Nuffnang Advertisement

Tuesday, October 6, 2015

SAMBUTAN AWAL BIRTHDAY ADIK


Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang Nya. Allah gerak kan hati aku untuk berhenti kerja dan disebalik hikmah itu Allah berikan kebahagian yang tidak ternilai. Masa bersama anak2 lebih banyak dan dalam masa yang sama aku boleh menjaga ibu mertua.

Yang pastinya walaupun sehebat mana dugaan yang kita harus tempuhi, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Teruskan teguh berdiri mengharap rahmat daripadaNya. 

Susunan yang sangat cantik dalam kehidupan aku sekarang. Walapun pun letih kehidupan aku lebih bahagia berbanding dulu. Walaupun dugaan berniaga adalah berat tapi satu dugaan yang perlu aku tempuhi. Percayalah akan ada manis di akhirnya. Syukur alhamdullilah.

Coretan tulus dari hati tuan belog.....

Next...

Ahad lepas keluar satu keluarga untuk celebrated birthday Adik. Beli hadiah siap2. Birthday adik esok tapi dia nak hadiah awal. Layan kan jer lah...kalau tak itu jer lah di ulang 80 kali.




Makan kat Labodega Pavillion. Tempat paberet kitaorang sekeluarga. Order letak tengah2 share makan ramai2.



Terpaling suka tapi sampai sekarang tak tahu nama. Just tunjuk jer kat menu tu. Pelik bebenor bunyi nya. Korang kena cuba menu ni kalau datang Labodega. Filla makan sampai lelangit melecur...hahaha



Sandwich kosong utk adik. tak suka sos. Pelik sangat budak ni.




Dah besar anak mama dua orang ni. Dah kurang bermanja sebab masing2 dah pandai buat hal sendiri. Masing2 dah ada artis kesayangan. Mama dan Papa dah terpinggir. Kalau tengok TV dah tak layan cite drama2 ni asyik nengok MTV dan American Top Model. Lepas tu gambar dalam bilik semua gambar artis kesayangan tak ada pun gambar mama ngan papa.

Lebih suka duduk dalam bilik masing2 layan radio dan story book. Kalau ajak keluar jarang nak ikut. Tu yang asyik berdating jer ngan En Win...hehehe.

Dah pandai pilih2 lauk kalau nak makan. Tak suka pedas, tak suka lauk ni, hari ni mama kena masak ni...pitam. Baju pun dah pandai pilih sendiri. Mama x pandai bergaya katanya. Kalau pergi Forever 21 mama duduk kat sini biar Yaya dan adik pilih sendiri.

Kalau mama pilih baju untuk diri sendiri nanti Yaya dan adik geleng2 kepala cakap tak cantik baju ni macam orang tua...huaaaa sakit hati i sebab dah pandai kutuk tanpa tapisan.

Banyak sangat perbezaan bila anak2 dah besar ni. Kalau marah pun dah pandai melawan. Kalau tak berani menjawab nanti dia bagi jelingan tajam. Sakit tau hati ni. Sebijik macam perangai aku dulu2. 

Insyallah Mama akan jadi mama yang terbaik untuk anak2 mama. Walaupun selalu bergaduh tapi di sudut hati mama mereka lah Syurga kebahagian.



Sekarang dah kerap dating berdua. Kalau waktu anak kecik2 dulu nak jalan pegang tangan pun tak boleh sebab anak2 tak bagi tapi sekarang peluk pinggang pun tak ada hal...hahaha



Kalau dulu kerja office kerap lah shopping baju kerja sekarang nando. Pakaian dah bebas sekarang ni. Gi kerja pakai jeans jer. Tapi perempuan ni pelik kan. Baju penuh satu almari pun tetap tak ada baju nak pakai tiap2 hari. Tu yang sempat beli sehelai dua semalam...hahaha



Dah selamat buka hadiah Birthday. Pasir jadian ni...kesian korang kan. Tak pernah merasa main pasir macam mama kecik2 dulu. Terpaksa beli pasir jadian dan lagi pelik pasir di main didalam rumah...muahahaha. Tak best langsung mainan budak2 sekarang. Mama dulu siap main dalam longkang. Kalau tak tahan siap kencing sekali kat situ..haha

Malam ni kita beli cake sepotong yek...main tiup2 lilin.









8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya tgk makanan

peej said...

aku sokong semua pasal main time kecik2 dulu. tapi kencing tu melampau.
apa ke gila sangat la perempuan ni.

Zie Azi said...

happy bezday adik !!
betul tu k.elly, dulu siap masuk longkang cari berudu
hahaha

Nazima said...

Kak elly berapa rm ni? Kakak ipar saya baru beli. Ingat nak beli jugak satu untuk anak saya. Kat mana kak elly beli ni?

haslina rusli said...

yg kencing dalam longkang tu terpaling winnn =P

Elly said...

@nazima beli kat Parkson Pavillion RM105.00

Nur Aishah said...

kak pastu lps kencing tu p*pet kena tungauu.hahahah.tembam sebelah. opsss..hahaha

Fairuz Jaafar said...

Kak Elly nampak kurus!