty.


Amboi dapat Mic tak berhenti bercakap. Korang ingat aku berani ker. Diorang tolak aku suruh bercakap ya. Filla selamat sebab suara dia tak ada hari tu. Oling mmg dah awal2 cakap tak nak. Walaupun tangan gigil2 dan muka terasa kembang perjuang tetap diteruskan...hahaha

Waktu ni nak kasi tau kat pengunjung harga happy hour. Harga runtuh tu yang kena jerit2 sikit...hahaha. 



Pengalaman yang sangat2 best walaupun di saat2 akhir tenaga kami dah tak ada lagi. Mata masing2 dah tak boleh bukak. 2 hari tak jumpa anak. Alhamdullilah berbaloi...atleast ramai dah tahu tentang kewujudan Ellfie Beauty.

Perjuangan akan diteruskan pada bulan 12 ni bersama Duta Ellfie yang baru. Siapa dan dimana...tunggggguuuuuuuu!!




















7 comments:

Afidah Azmi said...

Duta gitu..Nak gak jadi duta...hehehe

Chekgu Azrine said...

Tahniah sis..mmg terbaik!!

M.r.S. K.i.E.K.e.Y said...

salam kak elly...
better pi daftar trademark kak.... org zaman skrg nmpk brand ada potential mesti nak buat jahat...imitation lah...tiru brand org lah... daftar k kak... dpt protection on your brand....

anez zamri said...

tahniah kak elly!!!terbaikk

Meg-ct said...

Tahniah Kak Elly. Seronok dengar cerita semangat dan kejayaan korang bertiga.

A.I said...

Tahniah korang!!! ^_^

haniza kadir said...

suka tengok semangat kak elly, kak filla n peej..walaupun masing2 bos tp sume turun padang buat kerja..memang terbaikkkkk...moga perniagaan akak berkembang dan maju ke seluruh dunia..